Acara
Bicara Karya Busana
Bahasa
Penganjur Bersama
Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)
Kumpulan Sasterawan Kavyan
(Kavyan)
Tarikh
16 November 2019 (Sabtu)
Masa
7:00 – 9:00 malam
Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose
Pusat
Kebudayaan India (NSCBICC)
Tingkat 17, Sentral Vista,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, Kuala Lumpur
Waze – Menara Sentral Vista
Pengenalan
Kavyan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan India menganjurkan
siri program bahasa dan sastera melibatkan penulis pelbagai kaum dan pelbagai
bahasa. Antaranya adalah Pertemuan Penulis Kaum India Malaysia
(1 November 2015), Baca Karya Penulis Malaysia (20
Disember 2015), Baca
Karya Penulis Malaysia II (11 Jun 2017), dan Bicara
Karya Penulis Malaysia (21 April 2018). Acara Bicara Karya Busana Bahasa pula khusus
bagi meraikan kelahiran antologi Busana
Bahasa yang terbit pada Julai 2019.
Maklumat Penulis/Panelis
Sejumlah 13 penulis kaum India (Sasterawan Kavyan) terlibat dalam
antologi Busana Bahasa. Sebahagian
daripada mereka akan tampil di pentas untuk berkongsi pengalaman kreatif,
menjawab soalan pembaca, dan membaca petikan karya daripada antologi Busana Bahasa. [Senarai penuh penulis/panelis
akan dikemas kini di sini]
Panelis:
Thanusya Shanmuganathan
M. Mahendran
Anuradha Chelliah
Jaymani Sevanathan
KA. S. Annadurai
Navanitha Nairu
Moderator:
Uthaya Sankar SB
Panelis:
Thanusya Shanmuganathan
M. Mahendran
Anuradha Chelliah
Jaymani Sevanathan
KA. S. Annadurai
Navanitha Nairu
Moderator:
Uthaya Sankar SB
Pendaftaran Peserta/Hadirin
Orang ramai (umur
minimum 15 tahun) yang berminat hadir ke majlis ilmu ini perlu mengesahkan
kehadiran selewat-lewatnya pada 14 November 2019 dengan mengirim maklumat diri (nama penuh/lengkap) menerusi WhatsApp
ke 011-11411952 (Uthaya Sankar SB).
Hadiah Buku Untuk Hadirin
Seramai 10 individu
yang mendaftar selewat-lewatnya pada 14 November 2019 dan mengemukakan soalan kepada penulis/panelis semasa sesi
soal-jawab pada majlis ini, layak menerima hadiah buku Busana
Bahasa. [Sila nyatakan semasa mendaftar sekiranya anda mahu turut
bertanya soalan.] Sekiranya lebih daripada 10 individu mendaftar selewat-lewatnya
pada 14 November 2019 dan mahu
bertanya soalan, maka 10 individu yang layak akan ditentukan berdasarkan siapa
yang hadir paling awal pada tarikh acara berlangsung.
Atur Cara Majlis
Berikut adalah rangka atur cara. Orang ramai diminta hadir
mengikut Waktu Kavyan bagi memastikan acara
dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
7:00 malam
Ketibaan hadirin dan pengesahan pendaftaran
7:30 malam
Pengesahan kehadiran/pendaftaran ditutup secara muktamad
Bacaan petikan
karya Busana Bahasa oleh penulis
Perkongsian
pengalaman oleh panelis/penulis Busana
Bahasa
Sesi soal jawab
(soalan daripada 10 individu yang sudah mendaftar)
Pemudah cara: Uthaya Sankar SB
8:30 malam
Sesi fotografi
Bersurai
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan majlis ilmu ini, sila
hubungi infokavyan@yahoo.com.my
(e-mel), atau 011-11411952 (WhatsApp). Layari Blog Kavyan untuk maklumat pelbagai
program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya.