31 May 2017

Baca Cerpen Siru Kambam III


Projek
Baca Cerpen Siru Kambam III

Tarikh
17 Jun 2017 (Sabtu)

Masa
2:00 – 6:00 petang

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong Lama (Sangam)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)

Tempat
Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama
285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak


Rasional
Projek Komuniti Kavyan dijalankan di Aulong Lama, Taiping sejak Jun 2016. Pelbagai aktiviti dijalankan secara bulanan untuk memperkasakan komuniti akar umbi. [LIHAT PROGRAM LALU] Acara Baca Cerpen Kavyan pada 2003 berjaya mencatatkan nama Kavyan dalam The Malaysia Book of Records.

Acara Baca Cerpen Siru Kambam (10 Mac 2013) dan Baca Cerpen Siru Kambam II (23 Mac 2013) menampilkan pembacaan sejumlah cerpen yang termuat dalam buku Kisah Dari Siru Kambam (2013) karya Uthaya Sankar SB.

Acara Baca Cerpen Siru Kambam III pada 17 Jun 2017 agak istimewa kerana acara berlangsung di Aulong Lama, Taiping yang menjadi sumber inspirasi kepada kebanyakan cerpen yang berlatarkan Siru Kambam.


Peserta
Penyertaan Baca Cerpen Siru Kambam III terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum di sekitar Taiping, Perak yang berminat membaca (mempersembahkan) petikan cerpen di pentas. Penyertaan hanya dibuka kepada 30 peserta. Individu yang berminat wajib mendaftar sebelum 3 Jun 2017, pukul 6:00 petang, serta menghadiri sesi latihan yang diadakan di Dewan Sangam. Para peserta yang sudah mendaftar juga wajib berada di tempat acara sebelum pukul 2:00 petang [Waktu Kavyan] pada tarikh acara.

Yuran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM2.00 dan yuran ini perlu dibayar bersama-sama borang penyertaan sebelum 3 Jun 2017, pukul 6:00 petang. Ahli Kelab Kesedaran yang sudah membayar yuran tahunan bagi tahun 2017 akan ditaja oleh Kelab. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta gagal hadir pada tarikh acara.

Pengesahan Penyertaan
Sesiapa yang berminat mengambil bahagian diminta menghubungi Vanitha Murugan (Timbalan Pengerusi Kelab Kesedaran, AJK Sangam, AJK Insaniah) untuk mendapatkan borang penyertaan. Borang yang lengkap diisi berserta yuran penyertaan perlu dikembalikan kepada Vanitha Murugan sebelum 3 Jun 2017, pukul 6:00 petang. Peserta juga perlu bersedia menghadiri sesi latihan mengikut jadual yang ditetapkan.

Persembahan
Peserta perlu menyampaikan petikan cerpen mengikut giliran yang ditentukan oleh penganjur. Peserta tidak perlu menghafaz teks, tetapi perlu menyampaikan petikan teks dengan penuh penghayatan. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan (props) untuk membantu persembahan. Peserta juga perlu bersiap sedia untuk naik ke pentas untuk membuat persembahan mengikut giliran yang ditetapkan penyelaras (Uthaya Sankar SB).


Atur Cara
Rangka atur cara adalah seperti berikut:

2:00 petang
Pengesahan pendaftaran peserta (untuk sijil)
Peserta duduk mengikut urutan yang ditetapkan penyelaras
[Peserta yang tidak hadir sehingga 2:15 petang hanya layak menjadi penonton]

Ketibaan penonton
Ketibaan tetamu undangan

2:30 petang [Waktu Kavyan]
Acara Baca Cerpen Siru Kambam III

“Sebuah Cerita Biasa”
Ucapan Tetamu Undangan I

“Jangan Pandang Sang Bulan”
Ucapan Tetamu Undangan II

“Chitra Paurnami”
Ucapan Tetamu Undangan III

Penyampaian cenderamata kepada peserta
Penyampaian sijil Bakat Seni dan Budaya (27 Mei 2017)
Penyampaian cenderamata kepada tetamu undangan

5:00 petang [anggaran]
Sesi fotografi berkumpulan [LIHAT FOTO DI SINI]
Minum petang (untuk peserta/hadirin Bukan Islam)

Penutup dan Harapan
Acara Baca Cerpen Siru Kambam mampu memberi peluang kepada penduduk pelbagai kaum sekitar Aulong Lama dan Aulong, Taiping untuk mempersembahkan bacaan beberapa buah cerpen dengan penuh gaya. Peserta dan hadirin juga berpeluang menghayati unsur budaya kaum India yang terkandung dalam cerpen-cerpen yang berlatarkan Siru Kambam.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my. Layari www.kavyan.blogspot.my dari semasa ke semasa untuk maklumat perkembangan aktiviti Kavyan.