13 Sept 2020

Bengkel Cerpen Penulis Selangor


Satu bengkel penulisan cerpen sedang diatur khusus bagi peserta yang tinggal di negeri Selangor.

Tarikh: 31 Oktober 2020 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam (Rujuk Waze)

Yuran: RM60 seorang (termasuk sijil dan makan-minum)
Umur minimum peserta: 17 tahun
Jumlah peserta: Maksimum 15 orang
Pembimbing: Uthaya Sankar SB

Pengalaman menulis tidak diperlukan, tetapi peserta wajib ada minat membaca karya (cerpen) Bahasa Malaysia bermutu.

Peserta akan dibimbing menghasilkan cerpen bermutu yang menepati konsep “Sastera Kebangsaan” dan sesuai dijadikan bahan bacaan khalayak remaja pelbagai kaum.

Sebuah Antologi Cerpen Penulis Selangor dirancang khusus bagi karya peserta bengkel ini. Peserta juga berpeluang terlibat dalam Antologi Cerpen Penulis Malaysia.

Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) untuk mendaftar. Harap maklum bahawa pendaftaran ditutup sebaik sudah ada jumlah peserta yang mencukupi.

Lihat juga Landasan Hidup (2020) Peluru Aksara (2020) Putaria (2020) Sesi Penulisan Intensif (2020) Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel (2020)