Monday, 28 February 2011

Buku untuk Perpustakaan Sekolah Menengah

Sebagai usaha menggalakkan budaya membaca dan menghayati karya sastera Bahasa Malaysia, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan menyumbangkan senaskhah kumpulan cerpen Rudra Avatara (2008) dan senaskhah kumpulan cerpen Kathakali (2009) kepada perpustakaan di 50 buah sekolah menengah seluruh negara.
.

Pengetua mana-mana sekolah menengah yang berminat diminta mengirimkan alamat sekolah yang lengkap ke infokavyan@yahoo.com.my supaya buku berkenaan dapat dikirim dengan kadar segera untuk dimasukkan ke perpustakaan sekolah bagi bacaan pelajar dan guru.

.

Buku akan dikirim ke 50 buah sekolah yang paling awal menghubungi pihak Kavyan melalui alamat e-mel yang diberikan. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kos kiriman melalui pos juga ditanggung sepenuhnya oleh Kavyan.
.
Nota: Setiap e-mel yang selamat diterima pasti akan dibalas. Kiriman alamat sekolah melalui SMS tidak akan dipertimbangkan. Tawaran ini juga hanya bagi sekolah menengah.