26 Oct 2025

Projek Komuniti Kavyan: Program Galakan Membaca

Pengenalan

Penguasaan Bahasa Malaysia iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah sesuatu yang amat penting bagi setiap individu. Jumlah masa dan peluang bagi murid dan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti Bahasa Malaysia di sekolah mungkin kurang dan terhad. Dalam situasi ini, Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang diasaskan pada tahun 1999 terlibat mengendalikan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT seluruh negara sejak tahun 2004 (Utusan Malaysia, 30 Mac 2024). Program Temasya Bahasa pula dikendalikan bersama Persatuan Kebajikan Idayakkani untuk membantu meningkatkan kecintaan dan penguasaan Bahasa Malaysia serta memupuk minat membaca dan menulis karya Bahasa Malaysia dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak pada tahun 2024. Pendekatan didik hibur (edutainment) yang diguna pakai oleh Kavyan sejak tahun 2004 diterapkan dalam merangka dan melaksanakan program ini. Kavyan juga bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam) untuk menjayakan Projek Komuniti Kavyan di Lorong K, Aulong Lama dari 2016 hingga 2019 tetapi tergendala sejak penularan Covid-19. Program Temasya Bahasa juga pernah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam (Sivalayam), Aulong, Taiping di Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping pada 19 Mei 2019.

 

Program

Susulan siri perbincangan antara Kavyan, Sangam, dan Sivalayam, keputusan diambil untuk menggerakkan semula Projek Komuniti Kavyan secara berkala demi manfaat penduduk di Aulong Lama, Aulong Baru, Kampung Boyan, dan sekitarnya. Program perintis yang dirancang ialah Program Galakan Membaca melibatkan peserta pelbagai kaum berumur 10-15 tahun.

 

Objektif

1. Memupuk minat membaca karya Bahasa Malaysia

2. Berkongsi panduan (tips) memilih bahan bacaan yang sesuai

3. Menggalakkan peserta menjadikan membaca sebagai aktiviti sekeluarga

4. Mengendalikan aktiviti didik hibur (edutainment) berasaskan buku

5. Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan peserta

 

Penganjur Bersama

Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)

Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam (Sivalayam), Aulong, Taiping

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

 

Tarikh

13 Disember 2025 (Sabtu)

 

Masa

2:00 – 6:00 petang [Waktu Kavyan]

 

Tempat

Dewan Dato’ Ahmad Shalimin

Kampung Aulong Lama

34000 Taiping, Perak

 

Waze

Lorong MB 5, Taiping, Perak

 



Peserta

Penyertaan dibuka kepada lima belas (15) kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum berumur 10-15 tahun yang tinggal di Aulong Lama, Aulong Baru, Kampung Boyan, dan sekitarnya. Keutamaan kepada kanak-kanak daripada Keluarga B40. Semua peserta wajib mendaftar lebih awal. Penyertaan secara walk-in tidak dilayan. Pendaftaran awal juga perlu untuk memudahkan pihak penganjur menguruskan makan-minum dan bahan-bahan lain yang mencukupi. Pendaftaran peserta diuruskan oleh Sangam – rujuk di bawah.

 

Pengendali Program Galakan Membaca

Uthaya Sankar SB ialah pengasas Kavyan dan aktif dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Beliau menerima pengiktirafan seperti Hadiah Cerpen Maybank-DBP, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Duta Keamanan, dan Anugerah Tokoh Saraswati. Antara karya beliau ialah Siru Kambam (1996), Vetalam dan Vikramaditya (2020), Bhagavad Gita (2021), Suvarna Bhumi (2022), The Painted Cat (2023), Dewi Pertiwi (2024), Rani di Kuil Bhagavati (2025), dan Sebelas Amanat Swamiji (2025).

 

Jawatankuasa Pengurusan

Pengurusan program ditangani oleh lima (5) wakil Sangam yang diketuai oleh Encik Loganathan Veloo selaku penyelaras. Jawatankuasa Pengurusan juga wajib menghadiri program sepenuhnya dan terlibat sebagai peserta dan pembantu kepada pengendali program.

 

Pendaftaran Peserta

Pendaftaran peserta diuruskan sepenuhnya oleh Sangam. Sila hubungi Encik Loganathan Veloo (Setiausaha Sangam) menerusi telefon/WhatsApp 016-5555612. Untuk mendaftar, maklumat kanak-kanak dan maklumat ibu bapa yang lengkap perlu diisi pada borang pendaftaran. Penyertaan secara walk-in pada tarikh program tidak dilayan.

 

Rangka Atur Cara

Harap maklum bahawa semua program yang melibatkan Kavyan dijalankan mengikut “Waktu Kavyan” iaitu masa yang tepat seperti dinyatakan.

 

2:00 petang

Ketibaan peserta dan pengesahan di meja pendaftaran

Penting: Hanya individu yang sudah mendaftar diterima sebagai peserta. Penyertaan secara walk-in tidak dilayan.

 

2:15 petang

Sesi 1 – Rasa Sayang

Pengenalan kepada pantun tradisional

Nyanyian lagu “Rasa Sayang”

 

3:00 petang

Sesi 2 – Cerita Rakyat

Pengenalan kepada cerita rakyat India

Membincangkan kosa kata dalam buku cerita

 

4:00 petang

Minum petang

 

4:30 petang

Sesi 3 – Bacaan Berantai

Panduan membaca dengan suara lantang

Latihan membaca petikan cerita dengan penuh gaya

 

5:15 petang

Persembahan bacaan berantai oleh peserta

Ucapan Penyelaras Program Galakan Membaca

Penyampaian cenderamata

Sesi fotografi berkumpulan

 

Pakaian Peserta

Peserta perlu memakai pakaian yang sopan dan selesa. Pakaian tradisional digalakkan. Jangan memakai pakaian seragam atau kemeja-T sekolah.

 

Peralatan Yang Perlu Dibawa

Peserta perlu membawa alat tulis dan buku untuk mencatat nota.

Peserta digalakkan membawa botol air minuman.

 

Penyumbang Diperlukan

Pihak Kavyan, Sangam, dan Sivalayam mengendalikan program secara sukarela (tanpa bayaran). Walau bagaimanapun, sumbangan orang ramai amat diharapkan bagi menampung sebahagian kos yang terlibat dalam menjayakan program ini:

 

 

Perkara

Anggaran Kos

Jumlah

1

Buku cerita (teks program)

RM10 x 20 orang

RM200

2

Minum petang

RM7.50 x 20 orang

RM150

3

Cenderamata peserta (alat tulis, buku tulis, dll)

RM5 x 20 orang

RM100

4

Sewa Dewan

RM100

RM100

 

 

 

RM550

Nota: Surat pengesahan rasmi diberi bagi setiap sumbangan. Nama para penaja/penyumbang akan didokumentasi di blog ini. (Penaja boleh meminta nama tidak dipaparkan di blog.) Penyumbang tidak semestinya menaja keseluruhan kos (misalnya kos buku cerita); boleh menyumbang sebahagian sahaja. Kesemua sumbangan akan digabungkan untuk menampung anggaran kos di atas.

 

Maklumat Lanjut

Sila hubungi Setiausaha Sangam, Loganathan Veloo (016-5555612) atau Pengasas Kavyan, Uthaya Sankar SB (011-11411952) selewat-lewatnya pada 10 Disember 2025 (10:00 malam) jika ada pertanyaan.