[Klik poster untuk besarkan] |
Adakah aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) juga
dibatalkan atau ditangguhkan dalam situasi wabak Covid-19? Khususnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (Restricted Movement Order) dilaksanakan
pada 18 – 31 Mac 2020. [Rujuk kemas kini di bawah.]
Kenyataan (25 Jun 2020): Program dan aktiviti Kavyan yang
melibatkan pertemuan secara bersemuka dijangka tidak akan dijalankan sehingga 30 November 2020.
Walau bagaimanapun, pelbagai aktiviti masih dijalankan mengikut kelaziman
baharu, misalnya: Projek Antologi Karya Penulis Malaysia — Sesi
Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel — Sesi
Ceramah Penulisan Cerpen Menerusi Google Meet — Baca Cerpen Sasterawan Kavyan. Program Disember 2020 — Sesi Penulisan Intensif VI.
Sebenarnya, aktiviti Kavyan dijalankan dalam skala kecil dan terkawal. Aktiviti Kavyan tidak termasuk dalam kategori “perhimpunan besar” kerana selalunya maksimum 20 peserta sahaja.
Sejak dahulu, semua peserta/hadirin wajib mendaftar lebih
awal. Maknanya, tidak ada peserta yang tidak dikenali (atau tidak berdaftar) tiba-tiba
muncul pada hari program.
Sentiasa ada komunikasi menerusi WhatsApp antara penyelaras dan peserta untuk memaklumkan
perkembangan terkini. Para peserta/hadirin adalah individu yang dikenali dan
dikenal pasti.
Dalam pada itu, sejak dahulu, mana-mana individu yang
merasakan dirinya kurang sihat, maka diminta tidak menghadiri aktiviti Kavyan.
[Klik poster untuk besarkan] |
Dalam situasi sekarang, susulan Perintah Kawalan Pergerakan,
peserta/hadirin berdaftar yang terlalu bimbang, takut, was-was, atau terpengaruh
dengan khabar angin diberi kebenaran menarik
diri — supaya tidak mengganggu ketenteraman fikiran orang lain.
Maka, aktiviti Kavyan dalam skala kecil dan terkawal masih diteruskan. Ada juga program yang
ditunda.
1. Sesi
Perbincangan Landasan Hidup — 21 Mac 2020 — Diteruskan kerana melibatkan lima peserta sahaja.
Bagaimanapun, tempat diubah (dimaklumkan kepada para peserta sahaja).
2. Majlis
Meraikan Antologi Landasan Hidup — 29 Mac 2020 — Ditunda
atas permintaan tuan rumah dan selepas dipersetujui Jawatankuasa Penyelaras. Para
peserta dimaklumkan menerusi WhatsApp.
3. Sesi
Penghayatan Vetalam dan Vikramaditya — 19 April 2020 — Diteruskan kerana melibatkan sepuluh peserta sahaja.
Bagaimanapun, tempat diubah (dimaklumkan kepada para peserta sahaja).
4. Temasya Bahasa: Semarak Bahasa dan Sastera
Kebangsaan — 25 April 2020 di Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping — Ditunda
susulan arahan JPPM supaya semua pertubuhan
(NGO) membatalkan aktiviti/perhimpunan/mesyuarat besar (melibatkan peserta yang
ramai) sehingga akhir Jun 2020. Tambahan pula, program dijadualkan di sebuah
kuil.
5. Sesi
Penulisan Intensif VI Sasterawan Kavyan — 1–2 Mei 2020 — Diteruskan kerana melibatkan lapan peserta sahaja.
[Klik poster untuk besarkan] |
[Kemas kini — Pada mulanya, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi tempoh 18 – 31 Mac 2020. Pada 25 Mac
2020, diumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Pada 10 April 2020, diumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020. Pada 23 April 2020, diumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020. Pada 10 Mei 2020, diumumkan bahawa tempoh PKP ditambah sehingga 9 Jun 2020. Pada 7 Jun 2020, diumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020. Pada 28 Ogos 2020, diumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Maka, akan ada perubahan pada jadual program.]
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai program Kavyan, hubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya Sankar SB). Sentiasa utamakan kesihatan dan keselamatan diri. Jangan terpengaruh dengan berita-berita palsu yang disebarkan puak tidak bertanggungjawab.