28 Jan 2019

Kita & Karya di SK Sri Langat


Sesi Kita & Karya yang bertujuan memasyarakatkan bahasa dan sastera, serta memupuk minat membaca dan menulis, berlangsung di SK Sri Langat, Banting, Selangor pada 26 Januari 2019. [Klik Di Sini untuk maklumat sesi lalu]

Sesi kali ini diuruskan oleh Anuradha Chelliah dan dianjurkan dengan kerjasama Panitia Bahasa Tamil, SK Sri Langat. [KOLEKSI FOTO DI SINI]

Balkish Alam [VIDEO] berkongsi pengalaman zaman sekolah rendah, manakala Thanusya Shanmuganathan [VIDEO] membaca petikan cerpen terbaharunya dalam antologi Rahsia Kabin Biru (2019).

Sharmin Sivaraman [VIDEO] menceritakan perihal minatnya terhadap bahasa kebangsaan, manakala Uthaya Sankar SB [VIDEO] membaca petikan cerita dan membimbing peserta menyanyi lagu “Jambu Air” daripada buku Nari! Nari! (2015).

Kesemua 18 peserta turut mempersembahkan bakat mereka dalam bidang bercerita, menyanyi, berpantun, berlakon, berpidato dan sebagainya. [KOLEKSI FOTO DI SINI] Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.