Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menjadi peneraju acara membaca cerpen
Bahasa Malaysia di pentas dan di khalayak ramai menerusi acara Baca Cerpen Kavyan yang tercatat dalam The Malaysia Book of Records pada tahun
2003. Acara susulan dilaksanakan di pelbagai tempat dari semasa ke semasa dalam
usaha memartabatkan Bahasa Malaysia dan memasyarakatkan
budaya membaca dalam kalangan Bangsa Malaysia.
[Biodata di bawah] |
Restoran Anak Baba
Restoran masakan Peranakan Melaka (Baba dan Nyonya) ini terletak
di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur; dua lagi di Bangsar. Pemiliknya,
Victor Low, meneruskan tradisi masakan
yang diperturunkan oleh bapanya, seorang pesara penjawat awam. Hasil kunjungan Uthaya Sankar SB pada 21 Jun 2023 mendapati restoran
ini memiliki ruang yang luas dan suasana yang kondusif untuk menjalankan acara
bahasa dan sastera serta aktiviti berkaitan buku dan pembacaan. Victor Low menyarankan
Uthaya menjadi penyelaras bagi mengatur acara yang sesuai dengan melibatkan
penulis dan pembaca pelbagai kaum. Restoran Anak Baba di Brickfields dibuka dari 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.
Acara Baca @ Anak Baba
Hasil perbincangan, acara pertama diatur mengikut ketetapan
berikut:
Tarikh: 5 Ogos 2023 (Sabtu)
NOTA: Tarikh ditukar kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos 2023.
Masa: 4.00 – 6.00 petang
Tempat: Restoran Anak Baba,
Brickfields
Lokasi berdekatan: Menara Sentral
Vista dan YMCA
Waze: Anak
Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields
[Biodata di bawah] |
Peserta/Hadirin (Penulis, Pembaca, Pendengar, Penonton)
Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadi pembaca
karya atau penonton (pendengar). Penulis berpengalaman dan penulis baharu
diberi ruang, peluang, dan masa sama rata. Peserta yang mendaftar lebih awal diberi
slot lebih awal. Sekiranya ada masa, barulah peluang dibuka kepada hadirin yang
mahu turut membaca petikan karya (sama ada karya sendiri atau karya penulis
lain). Setiap peserta yang mahu membacakan karya pada acara ini wajib
membawa minimum seorang penonton (perlu
mendaftar juga). Pendaftaran penulis dan penonton ditutup pada 1 Ogos 2023.
Pengacara
Jika sesiapa berminat menjadi pengacara bagi sesi ini, sila WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 1 Ogos 2023. Pengacara mesti mampu menjadikan acara meriah, tersusun, dan lancar — tanpa
bercakap tentang diri sendiri. Perlu mampu mengendalikan acara dalam Bahasa Malaysia. (Uthaya Sankar SB bertindak sebagai pemudah cara pada 5 Ogos 2023.)
[Biodata di bawah] |
Bentuk Pembacaan
Peserta digalakkan membaca petikan karya dalam Bahasa Malaysia. Jika karya bahasa-bahasa
lain, maka perlu diberi sinopsis ringkas dalam Bahasa Malaysia. Selain
membacakan petikan cerpen, novel, dan rencana/esei, peserta juga boleh mendeklamasi
sajak atau menyanyi lagu puisi. Alat muzik hanya dibenarkan jika dijadikan
iringan kepada pembacaan karya; bukan persembahan muzik instrumental. Peserta
wajar menggunakan kreativiti bagi menarik perhatian dan minat penonton. Peserta
yang menampilkan sebarang unsur lucah, tidak sopan, rasis, dll (lisan,
perbuatan, pakaian, dll) akan diminta menghentikan persembahan serta-merta dan
meninggalkan tempat acara berlangsung. Format acara akan diubah suai mengikut situasi dan kreativiti pengacara. Misalnya, acara pada 5 Ogos 2023 melibatkan baca teks, sesi diskusi penulis, dan sesi soal-jawab melibatkan penonton/hadirin.
Tempoh Persembahan
Setiap peserta dihadkan masa maksimum 15 minit sahaja.
(Kalau penonton mula menguap dan tidak menumpukan perhatian selepas 5 minit,
maka peserta perlu faham mesej yang cuba disampaikan.) Sebarang rayuan atau
alasan bagi mendapatkan masa tambahan tidak
akan dilayan. Jika mahu menyambung bacaan, boleh dilakukan selepas acara rasmi
tamat — restoran dibuka sehingga 10:00 malam.
Penjaga Masa
Uthaya Sankar SB bertindak sebagai penjaga masa bagi memastikan tidak ada mana-mana peserta mengambil masa lebih daripada 15 minit yang diperuntukkan.
