11 Feb 2010

Karangkraf Anjur Bengkel Cerpen; Kavyan Taja Dua Peserta

Unit Akademik Karangkraf menganjurkan “Bengkel Penulisan Cerpen Remaja e@siswa & Fokus SPM” pada 16 & 17 Mac 2010 di Akademi Karangkraf, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Seksyen 15, Shah Alam.
.

Para peserta akan dibimbing oleh penulis prolifik, Salina Ibrahim yang sudah menghasilkan lapan novel serta giat mengendalikan bengkel-bengkel penulisan untuk remaja dan golongan profesional.

.

Penyertaan terbuka kepada pelajar berumur 13-17 tahun sahaja dan terhad bagi 30 peserta yang membuat pendaftaran awal.

.

Yuran pendaftaran RM60.00 dikenakan bagi menampung kos makan-minum dua hari, sijil penyertaan dan alat tulis. Para peserta juga dijadual dibawa melihat proses penerbitan di semua peringkat secara menyeluruh di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

.

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) bersedia menaja yuran pendaftaran bagi dua (2) peserta kaum India yang berminat menyertai bengkel ini.

.

Individu yang berminat perlu menghubungi pihak Kavyan melalui e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau 012-3368142 sebelum 28 Februari 2010 untuk maklumat lanjut. Dua peserta yang terpilih akan dimaklumkan pada 1 Mac 2010. [Nota - Nombor telefon mulai 17 Mac 2010: 016-3288142]

No comments: