Pengenalan
Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 22 Ogos
1999 bergerak seperti sebuah keluarga besar dalam menjayakan pelbagai aktiviti
bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya. Hari Keluarga Kavyan dirancang sebagai salah satu sesi pertemuan
santai untuk mengeratkan silatulrahim dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum yang prihatin
terhadap Kavyan.
Tarikh
31
Ogos 2015 (Isnin) [Cuti Umum]
Masa
3:00
– 6:00 petang [Datang awal jika takut sesat]
Tempat
Pusat
Jagaan Sai Asirwaths Home, 37 Jalan Sungai Congkak 32/49, Bukit Rimau, Seksyen 32,
Shah Alam [Tel: 013-3956889 – Encik
Murali] Panduan Waze – Jalan
Sungai Congkak 32/49, Bukit Rimau, Shah Alam.
Objektif
1. Sesi pertemuan santai
melibatkan sesiapa sahaja yang prihatin terhadap aktiviti Kavyan
2. Usaha mengeratkan silatulrahim
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama
3. Peluang mengenali Kavyan
dan Jawatankuasa Kavyan secara lebih dekat
4. Menjamu selera menggunakan
konsep “juadah bawaan” (potluck)
5. Perbincangan santai
mengenai usaha merancakkan aktiviti Kavyan
6. Peluang untuk mengenali
kerjaya dan usaha-usaha yang dilakukan setiap hadirin dalam bidang bahasa,
sastera, kebajikan, sosial, seni atau budaya
Peserta
Penyertaan
Hari Keluarga Kavyan terbuka kepada
sesiapa sahaja yang berminat untuk berkumpul bagi menjayakan objektif
di atas. Memandangkan ini adalah “hari keluarga”, maka hadirin amat digalakkan
membawa bersama ahli keluarga. Setiap peserta perlu mengisi borang penyertaan – KLIK DI SINI – selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2015 bagi mengesahkan
kehadiran. Kanak-kanak berumur bawah 6
tahun tidak perlu mengisi borang.
Aktiviti dan
Pengisian
Bagi
menjayakan dan mencapai objektif seperti di atas, beberapa aktiviti
santai yang sesuai boleh diatur secara spontan. Misalnya, permainan
tradisional, kuiz, menceritakan pengalaman, cabutan bertuah, bakat menyanyi dan
bercerita. Para hadirin diingatkan supaya tidak menjadikan sesi pertemuan ini
sebagai sesi ceramah atau syarahan panjang; sebaliknya berilah peluang kepada
semua orang untuk bercakap.
Juadah Bawaan (Potluck)
Hari Keluarga Kavyan dibuat dalam bentuk potluck di mana hadirin membawa “juadah
bawaan” untuk dikongsi bersama-sama orang lain. Harap maklum bahawa hadirin
tidak perlu membeli makanan khas atau memasak makanan khas untuk dibawa ke
majlis ini. Sebaliknya, potluck
merujuk kepada lebihan makanan dan minuman yang sedia ada di rumh masing-masing.
Maka, bawalah apa sahaja makanan dan minuman yang berbaki di rumah untuk
dikongsi bersama-sama para hadirin. Sila ambil kira
sensitiviti kaum dan agama dalam memutuskan makanan dan minuman yang sesuai
dibawa. Sekiranya mahu membeli
sebarang makanan atau minuman (misalnya keropok atau minuman botol), beli dalam
jumlah yang sedikit; mungkin untuk 5 orang sahaja. Konsep potluck merujuk kepada keadaan di mana makanan lebihan dibawa dalam
jumlah yang sedikit oleh ramai orang untuk dikongsi bersama. Ini bukan jamuan makan, tetapi sesi
berkongsi makanan sambil berbual-bual serta terlibat dalam aktiviti berdasarkan
objektif
di atas. Semasa mengisi borang penyertaan, sila nyatakan cadangan
makanan/minuman yang akan dibawa pada ruangan “Catatan
Peserta”.
Sensitiviti
Kaum, Agama dan Politik
Semua
yang hadir diingatkan supaya menghormati sensitiviti kaum, etnik, politik dan
agama. Majlis Hari Keluarga Kavyan
bukan tempat untuk membahaskan perkembangan politik; melakukan serangan
(kritikan) terhadap mana-mana kaum dan agama; mahupun tempat untuk melakukan
dakwah agama atau propaganda politik. Sila berpegang kepada objektif
pertemuan seperti yang sudah dinyatakan di atas.
Pakaian
Para
hadirin diminta berpakaian sopan apabila menghadiri sebarang aktiviti anjuran
Kavyan. Bagi acara Hari Keluarga Kavyan,
mungkin ada aktiviti seperti permainan tradisional. Maka, hadirin diminta
memakai pakaian yang sesuai. Pakaian tradisional amat digalakkan.
Pertanyaan
Jika
ada sebarang pertanyaan, sila hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau kirim
mesej menerusi Facebook.
Sebarang pertanyaan menerusi SMS
tidak dilayan. Jika anda tersesat jalan pada hari acara – walaupun sudah diberikan pelbagai panduan dan peta – sila hubungi Encik Murali menerusi talian 013-3956889.
Penutup
Semoga
acara Hari Keluarga Kavyan mencapai objektif
yang diimpikan berkat kerjasama padu semua pihak yang terlibat.