Pesta Buku Selangor
akan berlangsung bagi tahun ke-15 di Shah Alam, Selangor dari 27 Februari
hingga 8 Mac 2020.
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan acara Baca Sajak dan
Cerpen Pelbagai Bahasa sebagai salah satu pengisian.
Tarikh: 1 Mac 2020
(Ahad)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat
Konvensyen Shah Alam , Jalan Perbandaran, Shah Alam
Waze: Shah Alam
Convention Centre
Peserta: 20 orang sahaja
Acara ini bertujuan menampilkan pembacaan karya-karya dalam
mana-mana bahasa mengikut pilihan para peserta sendiri.
Maksimum 20 peserta pelbagai kaum [tanpa mengira kaum, agama, etnik, dan bahasa ibunda]
diperlukan untuk terlibat dalam sesi baca karya (sajak dan petikan cerpen).
Individu yang berminat
dan memenuhi kriteria/syarat berikut
diundang mendaftar sebagai peserta:
1.
Berumur minimum 10 tahun dan tidak
takut untuk membuat persembahan baca cerpen/sajak di pentas.
2.
Peserta tidak perlu menghafaz karya.
Boleh membaca sambil memegang buku,
majalah, atau kertas.
3.
Setiap peserta wajib membawa bersama
minimum dua penonton – sama ada ahli
keluarga, guru, pelajar, atau rakan-rakan.
4.
Membaca sajak, atau petikan cerpen, maksimum 5 minit sahaja. Jangan “mencuri” masa peserta lain.
5.
Karya dalam mana-mana bahasa (misalnya
Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Mandarin, Punjabi, Jerman).
6.
Karya mestilah sudah pernah tersiar. Karya yang belum tersiar tidak dibenarkan. Peserta perlu memilih
sendiri karya yang mahu dibaca.
7.
Bacaan karya perlulah dilakukan secara kreatif;
bukan membaca secara membosankan seperti membaca kepada diri sendiri.
8.
Pakaian bebas tetapi sopan. Pakaian
tradisional digalakkan.
9.
Bacaan karya secara individu; bukan
secara berpasangan atau berkumpulan.
10.
Bersetuju hadir di tempat acara selewat-lewatnya pada pukul 9:45 pagi pada tarikh acara.
11.
Segala kos seperti pengangkutan,
makan-minum, dan sebagainya ditanggung sendiri.
12.
Bersetuju memberi tumpuan penuh
sepanjang acara berlangsung.
13.
Memastikan dua penonton yang dibawa
turut memberi tumpuan penuh sepanjang acara berlangsung.
Jika mahu terlibat sama dalam acara istimewa ini, sila kirim
maklumat diri (Nama Penuh dan Nombor Telefon) ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya Sankar SB) untuk mendapatkan borang penyertaan.
Hanya peserta dan penonton
berdaftar yang hadir sepenuhnya layak menerima sijil penyertaan.
Yang dahulu
didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.