Bengkel Baca Cerpen Kavyan
Tarikh
15 Julai 2017 (Sabtu)
Masa
2:00 – 6:00 petang
Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong Lama (Sangam)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)
Tempat
Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama
285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak
Rasional
Acara Baca Cerpen Siru Kambam III berlangsung pada 17 Jun 2017 dan didapati bahawa para peserta memerlukan latihan lanjut supaya mampu membuat persembahan baca cerpen yang lebih baik pada masa hadapan. Persiapan ini juga sebagai langkah awal membawa kumpulan peserta dalam Projek Komuniti Kavyan membuat persembahan di tempat-tempat lain pada masa hadapan.
Peserta
Penyertaan Bengkel Baca Cerpen Kavyan terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum di sekitar Taiping, Perak yang berminat membaca (mempersembahkan) petikan cerpen di pentas. Penyertaan hanya dibuka kepada 30 peserta. Individu yang berminat wajib mendaftar selewat-lewatnya 8 Julai 2017. Peserta perlu mengisi borang dengan lengkap, dan mengembalikan borang berserta bayaran yuran. Hanya selepas itu, teks cerpen akan diserahkan kepadanya.
Yuran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM2.00 dan yuran ini perlu dibayar bersama-sama borang penyertaan selewat-lewatnya 8 Julai 2017. Ahli Kelab Kesedaran yang sudah membayar yuran tahunan bagi tahun 2017 akan ditaja oleh Kelab. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta gagal hadir pada tarikh acara.
Pengesahan Penyertaan
Sesiapa yang berminat mengambil bahagian diminta menghubungi Vanitha Murugan (Timbalan Pengerusi Kelab Kesedaran, AJK Sangam, AJK Insaniah) untuk mendapatkan borang penyertaan. Borang yang lengkap diisi berserta yuran penyertaan perlu dikembalikan kepada Vanitha Murugan selewat-lewatnya pada 8 Julai 2017. Hanya selepas itu, teks cerpen akan diserahkan kepada peserta.
Peraturan Am
Peserta diminta membaca alat tulis dan buku untuk mencatat nota. Peserta perlu berpakaian sopan dan selesa. Peserta juga wajib berdisiplin sepanjang bengkel berlangsung. Pembimbing (Uthaya Sankar SB) akan meminta peserta yang melanggar peraturan supaya meninggalkan tempat acara.
Atur Cara
Rangka atur cara adalah seperti berikut:
2:00 petang [Waktu Kavyan]
Pengesahan pendaftaran peserta (untuk sijil)
Individu yang tiba selepas 2:10 petang tidak dibenarkan menjadi peserta.
2:15 petang [Waktu Kavyan]
Bengkel Baca Cerpen Kavyan bermula
Memahami cerita, watak, emosi, dialog dan situasi dalam cerpen
Mendengar rakaman audio cerpen “Sebuah Cerita Biasa”
Panduan “mempersembahkan” cerpen di pentas
Petua “menguasai” pentas dan “memukau” penonton
4:00 petang
Minum petang
4:15 petang
Latihan persembahan peserta di pentas
Komen oleh peserta lain dan pembimbing
Para peserta membuat rumusan panduan membaca cerpen
Penyampaian cenderamata kepada peserta
Penyampaian sijil Bakat Seni dan Budaya (27 Mei 2017)
Penyampaian sijil Baca Cerpen Siru Kambam III (17 Jun 2017)
Sesi fotografi berkumpulan
Penutup dan Harapan
Acara Bengkel Baca Cerpen Kavyan mampu memberi peluang kepada penduduk pelbagai kaum sekitar Aulong Lama dan Aulong, Taiping untuk mempelajari teknik mempersembahkan bacaan cerpen secara profesional di pentas. Rancangan akan disusun untuk membawa peserta membuat persembahan di acara-acara lain pada masa hadapan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my. Layari www.kavyan.blogspot.my dari semasa ke semasa untuk maklumat perkembangan aktiviti Kavyan.