Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping dimulakan
pada tahun 2016 – maklumat di sini. Akibat penularan
wabak Covid-19 pada awal tahun 2020,
aktiviti secara bersemuka tidak dapat diadakan.
Dalam usaha
menyediakan ruang aktiviti dan program bahasa, sastera, seni, dan budaya
berasaskan Bahasa Malaysia bagi penduduk sekitar Taiping, Perak,
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan
Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping menggerakkan semula program di Aulong
pada tahun 2022.
Acara “Temasya Bahasa” di bawah program Semarak Bahasa dan Sastera Kebangsaan
pernah diadakan di kuil ini pada 19 Mei 2019 – maklumat
di sini. Ruang dewan terbuka yang kini sudah siap dibina
menyediakan tempat yang cukup luas dan kondusif untuk menjalankan aktiviti.
Program
Program Dirgahayu
Bahasa Malaysia @ Aulong bertujuan menggalakkan penggunaan serta
meningkatkan semangat cinta akan Bahasa Malaysia dalam kalangan penduduk sekitar
Taiping; khasnya kanak-kanak dan remaja kaum India. Pengisian program ini
selaras dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengisian
program berbentuk didik hibur (edutainment)
ini menggabungkan pelbagai elemen termasuk aktiviti membaca, menulis, melukis,
mewarna, berlakon, bercerita, bermain, menyanyi, dan motivasi. Peserta akan lebih
yakin dan bersemangat menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
ilmu, bahasa komunikasi, dan bahasa perpaduan pada masa kini dan masa depan.
Objektif
1. Pengisian dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia” dan “Dekad Bahasa Kebangsaan” oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2. Membina keyakinan diri menerusi
pengucapan awam (public speaking)
3. Memupuk minat membaca buku cerita
Bahasa Malaysia
4. Mengaplikasi konsep didik hibur (edutainment) dalam aktiviti bahasa
Penganjur Bersama
Jawatankuasa
Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping
Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Tarikh
12 November
2022 (Sabtu)
Masa
10:00 pagi –
3:00 petang
Tempat
Dewan
Terbuka Kuil Sri Maha Sivalayam
860-D
Lorong 9, Aulong, 34000 Taiping, Perak
Panduan Waze
Kovil Sri
Maha Sivalayam Aulong
Syarat Penyertaan
1.
Terbuka
kepada masyarakat majmuk (semua kaum) di sekitar Taiping, Perak
2.
Umur
7-15 tahun sahaja (murid/pelajar)
3.
Boleh
berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia (menulis, membaca, bercakap)
4.
Sedia
menyertai program ini sepenuhnya (awal hingga akhir)
Cara Mendaftar
Sila kirim
maklumat berikut ke WhatsApp
011-11411952 (Uthaya):
1. Nama Peserta:
2. Nombor MyKad/MyKid:
3. Alamat Rumah:
4. Nama Ibu/Bapa/Penjaga:
5. Nombor Telefon Ibu/Bapa/Penjaga:
Tarikh Tutup
[Pendaftaran sudah ditutup. Hubungi 011-11411952 untuk maklumat program seterusnya.] Pendaftaran
ditutup pada 31 Oktober 2022 (10:00
malam), atau ditutup lebih awal jika sudah ada 20 peserta.
Rangka Atur Cara
10:00 pagi
Ketibaan peserta berdaftar
Sarapan (disediakan)
10:30 pagi
Sesi Suai Kenal
11:00 pagi
Pantun dan Lagu “Rasa Sayang”
Latihan Menulis Pantun
12:00 tengah hari
Latihan Lakonan (berkumpulan)
Peserta dibimbing memilih sebuah cerita untuk
dilakonkan secara berkumpulan
1:00 tengah hari
Makan Tengah Hari (disediakan)
Latihan Lakonan (berkumpulan)
2:20 petang
Ketibaan ibu, bapa, penjaga, guru, tetamu
2:30 petang
Persembahan Lakonan
Setiap kumpulan membuat persembahan drama (sekitar 5 minit sahaja)
3:00 petang
Ucapan tetamu undangan
Ucapan pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil
Penyampaian cenderamata dan sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan (peserta, hadirin)
Minum petang (untuk semua hadirin)
Perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga
(merancang program untuk masa depan)
Bersurai
Maklumat Lanjut