Program
Penghayatan Sastera di Pusat
Satya Sai Baba Cheras
Anjuran Bersama
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Pusat Satya Sai Baba Cheras
Tarikh
Akan Dimaklumkan
Masa
12:30 tengah hari – 3:30
petang
Tempat
Pusat Satya Sai Baba
Cheras
7 Jalan Alam Jaya 17
Batu 9, Cheras,
Selangor
Panduan Waze
Pusat Satya Sai Baba
Cheras
Pengenalan
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sering bekerjasama
mengendalikan program bahasa dan sastera melibatkan komuniti India di beberapa tempat. Bagi
tahun 2019, program Temasya Bahasa di Kuil Sri Maha Sivalayam
diadakan di Taiping, Perak pada 19 Mei 2019. Langkah ini bagi memberi kesedaran
bahawa penguasaan, kecintaan dan penggunaan Bahasa Malaysia boleh dilakukan di mana-mana,
termasuk di perkarangan rumah ibadat. Kini, pihak Pusat Satya Sai Baba Cheras juga
berminat untuk bekerjasama menjayakan program seperti ini demi manfaat komuniti
setempat.
Objektif
1. Memperkenalkan
majalah-majalah terbitan DBP kepada komuniti setempat.
2. Memupuk
minat membaca karya Bahasa Malaysia.
3. Memupuk
minat menulis karya Bahasa Malaysia.
4. Membuktikan
bahawa program bahasa dan sastera boleh juga dijalankan di rumah ibadat dan
pusat aktiviti spiritual
Rasional
Kavyan yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 menjalankan
pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara
dengan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama sebagai
usaha mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan,
bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi. [Lihat juga
— Projek
Komuniti Kavyan di Aulong Lama] Kavyan juga sentiasa
bekerjasama dengan DBP dan pelbagai pihak lain untuk memperkasakan komuniti
akar umbi menerusi aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya. Penghayatan
Sastera di Pusat Satya Sai Baba Cheras dirancang khusus untuk memberi
pendedahan kepada remaja kaum India beragama Hindu di Cheras dan kawasan sekitar
mengenai keindahan bahasa dan sastera kebangsaan.
Jumlah Peserta
Penyertaan terbuka kepada 25 remaja (14 – 19 tahun) di sekitar Cheras.
Peserta perlu boleh bercakap Bahasa Malaysia. [BORANG PENDAFTARAN]
Pendaftaran Peserta
Pendaftaran peserta diuruskan oleh
Pusat Satya Sai Baba Cheras dengan bantuan wakil Kavyan. [BORANG PENDAFTARAN] Pendaftaran ditutup sebaik sudah cukup 25 peserta.
Cenderamata dan Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan dan cenderamata (bahan bacaan) diberikan
kepada para peserta yang mengikuti program ini sepenuhnya.
Penyelarasan
Aktiviti ini diselaras dan dilaksanakan oleh wakil Kavyan berdasarkan
pengalaman bekerjasama mengendalikan pelbagai program bahasa, sastera,
kebajikan, seni dan budaya sejak awal 1999. Pihak
pengurusan Pusat Satya Sai Baba Cheras akan terlibat sama. Wakil DBP pula akan
mengendalikan slot berkaitan DBP.
Pengisian Aktiviti
Berikut adalah rangka atur cara bagi program yang
dicadangkan. Pengisian dan pengendalian aktiviti ini merangkumkan secara
holistik visi, misi, objektif, rasional strategi dan sasaran program.
12:30 tengah hari –
1:00 petang [Waktu Kavyan]
Pendaftaran peserta (pengesahan
kehadiran)
Makan tengah hari (nabati)
1:00 – 2:00 petang
Pengenalan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pengenalan majalah-majalah
DBP
2:00 – 3:00 petang
Pengenalan Sastera Kavyan dan
Sasterawan Kavyan
Membaca petikan karya (Kurnia dan Thirukkural
dan Megha Duta)
3:00 – 3:30 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my
atau WhatsApp 012-9188099 (Ramakrishnan).
Penutup dan Harapan
Penghayatan Sastera di
Pusat Satya Sai Baba Cheras diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju
kepada usaha memupuk kecintaan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan
komuniti India-Hindu di Cheras dan sekitarnya dengan cara yang menghiburkan
dengan menjadikan rumah ibadat (pusat aktiviti spiritual) sebagai lokasi
program.