Makan-minum
Juadah ringan (kuih-muih) dan sedikit minuman disediakan oleh
tuan rumah bagi meraikan peserta/hadirin berdaftar. Orang ramai juga digalakkan
merujuk menu dan membeli makanan/minuman lain mengikut selera masing-masing.
Sila buat bayaran di kaunter semasa
membuat pesanan makan-minum tambahan. Penting: Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan
dibawa masuk ke premis ini.
16 Julai 2023 |
Biodata Penulis Yang Diraikan
A.R. Shah seorang pencerita antara-media yang membesar bermain di antara rumah-rumah papan bersama anak-anak muda pelbagai kaum dan agama di sebuah kampung yang kini tinggal sejarah: Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Dalam tempoh hampir sedekad bergelar penulis, karya kreatif dan eseinya dalam bahasa Melayu dan Inggeris terbit di Berita Harian, Dewan Sastera, SeniKini, The Vibes, Cukaria, Thukul Cetak, Matahari Books, Gerak Budaya dan pelbagai lagi media. Selain bekerja sebagai penolong penerbit dalam sektor filem dan televisyen, Shah juga sebahagian daripada kolektif artis-kawan Projek Rabak yang meraikan kemanusiaan. Kumpulan cerpen PPR Kg. Laut Dalam (2023) merupakan buku persendirian sulung beliau. [Facebook]
Rupa Subramaniam seorang seniwati, kurator, dan pengarah kreatif. Antara karya seninya yang menjadi tular ialah This Body is Mine (2017). Karya ini dipamerkan di Balai Seni Negara, World Humanities Conference di Belgium, dan di London sempena Hari Wanita Sedunia. Rupa turut menghasilkan projek Antidote (2018) dengan menemu bual dan melukis pada tubuh 30 wanita dalam masa 30 hari semasa residensi seni di Rimbun Dahan. Beliau juga menerbitkan dokumentari web mengenai penyebaran imej intim tanpa persetujuan (2020). Karya terbarunya ialah jurnal kolaj bertema “imej tubuh yang sihat” menggunakan seni dan dipanggil Draw Your Way Home (2023). Rupa menerima pelbagai pengiktirafan bagi kerja seninya termasuk anugerah Top 40 Under 40 dari Prestige (2020), Amazing Women dari Marie Claire (2019), dan Tokoh Wanita dari majalah FEMALE (2019). [Instagram]
Lalita Sinha is a literary scholar, translator, and critic. During her service with Universiti Sains Malaysia (USM) and Wawasan Open University, Lalita’s works were published in Malaysia (Universiti Sains Malaysia Press, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan & Buku Malaysia), the United Kingdom (Cambridge Scholarly Publications, Routledge, Taylor & Young), the United States of America (World Wisdom Books), and Canada (Sacred Web). She received the Best Academic Publication Award (Arts) from the Malaysian Association of Academic Publishers and the Best Thesis Award from USM for her Ph.D. research in mystical symbolism. Specialising in the field of Comparative Literature, Lalita’s works cover a range of disciplines, from mysticism and literary translation to children’s literature. Since her retirement in 2006, Lalita has been an active freelance translator. In 2022, in collaboration with several local universities, she completed a UNESCO-funded project, Kids of Malaysia Initiative for Covid-19 Stories (KOMICS). Lalita continues to publish academic articles and has also ventured into creative writing. [Facebook]
Senarai
Peserta
Para peserta bukan hanya menjadi pendengar dan
penonton, sebaliknya terlibat secara aktif dalam sesi soal-jawab dan
perkongsian pandangan.
1. William Tham
2. Bissme S
3. Koo Hui Ru
4. Shih-li Kow
5. Ari Methi
6. Sree Shalini
7. Adriana Nordin Manan
8. Bikash Sinha
9. Amita Nandi
10. Jessilyn Angel
11. Kirthigan Pandiyan
12. Vikesh Sinha
13. Siddarth Bala Thipan
14. Weng Poh Leng
Sekitar enam (6) peserta (penonton, hadirin) berdaftar yang mengemukakan pertanyaan dalam sesi soal jawab menerima hadiah buku Malaiur Manikam (2015) sebagai cenderamata. Harap maklum bahawa cenderamata ini hanya bagi peserta berdaftar. Mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai peserta masih boleh hadir sebagai penonton/pendengar tetapi tidak layak menerima cenderamata buku serta tidak boleh terlibat dalam sesi soal jawab.
Acara
Seterusnya
Acara seterusnya dijadualkan pada 2 September
2023 [rujuk di sini].