4 Nov 2018

Sumbangan Tabung Program Kavyan


Sejak diasaskan pada Ogos 1999, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) terlibat secara aktif dan berterusan (walaupun secara kecil-kecilan dan tanpa sebarang publisiti besar-besaran) dalam menjalankan program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya melibatkan masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang di seluruh negara.

Layari Blog Kavyan untuk senarai dan maklumat program Kavyan.


Bagi menampung kos menjalankan program-program ini, Kavyan sentiasa mengharapkan sumbangan ikhlas daripada orang ramai. [Contoh di sini] Hal ini kerana Kavyan memiliki kepakaran dan minat, tetapi kekurangan dana bagi menampung kos.

Rekod bersih Kavyan sejak 1999 adalah bukti ketelusan, integriti dan etika yang menjadi pegangan dan amalan.

Jutaan terima kasih kepada setiap individu budiman (rata-rata meminta nama/identiti tidak dipaparkan di media sosial) yang tampil memberi sumbangan ikhlas; sama ada secara berkala atau dari semsa ke semasa.


Kavyan sedang mengenal pasti individu/kumpulan/syarikat yang sudi memberi sumbangan secara bulanan (contoh: auto debit) sepanjang tahun 2019 bagi membantu meringankan beban (kos) yang semakin meningkat.

Jumlah sumbangan RM20 x 12 bulan = RM240 juga amat tinggi nilainya kepada Kavyan dalam membantu menampung kos mengendalikan program.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke akaun rasmi:

Bank: CIMB
Nama: Sasterawan Kavyan
Nombor: 8600565547

Penyumbang diminta mengirim maklumat diri (nama penuh, alamat penuh, nombor telefon, alamat e-mel, jumlah sumbangan) ke infokavyan@yahoo.com.my supaya surat rasmi boleh dikirim sebagai akuan penerimaan sumbangan.

Hubungi WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.