16 Jul 2015

Bengkel Penulisan Cerpen

Aktiviti
Bengkel Penulisan Cerpen

Sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2015

Penganjur Bersama
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera

Tarikh
18 Oktober 2015 (Ahad)

Masa
9:00 pagi – 4:00 petang

Tempat
Rumah Kavyan, Shah Alam [LIHAT PETA]
[Waze – Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam]
Lokasi berdekatan: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Jalan Sabar 25/83
Amaran: Panggilan telefon pada 17-18 Oktober 2015 untuk bertanya panduan jalan tidak dilayan!

Pengenalan
Penglibatan penulis pelbagai kaum yang mampu memaparkan keunikan dan variasi adat dan budaya menerusi karya sastera seperti cerpen yang ditulis menggunakan Bahasa Malaysia pasti membantu memperkaya khazanah sastera kebangsaan. Sempena program Bulan Bahasa Kebangssan (BBK), serta selaras usaha dan matlamat Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, suatu bengkel penulisan cerpen dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu pelbagai kaum; khususnya penulis kaum India. Bengkel intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan latihan ini direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda dan bakal penulis pelbagai kaum berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan penulisan cerpen bagi akhbar dan majalah. Bengkel ini juga sesuai bagi pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda, penulis Tamil dan orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan cerpen.


Objektif
1 Mencungkil bakat baru penulis cerpen dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum; khususnya penulis kaum India/Tamil.
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan cerpen kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan kreatif.
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan cerpen bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Tunas Cipta dan Dewan Siswa.
4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan belia dan penulis pelbagai kaum.

Peserta
Maksimum 20 peserta (belia, remaja, pelajar, dewasa) pelbagai kaum yang berminat mempelajari teknik menghasilkan cerpen bermutu. Individu yang belum ada pengalaman menulis juga boleh menjadi peserta. Umur minimum 13 tahun dan berminat menulis cerpen remaja. Kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai bengkel ini. Para peserta wajib berpakaian sopan apabila menyertai mana-mana aktiviti Kavyan.

Yuran Penyertaan
Bagi memastikan hanya individu yang benar-benar berminat dan komited menyertai bengkel ini, peserta (Bukan Ahli Kavyan) dikenakan bayaran pendaftaran RM10.00 manakala Ahli Berdaftar Kavyan yang sudah membayar yuran bagi 2015 dikenakan bayaran pendaftaran RM5.00. Bayaran ini perlu dibuat sebelum mengisi borang penyertaan. Nombor akaun bank boleh dirujuk pada borang pendaftaran. Borang yang diisi tanpa membuat bayaran pendaftaran tidak dilayan sama sekali.

Pendaftaran Peserta
Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran Dalam Talian. Pendaftaran adalah mengikut konsep “yang dahulu didahulukan” kerana jumlah peserta adalah terhad. [BORANG PENDAFTARAN] Pendaftaran sudah ditutup pada 8 Oktober 2015.

Cenderamata Peserta
Setiap peserta yang mendaftar awal serta menyertai bengkel dengan sepenuhnya akan menerima cenderamata berupa bahan bacaan dan sijil penyertaan daripada DBP dan Kavyan. Bahan bacaan berkenaan akan turut dijadikan teks rujukan semasa bengkel penulisan cerpen.

Pembimbing
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman amat luas dalam bidang media konvensional dan alternatif sejak 1992. Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media (BA Hons) ini antara lain pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1), Penyunting Kandungan Berita di Bernama Radio24 dan Penolong Editor akhbar Sinar Harian serta penyelia Unit Bencana RTM. Penulis sepenuh masa ini juga kolumnis di portal berita Free Malaysia Today, The Malay Mail Online, Projek Dialog, Roketkini, Kuala Lumpur Post dan The Malaysian Insider. Cerpen-cerpennya tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 & 1998/99). Kavyan pula mempunyai pengalaman luas mengendalikan bengkel penulisan kreatif di seluruh negara sejak diasaskan pada 22 Ogos 1999.

Penyelarasan
Persiapan, penyelarasan dan perjalanan bengkel akan diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kavyan yang berpengalaman menjayakan aktiviti Kavyan sejak 1999.

Bahasa
Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara bangi bengkel berkenaan:

9:00 pagi
Ketibaan peserta, pendaftaran dan sarapan

10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Pertama: Unsur-unsur Sastera

11:00 pagi
Sesi Kedua: Unsur-unsur Cerpen

12:00 tengah hari
Sesi Ketiga: Etika Penulisan dan Panduan Manuskrip 

1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat

2:00 petang
Sesi Keempat: Praktikal
                        Latihan menulis cerpen
                        Bedah karya peserta

3:30 petang
Ucapan Wakil DBP
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Minum petang 

4:00 petang
Majlis Meraikan Kelahiran Nari! Nari! 

Maklumat Lanjut
Orang ramai boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum bahawa pertanyaan menerusi SMS tidak akan dilayan sama sekali.

[Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 2 Julai 2015 dan diluluskan oleh DBP pada 15 Julai 2015.]