29 Jan 2010

Pertandingan Menulis Ulasan Cerpen

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menganjurkan “Pertandingan Menulis Ulasan Cerpen Sasterawan Kavyan” sebagai salah satu usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur minimum 15 tahun dan para pemenang akan menerima hadiah berupa bahan bacaan.

.

Peserta perlu memilih sebuah cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh penulis kaum India dan menulis sebuah ulasan sepanjang 300-500 patah perkataan.

.

Ulasan perlu ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan dikirim kepada penganjur melalui e-mel sebelum 28 Februari 2010.

.

Orang ramai yang berminat mengambil bahagian perlu mendapatkan maklumat lanjut DI SINI.