24 Mar 2018

Penghayatan Seni dan Budaya Menerusi Aktiviti Bahasa dan Sastera


Program
Penghayatan Seni dan Budaya Menerusi Aktiviti Bahasa dan Sastera

Tarikh
5 Mei 2018 (Sabtu)

Masa
1:30 – 6:30 petang

Tempat
Dewan Sangam, Lorong K, Aulong Lama, Taiping, Perak
Waze – Lorong K, Taiping, Perak

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)


Latar Belakang
Projek Komuniti Kavyan dijalankan di Aulong Lama, Taiping, Perak sejak Jun 2016 dalam memperkasakan kanak-kanak, remaja, belia, wanita dan penduduk akar umbi. [Maklumat lanjut] Program “Penghayatan Seni dan Budaya Menerusi Aktiviti Bahasa dan Sastera” bertujuan meningkatkan penghayatan aspek-aspek seni dan budaya pelbagai kaum/etnik/keturunan menerusi beberapa aktiviti santai yang melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia dan bahan bacaan (karya sastera). “Seni” dan “budaya” yang dimaksudkan di sini merangkumi seni dan budaya masyarakat pelbagai kaum, etnik dan keturunan (bukan hanya keturunan Tamil dan kaum India); serta tidak dilihat dari sudut “agama” (khasnya agama Hindu).

Peserta
Penyertaan terbuka kepada maksimum 50 individu pelbagai kaum berumur minimum 10 tahun yang berminat mendalami aspek seni dan budaya, serta bahasa dan sastera. Peserta wajib mampu membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia. Individu yang berminat perlu mengisi borang penyertaan – rujuk maklumat di bawah.

Barangan Keperluan
Peserta perlu membawa alat tulis dan buku nota. Peserta yang sudah memiliki buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Mandala Bicara (2016) diminta membawa buku berkenaan untuk rujukan.

Pakaian
Peserta perlu berpakaian sopan dan selesa; serta tidak dibenarkan memakai pakaian yang mempromosikan jenama/barangan atau kata-kata/lukisan yang tidak sesuai. Pakaian tradisional digalakkan. Jawatankuasa Pelaksana pula memakai kemeja-T Projek Komuniti Kavyan.

Bahasa Pengantar
Program dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Yuran Penyertaan
Peserta dikenakan bayaran RM3.00 seorang. Yuran penyertaan ini perlu diserahkan bersama-sama borang penyertaan. Ahli Kelab Kesedaran boleh memohon tajaan yuran dengan menghubungi Bendahari Kelab Kesedaran, Mariamah P. Kumarasamy.

Borang Penyertaan
Setiap individu yang mahu menjadi peserta perlu mengambil borang penyertaan dari Dewan Sangam. Borang yang sudah lengkap diisi perlu diserahkan semula bersama-sama bayaran yuran kepada Jawatankuasa Pelaksana di Dewan Sangam – rujuk senarai nama di bawah.

SIJIL PENYERTAAN
Setiap individu yang menyertai program ini sepenuhnya secara aktif layak menerima sijil penyertaan. Bagaimanapun, sijil ini hanya akan dicetak dan diberikan kemudian.

Tarikh Tutup
Permohonan ditutup secara muktamad pada 25 April 2018. Penyertaan lewat, borang yang tidak lengkap atau tidak diisi dengan betul, serta borang yang tidak dihantar semula ke Dewan Sangam, tidak akan dilayan.

Jawatankuasa Pelaksana
Kumpulan Sasterawan Kavyan melantik individu berikut menjadi Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan. Orang ramai boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan dan memngembalikan borang penyertaan.

M. Vanitha Murugan (penyelaras), Mariamah P. Kumarasamy (penolong penyelaras), Chitradevi P. Krishnan, Christiana Francis, Hanoosurriyah Sager, Harini Subramaniam, Jegavani Lengkan, Mathana Nagarajan, Magesuary Chrishnan, Loganathan Veloo, Manju Subramaniam, Saanthanakumar Mathiyalagan, Pavitthirah Mathiyalagan, Sharwin Sager, dan Soabanaa Balan

[KLIK POSTER untuk nombor telefon]

Atur Cara
Berikut rangka atur cara bagi program ini. Para peserta diingatkan supaya patuh pada Waktu Kavyan dan tidak datang lewat bergaya.

1:30 petang
Pengesahan kehadiran peserta berdaftar

2:00 petang
Pendaftaran ditutup secara muktamad
Taklimat pengisian program
Sesi suai kenal – peserta dan jawatankuasa

2:30 petang
Memahami aspek bahasa, sastera, seni dan budaya

3:00 petang
Aktiviti berkumpulan I
“Seni dan budaya dalam karya sastera” [Album Foto Satu]

4:15 petang
Aktiviti berkumpulan II
“Seni dan budaya dalam karya esei” [Album Foto Dua]

5:30 petang
Penyampaian sijil AJK Pelaksana acara Permainan Tradisional Kaum India (10 Februari 2018) dan Program Memperkasakan Wanita dan Beliawanis (10, 11, 17, 18 Mac 2018).
Penyampaian sijil peserta Program Memperkasakan Wanita dan Beliawanis (10, 11, 17, 18 Mac 2018).
Penyampaian hadiah pertandingan melukis kolem (18 Mac 2018).
Sesi fotografi berkumpulan. 

[Album Foto Satu[Album Foto Dua]

6:00 petang
Makan Malam

6:30 petang
Bersurai

Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Jawatankuasa Pelaksana (senarai di atas) sebelum 25 April 2018. Orang ramai juga boleh menghubungi pihak Kavyan menerusi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau telefon 018-2214269 atau WhatsApp 011-11411952.