28 Mar 2018

Rayuan Sumbangan Ikhlas


Rayuan Sumbangan Ikhlas
bagi menjalankan

Projek Komuniti Kavyan
di
Aulong Lama, Taiping, Perak


Pengenalan

Projek Komuniti Kavyan dijalankan di Dewan Sangam, Aulong Lama, Taiping, Perak sejak Jun 2016 oleh Kavyan dalam usaha memperkasakan masyarakat akar umbi, khasnya kanak-kanak, remaja, belia dan wanita dalam kategori B40.

Program bulanan meliputi aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya yang dijalankan dengan bantuan penyumbang budiman bagi menampung kos makan-minum dan alat tulis.

Program mingguan pula seperti Kelas Malam (kelas bimbingan), Thevaram (kelas agama), Kolattam (seni tradisional), Silambam (seni pertahankan diri) dan badminton dikendalikan oleh golongan belia yang sudah dilatih menerusi Projek Komuniti Kavyan.



Sumbangan Ikhlas

Kami memohon sumbangan ikhlas berbentuk wang atau barangan yang boleh digunakan bagi menjayakan Projek Komuniti Kavyan. Surat rasmi akan diberikan sebagai bukti bagi setiap sumbangan. Kami juga memberi jaminan bahawa sumbangan anda akan digunakan sebaik-baiknya bagi Projek Komuniti Kavyan.


Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi kami menerusi infokavyan@yahoo.com.my (e-mel) atau 018-2214269 (Telefon/SMS) atau 011-11411952 (WhatsApp) dengan segera untuk membincangkan dan merancang cara untuk berganding bahu membantu memperkasakan masyarakat akar umbi menerusi aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di bawah Projek Komuniti Kavyan.