22 Sept 2017

Baca Cerpen Kanak-kanak

Acara
Baca Cerpen Kanak-kanak

Anjuran
Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Tarikh
19 November 2017 (Ahad)

Masa
8:30 – 10:30 pagi

Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose, Pusat Kebudayaan India (NSCBICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)
WazeMenara Sentral Vista

Pengenalan
Buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) memuatkan 10 cerpen Bahasa Malaysia yang ditulis khusus untuk bacaan kanak-kanak Malaysia. Sejak diasaskan pada tahun 1999, Kavyan turut mengendalikan pelbagai acara khsus bagi golongan kanak-kanak pelbagai kaum. Mereka turut diberikan bimbingan mengenai teknik membaca karya/cerpen di pentas. Sempena majlis pelancaran buku Ikan Patin dan Beruang Besar, sekumpulan kanak-kanak diundang mempersembahkan bacaan petikan cerpen-cerpen yang termuat dalam buku berkenaan. Acara ini akan membantu kanak-kanak meningkatkan keyakinan diri, selain berpeluang menonjolkan bakat masing-masing.

Hadirin (Penonton)
Masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai peringkat umur diundang hadir menyaksikan persembahan Baca Cerpen Kanak-kanak. Wakil media, golongan penulis, penggiat sastera, pendidik, penggerak industri buku dan pencinta bahasa juga wajar hadir untuk memberi suntikan semangat dan sokongan moral kepada peserta kanak-kanak yang mengambil bahagian. Keluarga peserta dan penerima sumbangan buku juga diharap dapat hadir sebagai tanda sokongan.

Peserta (Bacaan Cerpen)
Penyertaan terbuka kepada 10 kanak-kanak pelbagai kaum yang berminat dan mampu mempersembahkan bacaan petikan cerpen secara menarik serta mampu memikat hati penonton. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang pernah menyertai program Kavyan sebelum ini. Peserta akan disaring bagi memastikan hanya individu yang benar-benar mampu membuat persembahan bermutu dibenarkan naik ke pentas untuk membaca petikan cerpen.

Gaya Persembahan
Para peserta diminta supaya membaca karya dengan gaya, suara, intonasi dan pembacaan yang mampu menarik perhatian para hadirin. Peserta tidak perlu menghafaz teks, sebaliknya boleh memegang teks di pentas. Sila KLIK DI SINI untuk sedikit panduan mengenai sebutan, kelancaran, pemahaman, intonasi, nada, gaya, suara dan keyakinan diri apabila membaca teks di pentas. Peserta diminta memilih cerpen yang sesuai untuk dipersembahkan di pentas.

Pakaian Peserta
Para peserta digalakkan memakai pakaian tradisional, atau pakaian yang sesuai dengan cerita yang disampaikan. Pakaian yang mempromosikan jenama barangan atau syarikat/perniagaan adalah dilarang sama sekali.

Tarikh Tutup
Pendaftaran peserta ditutup secara muktamad pada 31 Oktober 2017, pukul 6:00 petang. Pendaftaran lewat tidak dilayan. Pendaftaran peserta (pembaca cerpen) mungkin ditutup lebih awal jika sudah cukup 10 peserta.

Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara sebagai panduan kepada para peserta dan penonton:

8:30 pagi
Pendaftaran peserta dan penonton
Pendaftaran penerima sumbangan buku
Jualan buku Ikan Patin dan Beruang Besar

9:00 pagi
Ucapan alu-aluan
Acara Baca Cerpen Kanak-kanak bermula [FOTO DI SINI]

9:30 pagi
Penyampaian buku kepada penyunting bersekutu
Penyampaian buku kepada penyumbang (tempahan awal)
Penyampaian buku kepada penerima sumbangan
Penyampaian buku kepada peserta baca cerpen (10 orang)
Sesi fotografi berkumpulan -- [FOTO DI SINI]
Jualan buku Ikan Patin dan Beruang Besar

10:30 pagi
Sarapan
Bersurai

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Untuk pendaftaran peserta (baca cerpen) atau jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2017.