Program
Sesi Penulisan Intensif VII
Tarikh
12–13 Disember 2020 (Sabtu–Ahad)
Masa
Bermula: 2.00 petang pada 12 Disember 2020
Tamat: 6.00 petang pada 13 Disember 2020
Tempat
Shah Alam, Selangor
Yuran
RM90 jika peserta mahu bermalam di tempat berbengkel
RM70 jika peserta tidak mahu bermalam di tempat berbengkel
(Yuran tidak
dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir)
[PENDAFTARAN DITUTUP]
[PENDAFTARAN DITUTUP]
Pengenalan
Sesi Penulisan Intensif sudah dianjurkan beberapa kali
— rujuk di sini. Sesi
pada Mei 2020 tidak
dapat diadakan secara bersemuka susulan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP); lalu dibuat menerusi e-mel dan WhatsApp. Karya peserta mendapat tempat
di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di portal dalam
talian seperti Cukaria dan Eksentrika, selain termuat dalam
antologi Busana Bahasa
(2019) dan Landasan Hidup
(2020). Peserta lepasan Sesi Penulisan Intensif juga menyertai Minggu Penulis
Remaja (MPR), dan Bengkel Sayembara
Penulisan Cerpen Menara (14-15 Mac 2020), selain muncul
dalam wawancara di radio dan televisyen. Sebahagian peserta terlibat dalam Antologi Karya Penulis Malaysia
yang dijangka terbit pada Disember 2020.
[Lihat juga — Sesi Penulisan Intensif - Ogos 2020]
[Lihat juga — Sesi Penulisan Intensif - Ogos 2020]
Pengisian
Pada Sesi Penulisan Intensif VII, peserta akan dibimbing
secara khusus untuk menghasilkan cerpen yang memenuhi konsep Sastera Kebangsaan,
serta sesuai dan layak dipertimbangkan bagi siaran di majalah-majalah terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tahap kualiti karya-karya DBP digunakan sebagai
penanda aras bagi memastikan peserta pelbagai kaum
[semua kaum, agama, etnik, latar
belakang] mampu menghasilkan karya Sastera Kebangsaan
yang bermutu tinggi. Karya juga mungkin disalurkan ke Eksentrika dan Mingguan
Malaysia (Utusan Malaysia terbit
semula pada 20 Julai 2020). Peserta juga akan diundang menyertai projek antologi cerpen
selenggaraan Uthaya pada masa depan (tahun 2021). Sesi Penulisan Intensif
menggabungkan ceramah/panduan daripada pembimbing, latihan intensif menulis
cerpen, sesi bedah karya berkumpulan, bimbingan secara individu, dan
penyuntingan karya yang terbukti berhasil. Jadual lengkap akan diberi kepada
peserta berdaftar. [Komen peserta lalu]
[Pengalaman peserta]
[Lihat juga — Projek Menulis Karya 200 Perkataan]
Peserta
Penyertaan terbuka kepada maksimum lapan (8) orang warganegara Malaysia berumur minimum 18 tahun dan
berminat menghasilkan cerpen Bahasa Malaysia.
Individu yang baru mula menulis atau individu yang sudah lama menulis boleh
sama-sama menyertai Sesi Penulisan Intensif untuk meningkatkan mutu karya.
Peserta perlu menghadiri sesi pada kedua-dua hari. Peserta boleh memilih sama
ada mahu bermalam di tempat berbengkel, atau berulang-alik. [Pendaftaran Ditutup — Sudah ada 8 peserta] [Lihat - Sesi Penulisan Intensif Ogos 2020]
Pembimbing
Sesi Penulisan Intensif dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB
yang berpengalaman membimbing peserta bengkel penulisan di seluruh negara sejak
tahun 1994.
[Lihat juga — Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi
E-mel]
Kos Makan-minum dan
Pengangkutan/Perjalanan
Yuran yang dikutip adalah untuk menampung kos sewa tempat.
Peserta perlu menanggung sendiri kos makan-minum, pengangkutan, perjalanan dan segala
kos lain.
Pengesahan Penyertaan
[Pendaftaran Ditutup — Sudah ada 8 peserta] [Lihat - Sesi Penulisan Intensif Ogos 2020] Individu
yang berminat dan komited untuk menyertai Sesi Penulisan Intensif VI perlu
mengirim maklumat diri (nama penuh, nombor telefon, dan alamat
e-mel) menerusi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya). Pendaftaran
ditutup sebaik lapan (8) individu
mengesahkan penyertaan dengan membayar yuran. Jadual lengkap dan maklumat lebih
terperinci hanya diberi kepada peserta berdaftar.