Wednesday, 20 June 2018

Walkaton Merdeka di Aulong Lama


Program
Walkaton Merdeka

Tarikh
31 Ogos 2018 (Jumaat)

Masa
8:00 — 11:00 pagi

Tempat
Bermula di Dewan Sangam dan berjalan sekeliling Aulong Lama, Taiping
(laluan akan dimaklumkan pada hari acara)

Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan dijalankan di Aulong Lama, Taiping, Perak sejak Jun 2016 bagi memperkasakan masyarakat akar umbi menelalui program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya. [Maklumat lanjut] Program kali ini pula berusaha menarik penyertaan 100 individu pelbagai kaum untuk terlibat dalam acara walkaton (walkathon) sempena sambutan Hari Kebangsaan. Secara langsung, program ini bertujuan memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan Bangsa Malaysia.

Peserta
Terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum, agama, dan latar belakang berumur minimum 7 tahun. Wakil NGO, organisasi, agensi kerajaan, pertubuhan, institusi pendidikan, pelajar, guru, pihak berkuasa tempatan, wakil rumah-rumah ibadat, penduduk sekitar Taiping, dan sebagainya juga dipelawa menjadi peserta. (Kanak-kanak berumur bawah 7 tahun tidak boleh menjadi peserta tetapi boleh berjalan bersama-sama ibu bapa atau penjaga.)

Bayaran Penyertaan
RM2.00 seorang

Syarat Pakaian Peserta
Kemeja-T putih (tidak ada iklan atau lambang/tulisan/logo yang kurang sesuai)
Track bottom
Kasut sukan
Topi/payung (digalakkan)

Tarikh Tutup Penyertaan
15 Ogos 2018


Jawatankuasa Pelaksana
Penganjur Projek Komuniti Kavyan melantik Jawatankuasa Pelaksana bagi merancang dan melaksanakan program ini.

Penyelaras — M. Vanitha Murugan
Pengerusi — Manivale K. Arumugam
Setiausaha — Mariamah P. Kumarasamy
Bendahari — Jegavani Lengkan
AJK Kecil — Christiana Francis
AJK Kecil — Chitradevi P. Krishnan
AJK Kecil — Magesuary Chrishnan
AJK Kecil — Loganathan Veloo
AJK Kecil — Sugandhi Krishnan
AJK Kecil — Jaya Arokiasamy
AJK Kecil — Mathana Nagarajan

Borang Penyertaan
Orang ramai yang berminat menjadi peserta perlu mendapatkan borang daripada Jawatankuasa Pelaksana (rujuk senarai di atas). Borang yang diisi lengkap perlu dikembalikan bersama-sama bayaran kepada Jawatankuasa Pelaksana sebelum 15 Ogos 2018. Borang yang lewat, tidak lengkap, atau tidak disertakan bayaran tidak akan dilayan.


Pengisian Program
Atur cara dan cadangan pengisian Walkaton Merdeka adalah seperti berikut; tertakluk pindaan dan pengubahsuaian mengikut keadaan.

7:30 pagi
Meja Pengesahan Pendaftaran dibuka di Dewan Sangam, Aulong Lama.
Peserta diberi tanda pengesahan pendaftaran.

8:00 pagi
Nyanyian “Negaraku”.
Bacaan doa.
Taklimat kepada peserta.
Penyerahan Jalur Gemilang.

8:30 pagi
Walkaton Merdeka bermula.
Petugas akan mengiringi peserta untuk berjalan secara berkumpulan melalui Stesen 1, Stesen 2, dan Stesen 3, sebelum tiba di Stesen 4 (Dewan Sangam).
Peserta akan diberi tanda pengesahan apabila tiba di Stesen 1, Stesen 2, dan Stesen 3.
Sepanjang perjalanan, peserta juga akan mengutip sampah sebagai tanda patriotisme (semangat cinta akan negara).
Para peserta digalakkan merakam foto/video untuk dipaparkan di media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dan sebagainya) sepanjang walkaton.

10:30 pagi
Peserta dijangka tiba di Stesen 4 (Dewan Sangam).
Peserta perlu melaporkan diri di Meja Pendaftaran dengan mengemukakan “tanda pengesahan” sebagai bukti menyertai acara sepenuhnya.
Senaman aerobik.
Jamuan ringan.
Penyampaian cenderamata kepada peserta yang melengkapkan Walkaton Merdeka.

11:00 pagi
Bersurai

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai Walkaton Merdeka, sila hubungi telefon 011-16353452 (Manivale/pengerusi), 016-5555453 (Vanitha/penyelaras), atau mana-mana Jawatankuasa Pelaksana. Orang ramai juga boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan) untuk maklumat dan pertanyaan.