Sunday, 2 August 2015

JAGAT: Forum Filem Malaysia

Forum ilmu yang membicarakan fenomena perfileman Malaysia – khususnya filem Tamil tempatan dengan mengkhusus kepada karya pengarah muda, Shanjhey Kumar Perumal – akan berlangsung seperti berikut:

Tajuk: JAGAT: Forum Filem Malaysia
Tarikh: 16 September 2015 (Rabu – Hari Malaysia)
Masa: 4.00 – 6.00 petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Skyzen, 19-2 Kuchai Business Centre, off Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur
Pemudah cara: Uthaya Sankar SB
Peserta: Terbuka kepada umum (20 orang sahaja)
Bahasa: Bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil

Filem Jagat merupakan hasil seni yang lahir berikutan impian Shanjhey Kumar Perumal sejak sedekad lalu. Pengarah muda ini turut menghasilkan beberapa filem pendek yang menang pelbagai anugerah berprestij.

Berikut beberapa pautan berkaitan yang wajar dibaca sebelum menghadiri forum:

Shanjhey The Boss – Blog, 21 Mac 2009
Dari Ma Chai ke KaizenFree Malaysia Today, 19 Disember 2011
Shanjhey Bikin Filem (Bahagian 1)The Malaysian Insider, 2 September 2013
Shanjhey Bikin Filem (Bahagian 2)The Malaysian Insider, 9 September 2013
Jagat: Filem Tak Berniat JahatMalaysiakini, 31 Julai 2015
The Sad State of Malaysian Tamil Movies - MyTrootz, 7 Ogos 2015
Jagat Angkat Martabat Filem Tamil Tempatan - The Malaysian Insider, 22 Disember 2015

Forum yang dirancang ini akan menampilkan Shanjhey Kumar Perumal dan Siva Perianan yang memperkatakan pengalaman Skyzen Studios menghasilkan filem Jagat, serta beberapa filem pendek. Perkembangan industri filem Malaysia melibatkan generasi muda kaum India akan turut dibincangkan. Beberapa filem pendek akan ditayangkan dan dijadikan bahan perbincangan.

Tempat duduk adalah terhad kepada 20 peserta/hadirin. Maka, orang ramai yang berminat menghadiri majlis ilmu ini wajib mendaftar lebih awal – BORANG PENDAFTARAN DI SINI. Para hadirin diharap akan terlibat secara aktif dalam perbincangan dua hala sepanjang forum berlangsung.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my