Aktiviti: Bengkel Cerpen Kavyan
Jaminan: Di akhir bengkel ini, para peserta akan
memahami teknik dan selok-belok menghasilkan manuskrip cerpen yang bermutu dan
sesuai untuk siaran majalah-majalah berwibawa.
Rasional: Penglibatan penulis pelbagai
kaum yang mampu memaparkan keunikan dan
variasi adat dan budaya menerusi karya sastera seperti cerpen yang ditulis
menggunakan Bahasa Malaysia pasti membantu memperkaya khazanah sastera kebangsaan. Sebagai usaha
Kavyan membimbing individu pelbagai kaum, suatu bengkel penulisan cerpen
dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu; termasuk penulis kaum India. Bengkel intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan
latihan ini direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda
dan bakal penulis pelbagai kaum berhubung etika, teknik, format, gaya dan
panduan penulisan cerpen bagi akhbar dan majalah. Bengkel ini juga sesuai bagi
pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda, penulis Tamil
dan orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan cerpen. Individu
yang tidak bercadang menjadi penulis tetapi mahu mendapatkan pengalaman juga
dipelawa menyertai bengkel ini.
Tarikh: 18 Jun 2016 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi – 3:00 petang
Lokasi
berdekatan: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Sri Muda, Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, Shah Alam.
Amaran: Panggilan
telefon, kiriman SMS atau mesej WhatsApp pada tarikh bengkel untuk
bertanya panduan jalan tidak dilayan! [LIHAT PETA]
Penganjur
Objektif
1 Mencungkil
bakat baru penulis cerpen dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai
kaum.
2 Memberi
pendedahan awal mengenai teknik penulisan cerpen kepada peserta yang masih
baharu dalam penulisan kreatif.
3 Menyediakan
peserta bagi menghasilkan cerpen bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Dewan Pelajar, Tunas Cipta dan Dewan
Siswa.
4 Memupuk
minat dan kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan belia dan penulis pelbagai kaum.
Peserta: Maksimum 12 peserta
(belia, remaja, pelajar, dewasa) pelbagai kaum yang berminat mempelajari teknik
menghasilkan cerpen bermutu. Individu yang belum ada pengalaman menulis juga
boleh menjadi peserta. Umur minimum 15
tahun dan berminat mengetahui teknik menulis cerpen bagi bacaan
kanak-kanak, remaja dan belia. Kanak-kanak tidak dibenarkan
menyertai bengkel ini. Para peserta wajib berpakaian
sopan apabila menyertai mana-mana
aktiviti Kavyan.
Karya Peserta: Peserta akan dibimbing mencari idea,
mengumpulkan bahan dan menulis cerpen semasa bengkel ini. Hasil karya akan
dibincangkan dan diedit. Sebagaimana biasa dilakukan, hasil karya yang bermutu
akan disalurkan ke majalah yang sesuai untuk disiarkan. Bagi karya-karya yang
disiarkan di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penulis
akan menerima honorarium (bayaran). Peserta kaum India yang menunjukkan minat dan bakat akan ditawarkan peluang menyertai projek Membina Bakat Penulis Kaum India anjuran Kavyan-DBP pada 2017.
Yuran Penyertaan: Bagi memastikan hanya individu yang
benar-benar berminat dan komited menyertai bengkel ini, peserta dikenakan
bayaran pendaftaran RM30.00. Bayaran ini
perlu dibuat sebelum mengisi borang penyertaan.
Pembayaran Yuran: Bayaran perlu dibuat ke akaun Maybank (Uthaya) 112214042611 atau CIMB (Kavyan) 8600565547 sebelum mengisi borang pendaftaran. Peserta TIDAK PERLU mengemukakan resit pembayaran
kepada penganjur! Simpan sahaja resit itu sebagai rujukan peribadi. Bayaran tidak dikembalikan
jika individu terbabit gagal hadir pada tarikh acara. Borang yang diisi tanpa membuat bayaran pendaftaran tidak
dilayan sama sekali. Permintaan untuk membuat pembayaran pada tarikh bengkelTIDAK dilayan.
Pendaftaran Peserta: Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu melakukan pendaftaran
awal menggunakan Borang Pendaftaran
Dalam Talian. Pendaftaran adalah mengikut konsep
“yang dahulu didahulukan” kerana jumlah peserta adalah terhad. [BORANG PENDAFTARAN]
Cenderamata Peserta: Setiap
peserta yang mendaftar awal serta menyertai bengkel dengan sepenuhnya akan
menerima cenderamata berupa bahan bacaan dan sijil
penyertaan daripada Kavyan. Bahan bacaan berkenaan akan turut
dijadikan teks rujukan semasa bengkel penulisan cerpen.
Pembimbing: Uthaya Sankar SB berpengalaman mengendalikan bengkel
penulisan sejak 1994. Cerpen-cerpennya tersiar di hampir semua akhbar dan
majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat pelbagai pengiktirafan dan
anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 dan 1998/99). Uthaya
juga jurulatih bertauliah yang diiktiraf Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB/HRDF).
Bahasa: Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain hanya mengikut keperluan.
Rangka Atur Cara: Berikut rangka atur cara bagi
bengkel. Para peserta diminta mematuhi ketepatan masa.
9:30 pagi
Ketibaan peserta, pengesahan pendaftaran
[Sarapan TIDAK disediakan]
Sesi Pertama
Unsur-unsur sastera
Idea bagi cerpen
11:00 pagi
Sesi Kedua
Unsur-unsur cerpen
Meneliti contoh cerpen
12:00 tengah hari
Sesi Ketiga
Etika penulisan dan panduan manuskrip
Cara mengirim manuskrip
1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat
[Sila maklumkan semasa mendaftar jika anda vegetarian]
[Peserta beragama Islam akan dibawa ke masjid/surau berdekatan]
[Peserta beragama Islam akan dibawa ke masjid/surau berdekatan]
1:30 petang
Sesi Keempat
Latihan menulis cerpen
Bedah karya peserta
Panduan memantapkan manuskrip
3:00 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Minum petang
Jaminan: Di akhir bengkel ini, para peserta akan
memahami teknik dan selok-belok menghasilkan manuskrip cerpen yang bermutu dan
sesuai untuk siaran majalah-majalah berwibawa.
Maklumat Lanjut: Orang ramai boleh
menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau mesej peribadi menerusi Facebook jika ada sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut
berkaitan bengkel ini.