Tuesday, 15 May 2018

Kem Kepimpinan Projek Komuniti Kavyan


Kem Kepimpinan Projek Komuniti Kavyan
Tarikh: 10 Jun 2018 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Dewan Sangam, Aulong Lama, Taiping

Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan dimulakan di Aulong Lama, Taiping, Perak pada Jun 2016. [Maklumat lanjut]

Beberapa pemimpin komuniti berjaya dibimbing dan diasuh sehingga mereka sudah mampu menangani program bulanan dan program mingguan yang dijalankan di sini. Beberapa remaja juga mula dibimbing mulai Januari 2018.


Kem Kepimpinan Projek Komuniti Kavyan pada kali ini bertujuan melahirkan satu pasukan pemimpin komuniti yang lebih kukuh dan lebih mampu untuk mengambil alih sepenuhnya Projek Komuniti Kavyan mulai April 2019.
Peserta Kem Kepimpinan
Individu berumur minimum 16 tahun yang berminat dan komited untuk menjadi sukarelawan dalam menjayakan Projek Komuniti Kavyan dipelawa menyertai program ini. Jawatankuasa Pelaksana sedia ada juga menjadi peserta.


Borang Penyertaan
Individu yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada M. Vanitha Murugan, penyelaras Projek Komuniti Kavyan. Tarikh tutup pendaftaran peserta adalah pada 31 Mei 2018.

Barangan Keperluan
Peserta yang memiliki buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) atau Karupaya (2018) diminta membawanya untuk rujukan tugasan.


Rangka Atur Cara
9:00 pagi – Pengesahan kehadiran peserta
9:30 pagi – Pembahagian kumpulan, suai kenal, dan taklimat


10:00 pagi – “Pemimpin Komuniti Bertemu Penduduk”
12:00 tengah hari – Perkongsian dapatan (pengalaman)
(Makan tengah hari)


1:30 petang – “Membina Identiti Pemimpin Komuniti”
3:00 petang – “Melahirkan Satu Pasukan Jawatankuasa Pelaksana”
4:00 petang – Cadangan Pengisian Projek Komuniti Kavyan
(Minum petang)


5:00 petang – “Sumbangan Saya Untuk Projek Komuniti Kavyan”
5:30 petang – Aku Janji Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan
6:00 petang – Sesi fotografi dan bersurai

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada ada sebarang pertanyaan, hubungi M. Vanitha Murugan (penyelaras) atau Uthaya Sankar SB (pembimbing) selewat-lewatnya pada 31 Mei 2018.