6 Feb 2020

Majlis Meraikan Buku Kavyan

Bagi meraikan kejayaan menerbitkan buku Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), serta Vetalam dan Vikramaditya (2020), suatu majlis kecil-kecilan akan diadakan seperti ketetapan berikut.

Tarikh: [Rujuk di Sini]
Masa: 4.00 – 6:00 petang
Tempat: Muthamizh Padippagam, 788 Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Waze: Muthamizh Padippagam

Majlis akan berlangsung dalam Bahasa Malaysia dan orang ramai diundang menghadiri majlis ini untuk sama-sama meraikan kelahiran buku-buku berkenaan, serta berkongsi kegembiraan dengan para penulis terbabit (dan keluarga mereka).

Individu yang mendaftar tetapi tidak hadir akan dimasukkan dalam senarai hitam Kavyan. Jika mahu menarik diri, sila lakukan demikian selewat-lewatnya pada 22 Mac 2020.

Peringatan: Disebabkan ruang (tempat) yang terhad, pendaftaran terpaksa ditutup secara muktamad sebaik sudah ada 30 orang mendaftar dengan mengirim maklumat diri (Nama Penuh dan Nombor Telefonke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya). Pendaftaran lewat tidak dapat diterima dan penganjur tidak boleh dipersalahkan. [11 Mac 2020 — Ada 3 tempat berbaki.]

Rangka atur cara adalah seperti berikut; tertakluk pindaan.

4:00 petang
— Meja pengesahan kehadiran dibuka
— Meja jualan buku dibuka (harga diskaun)

4:30 petang
— Sesi bersama penulis Busana Bahasa dan Landasan Hidup
— Sesi reaksi pembaca Busana Bahasa dan Landasan Hidup

5:00 petang
— Ucapan pengacara majlis
— Sesi membaca petikan karya
— Ucapan tetamu kehormat
— Cenderamata kepada tuan rumah
— Cenderamata kepada tetamu kehormat
— Sesi fotografi berkumpulan
— Jamuan ringan

6:00 petang
— Bersurai