13 Jan 2011

Taklimat Khas Kavyan mengenai Novel Interlok Edisi Murid

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan mengadakan sesi taklimat khas mengenai novel Interlok Edisi Murid (2010) untuk memberi penjelasan secara tekstual berkaitan kandungan novel edisi murid itu kepada wakil media, persatuan penulis, badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa dan pelajar yang berminat.
..

Tarikh: 16 Januari 2011 (Ahad)

Masa: 9:30 pagi (Waktu Kavyan)
Tempat: Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandar Raya, Shah Alam (sebelah Wisma MBSA)
Peserta: Terhad kepada 30 individu yang paling awal mengesahkan kehadiran dan hadir mengikut masa ditetapkan. (walk-in tidak dibenarkan)
Taklimat oleh: Uthaya Sankar SB (Presiden Kavyan)
Bahasa taklimat: Bahasa Malaysia
Bentuk taklimat: Tayangan slaid dan penerangan
...

Memandangkan jumlah peserta yang terhad, pertubuhan dan NGO yang berminat diminta menghantar seorang wakil sahaja. Kavyan berhak meminta pengesahan identiti peserta seperti pas media dan kad nama organisasi diwakili.

..

Bagi memastikan perjalanan majlis tidak terganggu, pintu akan ditutup pada pukul 9:30 pagi dan peserta yang tiba lewat tidak dibenarkan masuk. Harap maklum bahawa tiada sebarang diskriminasi dalam hal ini.

..

Majlis ilmu ini bertujuan memberi maklumat berupa fakta dari sudut budaya India dan agama Hindu berkaitan perkara-perkara yang terkandung dalam Interlok Edisi Murid sebagai usaha Kavyan mengembalikan perbincangan ke landasan sebenar supaya isu dapat diselesaikan secara baik.

..

Sila maklum bahawa majlis ilmu ini adalah sesi taklimat dan bukannya sesi dialog atau sesi perbahasan.

..

Individu yang berminat untuk hadir mendengar taklimat ini diminta mengesahkan kehadiran dengan mengirim nama, nombor telefon, jawatan dan organisasi diwakili ke alamat e-mel uthayasb@yahoo.com.my (setiap e-mel yang dikirim ke alamat yang betul akan menerima balasan automatik).