Nama Aktiviti
Baca
Cerpen Siru Kambam
Sempena
Pelancaran Kumpulan
Cerpen Kisah dari Siru Kambam
Penganjur
Bersama
Kumpulan Sasterawan
Kavyan (Kavyan)
Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Tarikh
10 Mac 2013 (Ahad)
Masa
9:30 pagi – 12:30
tengah hari [Waktu Kavyan]
Tempat
Bilik Aktiviti (Zon Kreatif),
Tingkat Bawah, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Latar
Belakang
Program Baca Cerpen Kavyan anjuran
bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan Kavyan pada 29
Ogos-2 September 2003 berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book of
Records berikutan pembacaan 384 cerpen secara berterusan oleh 166 peserta
selama 96 jam 32 minit. Baca Cerpen Kavyan menjadi asas bagi memulakan
tradisi membaca cerpen dan novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama
pelbagai pihak. Kavyan sering bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menganjurkan
acara membaca cerpen di pentas. Masyarakat juga semakin berminat untuk
mendengar serta mengambil bahagian dalam acara seumpama ini. Maka tradisi ini
wajar diteruskan dan diperhebatkan; khususnya dengan mengangkat karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan sendiri.
Objektif
1 Membuka peluang
kepada peminat sastera membaca naskhah cerpen karya Sasterawan Kavyan (penulis
kaum India).
2 Memupuk minat
membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum;
membudayakan baca cerpen.
3 Meneruskan tradisi
baca cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan;
memasyarakatkan sastera.
4 Memartabatkan
Bahasa Malaysia serta memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum.
5 Pengisian program
kerjasama antara PPAS dan Kavyan yang dimulakan sejak 2003.
Jumlah
Cerpen
Sebanyak 10 daripada 20 cerpen Bahasa Malaysia karya Uthaya
Sankar SB yang termuat dalam buku Kisah dari Siru Kambam (2013) dijadikan
teks bacaan. Setiap peserta hanya membaca petikan beberapa halaman; sebagaimana
ditetapkan oleh pihak penganjur. Teks cerpen akan dipilih dan ditetapkan oleh
pihak Kavyan, dan dimaklumkan lebih awal kepada para peserta supaya boleh
berlatih dan membuat persediaan.
Penyelarasan
Program pembacaan
cerpen akan diselaraskan dan dikendalikan oleh wakil Kavyan secara terancang,
sistematik dan profesional berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca
Cerpen Kavyan (29 Ogos – 2 September 2003); serta siri baca cerpen/novel
sebelum ini.
Jumlah
Peserta/Pembaca (*)
Sepuluh (10) individu pelbagai kaum, berumur minimum 14
tahun, yang menawarkan diri secara sukarela. [SENARAI NAMA PESERTA DIPAPARKAN DI SINI] Penyertaan terbuka kepada sesiapa
yang berminat dan mampu membaca naskhah cerpen Bahasa Malaysia dengan gaya
persembahan yang mantap dan sesuai untuk
persembahan di khalayak. [PANDUAN MEMBACA CERPEN]
Pendaftaran
dan Pemilihan Peserta (*)
Bagi tujuan Baca
Cerpen Siru Kambam, orang ramai yang berminat perlu mendaftar lebih awal
kerana jumlah peserta adalah terhad kepada 10
orang. Pendaftaran peserta diuruskan hanya oleh pihak Kavyan. Pendaftaran
dilakukan melalui kaedah ”yang dahulu didahulukan”. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my
atau www.facebook.com/uthaya
untuk pendaftaran peserta.
Cenderamata
Peserta (*)
Kesemua 10 peserta akan menerima cenderamata
berupa bahan bacaan sumbangan Kavyan; buku karya Datuk A. Samad Said iaitu Penasihat Agung Kavyan. Cenderamata ini
secara tidak langsung membantu menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat;
serta mempromosi kempen galakan membaca.
(*) Syarat Peserta/Pembaca
”Peserta” dan
”pembaca” merujuk kepada individu yang mendaftar awal untuk mendapatkan teks
cerpen; mendaftar di PPAS sebelum pukul 10:00 pagi pada tarikh acara; membaca
teks cerpen di pentas mengikut giliran yang ditetapkan; menyertai acara sepenuhnya
dari mula hingga akhir; dan tidak meninggalkan acara lebih awal.
Penonton
Orang ramai –
khususnya peminat sastera, wakil media, siswa-siswi, pelajar, guru, penulis,
pustakawan dan ahli Kavyan – dipelawa menghadiri acara Baca Cerpen Siru Kambam sebagai penonton. Penonton berumur minimum
14 tahun perlu mendaftar di PPAS sebelum pukul 10:00 pagi pada tarikh acara
untuk membolehkan mereka layak terlibat dalam cabutan bertuah. Individu yang
datang lewat boleh menjadi penonton tetapi tidak layak mendaftar bagi cabutan
bertuah.
Wakil Media
Wartawan dan wakil
media (termasuk blogger dan pengamal
media alternatif) yang berminat membuat liputan acara ini dinasihatkan supaya
mendaftar sebelum pukul 10:00 pagi pada tarikh acara. Wakil media juga perlu
mendaftar untuk layak terlibat dalam cabutan bertuah. Wakil media yang
menghadiri acara ini sepenuhnya akan diberi cenderamata berupa bahan bacaan
pada akhir majlis (semasa sidang media). Wakil media yang tiba lewat atau menghilangkan
diri dianggap tidak hadir.
Cabutan Bertuah
Cabutan bertuah akan diadakan bagi para penonton berdaftar
(termasuk wakil media) sebagai selingan acara baca cerpen. Hadiah berupa bahan
bacaan disediakan oleh Kavyan bagi pemenang cabutan bertuah ini. Hadiah hanya
akan diberikan sekiranya individu terbabit (pemenang) berada di tempat acara
semasa namanya dipanggil. Penonton yang menghilangkan diri (atas apa alasan
sekali pun) tidak layak menerima hadiah. Keputusan pihak penganjur adalah
muktamad dan sebarang bantahan/rayuan tidak akan dilayan.
Rangka
Atur Cara
9:30 pagi
·
Meja jualan buku, pendaftaran
peserta, penonton dan wakil media dibuka
·
Ketibaan tetamu,
wartawan, peserta dan penonton
·
Nota: Sarapan TIDAK
disediakan
10:00 pagi [Waktu Kavyan]
·
Ucapan pengacara
majlis
·
Bacaan doa
(mengikut agama masing-masing)
·
Ucapan tetamu/wakil Kavyan
10:30 pagi
·
Baca Cerpen Siru Kambam bermula
·
Selingan – cabutan
bertuah
12:00 tengah hari [Anggaran]
·
Penyampaian cenderamata
kepada peserta
·
Sesi fotografi
berkumpulan (peserta/penonton)
·
Sidang media (jika perlu)
·
Penyampaian
cenderamata kepada wakil media
·
Nota: Makan tengah hari TIDAK
disediakan
Penutup
Acara Baca Cerpen Siru Kambam sempena pelancaran
kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam
(2013) mampu dilaksanakan secara sederhana tetapi melibatkan penyertaan
khalayak pelbagai kaum berkat kerjasama padu daripada PPAS, Kavyan dan para
sukarelawan. Acara ini juga sebagai usaha ”memasyarakatkan” PPAS dengan membawa
orang ramai ke PPAS.
No comments:
Post a Comment