1 Aug 2015

Bengkel Penulisan Puisi

Aktiviti
Bengkel Penulisan Puisi

Penganjur

Dengan Kerjasama
Majalah Tunas Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Tarikh
15 Ogos 2015 (Sabtu)

Masa
9:30 pagi – 3:00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat
Rumah Kavyan, Taman Sri Muda, Shah Alam
[Waze – Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam]

Pengenalan
Penglibatan penulis pelbagai kaum yang mampu menghasilkan karya sastera seperti puisi (moden dan tradisional) yang ditulis menggunakan Bahasa Malaysia pasti membantu memperkaya khazanah sastera kebangsaan. Berikutan ruang dan peluang yang tersedia bagi penyiaran puisi bermutu di majalah Tunas Cipta, suatu bengkel penulisan puisi dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu pelbagai kaum; khususnya penulis kaum India. Bengkel intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan latihan ini direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda dan bakal penulis pelbagai kaum berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan penulisan puisi. Bengkel ini juga sesuai bagi pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda, penulis Tamil dan orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan cerpen. Peserta perlulah berumur 16-35 tahun.

Objektif
1 Mencungkil bakat baru penulis puisi dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum; khususnya penulis kaum India/Tamil.
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan puisi (sajak dan pantun) kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan kreatif.
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan puisi bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Tunas Cipta
4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan belia dan penulis pelbagai kaum.

Peserta
Maksimum 10 peserta pelbagai kaum berumur 15-35 tahun yang berminat mempelajari teknik menghasilkan puisi bermutu; iaitu sajak (puisi moden) dan pantun (puisi tradisional). Individu yang belum ada pengalaman menulis puisi juga boleh menjadi peserta. Kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai bengkel ini. Harap maklum bahawa hanya peserta bengkel akan diberikan bimbingan susulan secara berterusan oleh Kavyan. 

Bahasa Pengantar
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu bercakap Bahasa Malaysia diberi amaran awal supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.

Yuran Penyertaan
Bagi memastikan hanya individu yang benar-benar berminat dan komited menyertai bengkel ini, peserta dikenakan bayaran (“pengeras”) seperti berikut:

a - Bukan Ahli Berdaftar Kavyan: RM10.00 seorang
b - Ahli Berdaftar Kavyan tetapi belum membayar yuran tahunan bagi 2015: RM10.00 seorang
c - Ahli Berdaftar Kavyan dan sudah membayar yuran tahunan bagi 2015: RM5.00 seorang

Bayaran ini perlu dibuat sebelum mengisi borang penyertaan. Borang yang diisi tanpa membuat bayaran pendaftaran tidak dilayan sama sekali. Bayaran tidak dikembalikan jika peserta tidak hadir atau menarik diri. Maklumat keahlian Kavyan – RUJUK DI SINI.

Cara Pembayaran
Bayaran perlu dibuat menerusi salah satu cara berikut:

A - Deposit ke akaun Kavyan – CIMB – 8600 5655 47
B - Deposit ke akaun Uthaya – Maybank – 11221 40 42 611

Permohonan penyertaan tidak dilayan jika bayaran belum dibuat. Sila isi borang hanya selepas bayaran dibuat.

Pendaftaran Peserta
Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran Dalam Talian. Pendaftaran adalah mengikut konsep “yang dahulu didahulukan” kerana jumlah peserta adalah terhad. [BORANG PENDAFTARAN]

Etika di Rumah Kavyan
Semua peserta wajib berpakaian sopan. Rumah Kavyan adalah tempat larangan merokok. Para peserta diingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian sepanjang bengkel berlangsung. Pengunjung dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda kerana akan mengganggu jiran-tetangga. Pengunjung dilarang naik ke tingkat atas rumah teres. Segala kemudahan tersedia di tingkat bawah. Tidak ada orang gaji di Rumah Kavyan. Maka, para pengunjung perlu mencuci sendiri pinggan-mangkuk serta menjaga kebersihan pada setiap masa. Sila patuhi segala syarat, peraturan, amaran dan arahan di Rumah Kavyan. [MAKLUMAT LANJUT]

Telefon Bimbit dan Telefon Pintar
Peserta boleh membawa telefon bimbit, telefon pintar dan peralatan canggih lain. Bagaimanapun, peserta diberi amaran awal supaya memastikan segala peralatan itu tidak digunakan semasa bengkel sehingga mengganggu perjalanan bengkel. Jika peserta tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit, SMS, Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya, sila jangan menyertai sebarang aktiviti Kavyan. [Maklumat lanjut – Kekasihku, Telefon Pintar]

Alat Tulis, Buku Nota dan Komputer Riba
Peserta wajib membawa buku nota dan alat tulis. Bahan-bahan berkenaan tidak disediakan. Individu yang berminat menjadi penulis pasti akan mengambil inisiatif membawa buku nota dan alat tulis apabila menyertai sebarang bengkel penulisan. Peserta juga diminta membawa komputer riba (laptop) untuk menghasilkan puisi semasa bengkel.

Pembimbing
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman luas mengendalikan bengkel penulisan kreatif di seluruh negara sejak 1993. Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media (BA Hons) ini antara lain pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1), Penyunting Kandungan Berita di Bernama Radio24 dan Penolong Editor akhbar Sinar Harian serta penyelia Unit Bencana RTM, sebelum menjadi penulis sepenuh masa mulai 2011.

Penyelarasan
Persiapan, penyelarasan dan perjalanan bengkel akan diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kavyan yang berpengalaman menjayakan aktiviti Kavyan sejak 1999.

Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara bagi bengkel berkenaan:

9:30 pagi
Ketibaan peserta dan pengesahan pendaftaran
Sarapan tidak disediakan

10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Pertama: Berkenalan dengan Puisi Tradisional

11:00 pagi
Sesi Kedua: Berkenalan dengan Puisi Moden (Sajak)

12:00 tengah hari
Sesi Ketiga: Etika Penulisan dan Pengiriman Karya

1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat

1:30 petang
Sesi Keempat: Praktikal (Wajib)
                    Latihan Menulis Pantun dan Sajak
                    Bedah Karya Peserta

3:00 petang
Penyampaian Sijil Penyertaan
Bersurai

Maklumat Lanjut
Orang ramai boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan atau jika mahu mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum bahawa pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan sama sekali.


[Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 31 Julai 2015]