24 Jun 2018

Kita dan Karya — 19 Ogos 2018

Program
Kita dan Karya

Tarikh
19 Ogos 2018 (Ahad)


Acara 30 September 2018 -- [RUJUK DI SINI]

Masa
10:00 pagi

Tempat
Taman Tasik Kota Kemuning, Shah Alam
(Hadapan McDonald’s Kota Kemuning)
[Rujuk peta di bawah]

Panduan Waze
Perpustakaan Kota Kamuning,
Persiaran Perbandaran,
Shah Alam

Pengenalan
Hasil perbincangan pada 24 Jun 2018 antara Uthaya Sankar SB, Balkish Alam dan Shahrul Irda di Kota Kemuning, Shah Alam, keputusan diambil untuk menganjurkan program “Kita dan Karya” bagi menggalakkan minat membaca, berkongsi pengalaman membaca, serta perkongsian ilmu secara santai dalam kumpulan kecil. Program ini juga memberi ruang dan peluang kepada khalayak yang tidak berpeluang menghadiri program seumpama ini yang turut dianjurkan pelbagai pihak di pelbagai tempat.

Konsep Umum
Dalam setiap sesi “Kita dan Karya”, lima individu akan membacakan petikan karya dan seterusnya berkongsi pengalaman berkaitan karya berkenaan. Karya yang dibaca mungkin tulisan sendiri, atau karya pengarang lain (yang sudah tersiar). Setiap individu diberikan masa 15 minit sahaja untuk melakukan pembacaan dan perkongsian pengalaman. Persembahan lagu dan muzik juga dibenarkan.

Penyelaras
Balkish Alam dan Shahrul Irda bertindak sebagai penyelaras program “Kita dan Karya”. Orang ramai yang berminat menjadi peserta dan penonton program ini boleh menghubungi Balkish (019-2671076), atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan).

[Klik untuk besarkan peta]

Peserta dan Penonton
Lima peserta akan terlibat dalam setiap sesi membaca petikan karya. Peserta boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi pengalaman membaca karya. Peserta tidak semestinya penulis yang sudah menerbitkan buku. Pemuzik dan penyanyi juga diundang mengambil bahagian dalam program ini. Setiap peserta dimestikan membawa sekurang-kurangnya seorang penonton untuk mengikuti sesi “Kita dan Karya”. Orang ramai diundang hadir sama bagi memeriahkan sesi perbincangan.

Senarai Peserta (Pembaca) bagi Acara 22 Julai 2018

1. Balkish Alam
2. Shahrul Irda
3. Thanusya Shanmuganathan
4. Zamri Mohd Daud
5. Roshidayu Che Mat

Senarai Peserta (Pembaca) bagi Acara 19 Ogos 2018


4. [Masih Kosong]

5. [Masih Kosong]

Bahasa dan Karya
Karya yang sesuai bagi sesi “Kita dan Karya” adalah puisi (tradisional/moden), cerpen, novel, esei, lagu, dan muzik. Karya boleh dipersembahkan dalam mana-mana bahasa. Bagaimanapun, sesi perbincangan dan perkongsian ilmu perlulah menggunakan Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Sensitiviti
Atas dasar meraikan kepelbagaian dan percambahan minda, peserta dan penonton dibenarkan memperkatakan topik-topik yang dianggap sensitif dan kurang diperkatakan – dengan syarat topik itu termasuk dalam karya yang dipersembahkan. Bagaimanapun, penyelaras berhak menghalang sekiranya perbincangan didapati menimbulkan masalah yang tidak diingini.

Peruntukan/Had Masa
Setiap peserta wajib patuh pada masa 15 minit yang diperuntukkan. Hal ini perlu bagi memastikan setiap peserta mendapat peluang untuk mengambil bahagian. Perbincangan lanjut boleh disambung selepas kelima-lima peserta sudah mengambil bahagian.

Lokasi Program
Tempat acara akan diubah dan ditukar mengikut keperluan dan permintaan khalayak. Program dijalankan dalam bentuk santai dan dalam kumpulan kecil. Cadangan tempat amat dialu-alukan bagi program akan datang.

Makan-minum dan Kebersihan
Hadirin boleh membawa makanan dan minuman untuk dinikmati sambil mengikuti program “Kita dan Karya”. Akan tetapi, aspek kebersihan wajib diberi keutamaan pada setiap masa.