24 Dec 2022

Bengkel Penulisan Cerpen dan Rencana 2023

Pengenalan

Sejak diasaskan pada tahun 1999, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berusaha membimbing bakat baharu dalam penulisan karya Bahasa Malaysia. Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991 serta berpengalaman membimbing bakat baharu di seluruh negara sejak tahun 1994. Antara bengkel penulisan yang dikendalikan baru-baru ini ialah Sesi Penulisan Intensif (Disember 2018 – November 2019), Siri Ceramah Penulisan (Jun 2020 – April 2021), dan Sesi Penulisan Cerpen (Jun 2021 – Mei 2022).

 

Bengkel Penulisan 2023

Siri Bengkel Penulisan menerusi Google Meet diatur sepanjang tahun 2023 dengan memberi tumpuan khusus kepada penulisan cerpen (kanak-kanak, remaja, dewasa) dan rencana (budaya, politik, sastera) seperti berikut:

 

Bengkel Penulisan Cerpen

Bengkel Penulisan Rencana

Tarikh: 28 Januari 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: Cerpen Remaja

Tarikh: 25 Februari 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: Rencana Budaya

Tarikh: 25 Mac 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: Cerpen Umum/Dewasa

Tarikh: 29 April 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: Rencana Politik

Tarikh: 27 Mei 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: Cerpen/Cerita Kanak-kanak

Tarikh: 24 Jun 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: Rencana Sastera

Tarikh: 29 Julai 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: (Akan dimaklumkan)

Tarikh: 26 Ogos 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: (Akan dimaklumkan)

Tarikh: 30 September 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: (Akan dimaklumkan)

Tarikh: 28 Oktober 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: (Akan dimaklumkan)

Tarikh: 25 November 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: (Akan dimaklumkan)

Tarikh: 30 Disember 2023 (Sabtu)

Masa: 9:00 – 11:00 malam

Skop: (Akan dimaklumkan)

 

Peserta Bengkel

Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia berumur minimum 17 tahun dan benar-benar berminat mendalami ilmu penulisan cerpen/rencana Bahasa Malaysia. Individu yang merupakan pembimbing mana-mana sesi/bengkel penulisan tidak diterima sebagai peserta. Setiap sesi akan dikendalikan jika ada minimum tiga (3) peserta.

 

Bahasa Pengantar

Bengkel dikendalikan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Istilah/frasa bahasa-bahasa lain mungkin digunakan mengikut keperluan.

 

Bayaran Penyertaan

Bagi setiap sesi, bayaran (“pengeras”) yang dikenakan ialah RM20 sahaja. 1 sesi = RM20. Bayaran tidak dipulangkan jika peserta menarik diri atau tidak hadir. Bagaimanapun, bayaran akan dipulangkan jika sesi berkenaan dibatalkan susulan tidak cukup minimum tiga (3) peserta.

 

Tarikh Pendaftaran

Pendaftaran bagi setiap sesi ditutup tujuh (7) hari sebelum tarikh sesi berkenaan. Misalnya, pendaftaran (berserta “pengeras”) bagi sesi 28 Januari 2023 ditutup pada 21 Januari 2023.

 

Soalan Peserta

Setiap peserta boleh mengemukakan satu (1) soalan/topik yang mahu turut dibincangkan pembimbing pada sesi yang disertai. Soalan/topik perlu dikirim tujuh (7) hari sebelum tarikh sesi berkenaan. Misalnya, soalan/topik bagi sesi 28 Januari 2023 perlu dikirim selewat-lewatnya pada 21 Januari 2023.

 

Draf Manuskrip

Setiap peserta wajib mengemukakan satu (1) draf manuskrip cerpen/rencana untuk dibedah pada sesi yang disertai. Panjang draf manuskrip adalah minimum 300 perkataan dan maksimum 600 perkataan. Draf manuskrip mestilah karya asli dan belum tersiar di mana-mana. Jika draf manuskrip melebihi 600 perkataan, pastikan kirim bahagian awal maksimum 600 perkataan sahaja. Semak ejaan, imbuhan, dan tanda baca sebelum manuskrip dikirim kepada pembimbing. Draf manuskrip perlu dikirim tujuh (7) hari sebelum tarikh sesi berkenaan. Misalnya, draf manuskrip bagi sesi 28 Januari 2023 perlu dikirim selewat-lewatnya pada 21 Januari 2023.

 

Kandungan Bengkel

Secara umum, setiap sesi merangkumi bidang penulisan cerpen/rencana secara menyeluruh, iaitu dari topik mencari idea hingga usaha menerbitkan karya berkenaan. Panduan diberi berdasarkan pengalaman pembimbing terlibat dalam bidang penulisan selama lebih 30 tahun. Soalan/topik yang dikemukakan oleh peserta juga dibincang semasa sesi. Draf manuskrip setiap peserta dibedah, dikritik, dihurai, dan dicadangkan cara untuk dibaiki supaya mencapai mutu yang sesuai untuk diterbitkan.

 

Bimbingan Di Luar Sesi

Sebarang bimbingan berkaitan bidang penulisan dan penerbitan tidak akan diberi di luar waktu bengkel.

 

Maklumat Lanjut dan Pendaftaran

Sila hubungi Uthaya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 untuk maklumat lanjut, pendaftaran, dan cara membuat bayaran.