29 Mar 2018

Bicara Karya Penulis Malaysia


Acara
Bicara Karya Penulis Malaysia

Penganjur Bersama
Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Tarikh
21 April 2018 (Sabtu)

Masa
2:00 – 4:00 petang

Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose
Tingkat 17, Sentral Vista,
Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur
Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields
WazeMenara Sentral Vista

Pengenalan
Kavyan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan India menganjurkan siri program bahasa dan sastera melibatkan penulis pelbagai kaum dan pelbagai bahasa. Antaranya adalah Pertemuan Penulis Kaum India Malaysia (1 November 2015), Baca Karya Penulis Malaysia (20 Disember 2015) dan Baca Karya Penulis Malaysia II (11 Jun 2017). Acara Bicara Karya Penulis Malaysia pula membuka ruang dan peluang untuk membicarakan karya beberapa penulis pelbagai kaum, selain menjalin interaksi lebih rapat antara golongan pembaca, penulis dan peneliti bidang penulisan di Malaysia.

Maklumat Penulis/Panelis
Beberapa penulis yang muncul dengan karya-karya baharu (terbitan tahun 2017 dan 2018) diundang sebagai panelis pada acara ini. Pengkaji karya Sasterawan Kavyan serta individu yang terlibat dalam usaha membimbing penulis baharu turut diundang untuk berkongsi pandangan. Penulis dan pengkaji yang sudi menerima undangan ialah:

1. M. Mahendran (Karupaya)
2. Thanusya Shanmuganathan (Tak Sengaja Cinta)
3. Chua Pei Yong (Addison, Aku Tetap Juara!)
4. Monalita Mansor (Tulis Sampai Jadi Duit)
5. S. Maartandan Suppiah (UTAR Kampar)

Pendaftaran Peserta/Hadirin
Orang ramai (umur minimum 11 tahun) yang berminat hadir ke majlis ini perlu mengesahkan kehadiran sebelum 18 April 2018 dengan mengirim maklumat diri (nama penuh) menerusi salah satu cara berikut:

Kirim e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my
Kirim SMS ke 018-2214269 (Uthaya)
Kirim WhatsApp ke 011-11411952 (Kavyan)
Kirim mesej menerusi www.facebook.com/uthaya

Individu yang tidak mendaftar sehingga 18 April 2018, masih boleh menghadiri acara ini sepenuhnya. Cuma, individu berkenaan tidak akan diambil kira dalam cabutan bertuah bagi hadiah buku.


Hadiah Buku Untuk Hadirin
Seramai 15 individu yang mendaftar sebelum 18 April 2018 layak menerima hadiah buku Karupaya dan Ikan Patin dan Beruang Besar – dengan syarat bahawa individu itu mengesahkan kehadiran di dewan sebelum pukul 2:30 petang serta mengikuti majlis sepenuhnya pada 21 April 2018. Sekiranya lebih daripada 15 individu mendaftar sebelum 18 April 2018, maka 15 penerima hadiah buku akan dipilih menerusi undian semasa majlis berlangsung pada 21 April 2018. Hanya individu yang mendaftar sebelum 18 April 2018 – rujuk maklumat di atas – layak dipertimbangkan bagi hadiah buku ini. Hadiah buku Karupaya dan Ikan Patin dan Beruang Besar ditaja oleh Uthaya Sankar SB selaku penerbit buku-buku berkenaan.

Atur Cara Majlis
Berikut adalah rangka atur cara. Orang ramai diminta hadir mengikut Waktu Kavyan bagi memastikan acara dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

2:00 petang
Ketibaan hadirin dan pendaftaran
Jualan buku penulis-penulis Malaysia

2:30 petang
“Proses Kreatif Penulis Malaysia”
Panelis: M. Mahendran, Chua Pei Yong, Thanusya Shanmuganathan, S. Maartandan Suppiah, Monalita Mansor
Pemudah cara: Uthaya Sankar SB

3:30 petang
Penyampaian Karupaya kepada Penyunting Bersekutu
Penyampaian Karupaya kepada penyumbang (tempahan awal)
Penyampaian Karupaya kepada Penonton/Hadirin terpilih (15 orang)
Sesi fotografi

4:00 petang
Minum petang
Jualan buku penulis-penulis Malaysia

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan program ini – atau jika ada sebarang pertanyaan mengenai mana-mana aktiviti Kavyan – sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my (e-mel), 018-2214269 (telefon) atau 011-11411952 (WhatsApp).