13 Jun 2024

Antologi Cerpen Penulis Malaysia (2025)

PENGENALAN

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengundang para penulis Malaysia (warganegara Malaysia) yang berminat menyertai projek antologi cerpen yang sedang diusahakan.

Antologi karya Bahasa Malaysia yang diusahakan oleh Kavyan sebelum ini ialah Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022), dan Seruling Malam (2024).

Projek Antologi Cerpen Penulis Malaysia (2025) merupakan kesinambungan kepada antologi di atas.

PERINCIAN

1. Penyertaan dibuka kepada karya dalam enam kategori, iaitu:

(a) Cerpen yang ditulis secara asli dalam Bahasa Malaysia (bukan terjemahan),

(b) Cerpen yang diterjemah daripada bahasa Tamil kepada Bahasa Malaysia (kos terjemahan ditanggung penulis),

(c) Cerpen yang diterjemah daripada bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia (kos terjemahan ditanggung penulis),

(d) Cerpen yang diterjemah daripada bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia (kos terjemahan ditanggung penulis),

(e) Cerpen yang sudah tersiar di akhbar, majalah, jurnal, atau portal dalam talian tetapi belum pernah dibukukan,

(f) Cerpen yang terhasil daripada bengkel penulisan anjuran Kavyan (secara bersemuka atau secara dalam talian) diberi keutamaan.

2. Penyertaan dibuka secara adil dan saksama kepada penulis veteran, mapan, lama, baharu, amatur, dan penulis muda berumur minimum 17 tahun.

3. Hanya karya fiksyen berbentuk cerpen (cerita pendek) diterima.

4. Karya yang dikemukakan mestilah dalam Bahasa Malaysia; istilah/frasa bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian/keperluan.

5. Karya dengan terlalu banyak kesalahan bahasa—termasuk ejaan, imbuhan, kata sendi, tanda baca, dan kosa kata—akan ditolak.

6. Karya mestilah seratus peratus (100%) asli tanpa sebarang unsur ciplak/plagiat/saduran yang menjadikannya tidak asli.

7. Setiap peserta perlu mengemukakan minimum dua karya (cerpen) untuk dimuatkan dalam antologi ini.

8. Bagi cerpen yang sudah tersiar di akhbar, majalah, jurnal, atau portal dalam talian (online), peserta perlu mengemukakan manuskrip asal (bukan versi manuskrip yang disunting oleh editor akhbar/majalah terbabit).

9. Manuskrip wajib ditaip kemas mengikut format yang ditetapkan sebelum dikirim kepada penyelenggara. (Hubungi penyelenggara untuk contoh.)

10. Panjang setiap cerpen adalah minimum 1,000 perkataan dan maksimum 2,500 perkataan.

11. Setiap peserta dikenakan bayaran RM200 untuk menampung sebahagian kos mencetak buku (antologi cerpen).

12. Jika mengirim tiga cerpen, maka bayaran ialah RM300.

13. Bayaran pendahuluan RM50 wajib dibayar semasa mendaftar bagi menyertai projek antologi cerpen ini. Tarikh tutup: 31 Ogos 2024 (8:00 malam).

Perhatian: Prapendaftaran sudah dibuka. Sehingga 20 Jun 2024, 11 orang sudah melakukan prapendaftaran. Ada ruang untuk 4 lagi penulis yang berminat.

14. Baki bayaran perlu diselesaikan secara ansuran, iaitu RM50 apabila mengirim manuskrip cerpen pertama, RM100 apabila mengirim manuskrip cerpen kedua, dan RM100 apabila mengirim manuskrip cerpen ketiga.

15. Tarikh akhir untuk menyelesaikan semua bayaran dan juga mengirim manuskrip cerpen ialah 31 Disember 2024 (8:00 malam).

16. Peserta (mungkin) perlu membaiki karya masing-masing berdasarkan komen, cadangan, dan ulasan penyunting/penyelenggara.

17. Peserta perlu membuat pembetulan terakhir sebelum manuskrip bersih—tanpa kesalahan bahasa—dikirim semula kepada penyelenggara.

18. Para peserta perlu terlibat sama dalam usaha mempromosi projek antologi ini dari mula hingga buku terbit—misalnya menerusi media sosial dan WhatsApp.

19. Buku disasarkan terbit pada April 2025.

20. Apabila buku terbit, setiap peserta akan menerima buku mengikut jumlah yang akan ditetapkan kemudian (berdasarkan kos cetak).

21. Peserta perlu menampung kos penghantaran buku ke rumah masing-masing. Jumlah bayaran akan dimaklumkan kemudian.

22. Para peserta boleh membeli naskhah tambahan pada harga diskaun yang akan dimaklumkan kemudian.

23. Syarat dan panduan tambahan (jika ada) akan dimaklumkan kepada para peserta yang mengesahkan penyertaan.

 

PERTANYAAN

Hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 30 September 2024 (8:00 malam) untuk mendaftar nama atau jika ada sebarang pertanyaan.