27 Oct 2018

Bicara Karya Penulis Kaum India


Program
Bicara Karya Penulis Kaum India

Penganjur
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Tarikh
5 Disember 2018 (Rabu)

Masa
5:00 petang — 7:00 malam

Tempat
Dewan Kuliah C
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur

Pengenalan
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum DBP berusaha menjalankan program bahasa dan sastera bagi menggalakkan serta memupuk kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Jabatan Pengajian India UM pula turut terlibat dalam pengajian dan kajian hal-hal berkaitan kaum India, sementara Kavyan yang diasaskan pada tahun 1999 menjalankan program bahasa sastera, kebajikan, seni dan budaya bagi mengangkat karya Sasterawan Kavyan. Cadangan program Bicara Karya Penulis Kaum India lahir susulan pertemuan Sasterawan Kavyan dengan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP pada 29 September 2018 [Maklumat di Sini].


Jawatankuasa Penganjur
Wakil DBP, Jabatan Pengajian India dan Kavyan mengadakan pertemuan pada 15 Oktober 2018 untuk memperincikan program. Sekumpulan siswa-siswi Jabatan Pengajian India juga dilantik untuk menjadi jawatankuasa kecil bagi menjayakan program ini.


Pengarah
Mavitthran Krishnan

Timbalan Pengarah
Suganya Mohan

Publisiti
Thulasi Maruda Dorai
Archanaa Muniandy
Sivam Tamilaseluan

Protokol
Vicnaiswary Sivan
Henrietta Perumal
Roshini Raveentheran

Teknikal
Monishaa N. Vishnu
Prem Raj Pichamuthu
Vaitaarani Saantheaban

Atur Cara dan Pengisian
Rangka atur cara dan pengisian program adalah seperti berikut:

5:00 petang
Ketibaan tetamu, panel dan hadirin
Jualan buku-buku Sasterawan Kavyan
Cicipan (minum petang)

5:30 petang
Ucapan wakil DBP
Deklamasi Sajak: Kaveinthran Pulantran (Kolej Za’ba UM)

Bicara Karya Penulis Kaum India

Pemudah cara: Encik G. Sivapalan (Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian India UM)
Panel 1: M. Mahendran (“Rintangan, Cabaran dan Proses Penulisan Cerpen — Pengalaman Melahirkan Karupaya”)
Panel 2: Ramakrishnan Ramasamy (“Rintangan, Cabaran dan Proses Penulisan Puisi — Pengalaman Melahirkan Kurnia”)
Panel 3: Uthaya Sankar SB (“Rintangan, Cabaran dan Proses Penulisan Prosa — Pengalaman Melahirkan Thirukkural dan Megha Duta”)
Sesi Soal Jawab


Khalayak Sasaran
Program ini terbuka kepada umum, khususnya siswa-siswi IPTA, pelajar kolej, guru-guru, penulis, peminat sastera, pengkaji sastera, pengkritik, wartawan dan pelajar sekolah menengah.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan).