22 Sept 2011

Bengkel Penulisan Cerpen Dewasa

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Bengkel Penulisan Cerpen Dewasa dalam usaha membimbing golongan dewasa yang berminat mempelajari teknik menulis cerpen.

Tarikh: 22 Oktober 2011 (Sabtu)


Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari


Umur Peserta: Minimum 20 tahun (dewasa)


Tempat: Bilik Seminar 2, Tingkat 1, Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam. (Gunakan Google Map untuk memastikan lokasi.)


Peserta akan dibimbing oleh presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang juga penulis prolifik dan berpengalaman dalam mengendalikan bengkel penulisan sejak 1994.


Penyertaan adalah percuma tetapi terhad kepada 15 peserta yang paling awal mendaftar dengan menghubungi infokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 17 Oktober 2011.


[Sehingga 3 Oktober 2011, sejumlah 13 peserta sudah mendaftar menerusi e-mel.]


Rangka atur cara adalah seperti berikut. Masa yang ditetapkan adalah Waktu Kavyan iaitu waktu yang tepat dan bukannya lewat 30 minit!


9:30 pagi


Meja pendaftaran dibuka di Tingkat 1, PPAS. Peserta yang sudah mendaftar lebih awal sahaja dibenarkan hadir. Individu yang "tiba-tiba muncul" tidak akan dibenarkan masuk.


10:00 pagi


Pengenalan oleh wakil PPAS


10:05 pagi


Bengkel Penulisan Cerpen Dewasa


1. Watak dan Perwatakan


2. Mencari Idea Cerpen


3. Membina Plot yang Menarik


4. Teknik Memulakan Cerpen


5. Panduan Menyediakan Manuskrip


6. Panduan Mengirim Manuskrip


7. Hak Cipta, Hak Penerbitan & Hak Moral


8. Bahasa dan Tanda Baca


12:45 tengah hari


Sesi soal-jawab dan komen


1:00 tengah hari


Bersurai


Nota: Makan tengah hari tidak disediakan


Maklumat lanjut:


Bengkel diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.


Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu Bahasa Malaysia dinasihatkan supaya tidak membazir masa menyertai bengkel ini.


Penyertaan terbuka kepada 15 peserta sahaja menggunakan konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan” (first come, first served).


Penyertaan hanya dianggap sah apabila dilakukan sebelum 17 Oktober 2011 menerusi e-mel.


Peserta yang sudah mendaftar tetapi gagal hadir pada 22 Oktober 2011 tanpa alasan munasabah mungkin tidak diterima menyertai mana-mana aktiviti Kavyan pada masa hadapan.


Meja pendaftaran di Tingkat 1, PPAS dibuka pada pukul 9:30 pagi pada tarikh bengkel.


Pendaftaran akan ditutup tepat pukul 10:00 pagi Waktu Kavyan. Peserta yang tiba lewat tidak dibenarkan masuk. Bolehlah membaca buku di perpustakaan.


Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat ke infokavyan@yahoo.com.my dan setiap e-mel yang diterima akan dibalas dengan maklumat lanjut/terperinci mengenai bengkel ini.


Sekiranya e-mel tidak dibalas, maknanya e-mel berkenaan tidak sampai kepada pihak urus setia.


pendaftaran menerusi SMS, mesej Facebook dan sebagainya TIDAK diterima.


Makan tengah hari TIDAK disediakan.


Kumpulan cerpen Kathakali dan Rudra Avatara dijual pada harga RM10.00 senaskhah bagi peserta yang berminat membelinya semasa pendaftaran. Cerpen-cerpen ini akan dijadikan rujukan semasa bengkel.


Peserta diingatkan supaya berpakaian sopan dan sesuai dengan tempat di mana bengkel dikendalikan.


Peserta perlu menanggalkan kasut/selipar apabila memasuki PPAS.


Hanya peserta berdaftar dan urus setia bengkel dibenarkan berada di dalam bilik seminar di mana bengkel dikendalikan.


Ibu bapa, kawan atau pengiring TIDAK dibenarkan berada di dalam bilik seminar di mana bengkel dikendalikan.


Peserta perlu membawa alat tulis dan kertas/buku untuk menulis nota dan latihan yang diberikan.


Peserta digalakkan membawa air mineral.


Pengangkutan pergi-balik tidak disediakan.


Sila ketahui lokasi PPAS (bangunan baru). Sebarang panggilan telefon pada pagi hari bengkel untuk bertanya panduan jalan TIDAK akan dilayan!


Tempat letak kereta (percuma) terdapat di PPAS.


Sila datang awal untuk mengelakkan sebarang masalah.


Telefon bimbit perlu ditutup atau diletakkan dalam mod senyap sepanjang bengkel. Tindakan tegas akan diambil jika tidak patuh pada arahan ini.


Peserta wajib patuh pada peraturan.


Untuk maklumat lanjut, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 selewat-lewatnya pada pukul 11:00 malam, 21 Oktober 2011. SMS tidak dibalas.