28 Feb 2020

Perbincangan Landasan Hidup


Suatu sesi khas bagi mengulas, mengkritik, dan menganalisis cerpen-cerpen dalam antologi Landasan Hidup (2020) dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 21 Mac 2020 (Sabtu) 
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: [Rujuk di Sini]
Format: Perbincangan Meja Bulat
Pemudah cara: Uthaya Sankar SB

Sesi ilmu ini hanya bagi sesiapa yang sudah membaca cerpen-cerpen dalam antologi Landasan Hidup dan mahu terlibat dalam diskusi dengan fikiran terbuka.

Format “perbincangan meja bulat” (round table discussion) bermakna setiap peserta mempunyai peluang dan hak sama rata untuk berkongsi pandangan berdasarkan topik/skop perbincangan; serta mematuhi had masa yang ditetapkan.

Setiap cerpen (yang terpilih) perlu diulas, dibahas, dikritik, dianalisis, dan diberi cadangan pembaikan secara objektif berdasarkan kelemahan yang ada.

Sesi ini bukan untuk memuji karya dan penulis. Sesi ini juga bukan untuk penulis yang tidak sedia dikritik secara habis-habisan.


Jumlah peserta dan jumlah cerpen yang dibincangkan adalah terhad. Pendaftaran ditutup pada 8 Mac 2020, atau apabila sudah ada 8 peserta.

“Penonton sahaja” dan “pendengar sahaja” tidak diperlukan. Orang yang datang untuk “berbual-bual sahaja” atau “berkenal-kenalan sahaja” atau “melepak sahaja” tidak diperlukan.

Individu yang berminat menjadi peserta perlu mengirim maklumat diri (Nama Penuh, Nombor Telefon, Alamat E-mel) ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya).

Lihat juga  [Majlis Meraikan Antologi Landasan Hidup— [Antologi Karya Penulis Baharu]