Memandangkan Kavyan menganjurkan bengkel penulisan cerpen dan makalah dari semasa ke semasa, maka untuk berlaku adil, bimbingan di luar waktu bengkel hanya akan diberikan kepada mereka yang menyertai bengkel Kavyan.
Sebagai susulan kepada Bengkel Pengukuhan Penulisan (29 Mac 2015), Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengatur bengkel berikut:
Sebagai susulan kepada Bengkel Pengukuhan Penulisan (29 Mac 2015), Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengatur bengkel berikut:
Aktiviti: Bengkel Penulisan Kavyan
Tarikh: 17 Mei 2015 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Rumah Kavyan, Shah Alam
Penganjur: Kavyan dan Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya
1 - Bengkel ini
bagi peserta berumur minimum 16 tahun.
2 - Penyertaan
dibuka kepada 10 peserta sahaja.
3 - Peserta wajib
berminat mempelajari teknik menulis makalah (esei, rencana) atau cerpen (cerita
pendek).
4 - Peserta wajib
mengemukakan manuskrip makalah/cerpen yang
dihasilkan untuk dibedah dan dikomen oleh pembimbing bengkel.
5 - Manuskrip mestilah
asli dan ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.
6 - Manuksrip
penuh/lengkap digalakkan; tetapi manuskrip yang separuh siap juga dibenarkan.
7 - Manuskrip
wajib dikirim sebagai lampiran (attachment) ke alamat e-mel infokavyan@yahoo.com.my
SEBELUM mengisi borang penyertaan.
8 - Tarikh tutup
penyertaan adalah pada 10 Mei 2015
(Ahad) kerana pembimbing memerlukan masa untuk membaca, menyunting dan
menyediakan komen terhadap kesemua manuskrip yang dikirim. Penyertaan mungkin
ditutup lebih awal jika sudah ada 10 peserta.
9 - Peserta akan
dibimbing oleh Uthaya Sankar SB yang akan turut
membedah kesemua manuskrip yang dikirim.
10 - Individu
yang telah menyertai Bengkel Pengukuhan Penulisan (29 Mac
2015) dikenakan yuran penyertaan RM30.00
bagi menyertai Bengkel Penulisan Kavyan (17 Mei 2015).
11 - Peserta baru
dikenakan yuran penyertaan RM50.00
seorang. [Jika anda menghadapi masalah kewangan dan memerlukan diskaun, sila hubungi penganjur dengan kadar segera.]
12 - Yuran penyertaan
wajib DIBAYAR SEBELUM mengisi borang penyertaan. Borang yang diisi
sebelum pembayaran dibuat TIDAK akan
dilayan sama sekali.
13 - Yuran perlu
dibayar ke akaun Maybank
(112214042611 – Uthaya) atau CIMB (8600565547
– Kavyan). Permintaan untuk membuat pembayaran tunai pada tarikh bengkel (17
Mei 2015) TIDAK akan dilayan.
14 - Jika ada
peserta yang benar-benar bermasalah untuk membayar yuran, hubungi infokavyan@yahoo.com.my
dengan SEGERA supaya Kavyan boleh berusaha mencari penaja (jika ada).
15 - Selepas manuskrip
dikirim menerusi e-mel dan selepas bayaran dibuat (Maybank/CIMB), peserta perlu
mengisi BORANG PENYERTAAN dengan lengkap.
16 - Yuran TIDAK
dikembalikan jika peserta gagal hadir atau mahu menarik diri.
17 - Peserta
perlu membawa alat tulis dan buku untuk mencatat nota.
18 - Peserta
diminta membawa komputer riba (laptop) untuk urusan bengkel.
19 - Peserta
boleh membawa bahan rujukan (buku,
majalah dan sebagainya) jika mahu dan jika perlu.
20 - Peserta
diberi AMARAN supaya tidak sibuk
dengan telefon pintar atau melayari Internet semasa bengkel berlangsung. Individu terbabit akan diarah keluar tanpa
belas kasihan.
21 - Makan tengah hari dan minum petang disediakan. Sila nyatakan pada
ruangan “CATATAN PESERTA” dalam borang penyertaan jika ada sebarang
alahan atau pantang-larang pemakanan.
22 - Setiap
peserta yang memenuhi syarat dan mengikuti bengkel sepenuhnya akan menerima sijil penyertaan.
23 - Manuskrip
yang bermutu dan sudah disunting pada bengkel ini akan dikirim kepada editor di penerbitan, mengikut
kesesuaian.
Rangka Atur Cara
9:30 pagi – Ketibaan peserta
10:00 pagi [Waktu Kavyan] – Bengkel bermula – Bedah
karya – 15 minit bagi setiap manuskrip
12:30 tengah hari – Makan tengah hari
1:00 petang [Waktu Kavyan] – Bengkel diteruskan –
Sesi soal-jawab bersama pembimbing – Menyunting manuskrip menggunakan komputer
riba
4:00 petang [Waktu Kavyan] – Minum petang dan
bersurai
5:00 petang [Waktu Kavyan] – Majlis pelancaran Pulau Pendatang
Jika
ada sebarang pertanyaan berhubung bengkel ini, hubungi infokavyan@yahoo.com.my SEBELUM 10 Mei 2015. Sebarang pertanyaan
selepas tarikh itu tidak akan dilayan. Pertanyaan menerusi SMS tidak dijawab.
No comments:
Post a Comment