23 Nov 2022

Baca Cerpen Kavyan 2023

Acara Baca Cerpen Kavyan berlangsung selama 96 jam 32 minit pada tahun 2003 dan tercatat dalam The Malaysia Book of Records.

Bagi mengenang kejayaan acara dua dekad lalu, orang ramai dipelawa mengambil bahagian dalam rakaman Baca Cerpen Kavyan 2023.

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia.

2. Pilih sebuah cerpen Bahasa Malaysia oleh penulis Malaysia.

3. Cerpen oleh penulis Malaysia yang sudah diterjemah kepada Bahasa Malaysia juga dibenarkan.

4. Pilih satu bahagian/petikan cerpen sepanjang 4 – 5 minit sahaja.

5. Rakam bacaan petikan cerpen itu menggunakan kamera, telefon bimbit, atau komputer riba.

6. Pastikan kualiti audio dan visual adalah baik dan jelas. [Contoh 1] [Contoh 2]

7. Lakukan rakaman secara mendatar (horizontal), bukan menegak (vertical). Video yang dirakam secara menegak akan ditolak terus.

8. Apabila memulakan rakaman, beri masa 5 saat sebelum mula bercakap.

 

9. Mulakan rakaman dengan memperkenalkan diri (nama, tempat tinggal, pekerjaan dan sebagainya). Segmen memperkenalkan diri tidak boleh melebihi 30 saat.

 

10. Nyatakan judul cerpen, nama penulis (termasuk jika karya sendiri), dan di mana cerpen itu tersiar (nama akhbar, majalah, buku, portal) serta tarikh/tahun.

11. Amat baik jika anda dapat tunjuk buku/majalah/keratan akhbar berkenaan.

12. Mulakan membaca petikan cerpen sepanjang 4 – 5 minit sahaja.

13. Gaya pembacaan cerpen adalah bebas, asalkan berhemah serta tidak melanggar Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

14. Akhiri dengan “Terima kasih”. Jangan beri ucapan, ulasan, sonipsis, baca doa, atau apa-apa pun.

14. Duduk diam sambil memandang kamera selama 5 saat sebelum menghentikan rakaman.

15. Tonton balik rakaman itu.

16. Jika berpuas hati, kirim ke Telegram: Uthaya Sankar SB. Kiriman menerusi media lain tidak dilayan.

17. Tarikh tutup: 31 Disember 2022 (10:00 malam)

18. Video-video yang diterima akan disunting dan disambung sebelum dikongsi di YouTube.

19. Video yang tidak sesuai atau melanggar peraturan/syarat akan dibuang. Sebarang rayuan atau bantahan tidak dilayan.

20. Pautan video Baca Cerpen Kavyan 2023 akan turut dikongsi menerusi media sosial dari semasa ke semasa sepanjang tahun 2023.

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 25 Disember 2022.