8 Nov 2018

Kita dan Karya — 2 Disember 2018

Apa?
Kita dan Karya
“Malaysia Baharu dan Buku Lama”

Bila?
2 Disember 2018 (Ahad)

Masa?
10:00 pagi – 12:00 tengah hari

Di Mana?
Taman Tasik Kota Kemuning, Shah Alam
(Hadapan McDonald’s Kota Kemuning)
[lihat peta di bawah]

Panduan Waze
Perpustakaan Kota Kemuning, Persiaran Perbandaran, Shah Alam


Pengenalan
Sesi “Kita dan Karya” diadakan di Taman Tasik Kota Kemuning, Shah Alam pada 22 Julai 2018 dan 19 Ogos 2018 – Baca Maklumat di Sini. Acara pada 30 September 2018 dan 21 Oktober 2018 berlangsung di Setia Alam – Baca Maklumat di Sini. Acara pada November 2018 pula dibawa ke Laman Seni 7 sempena acara Lorong BukuBaca Maklumat di Sini. Acara bagi Disember 2018 kembali ke Taman Tasik Kota Kemuning.

Siapa yang Wajar Hadir?
● Sesuai bagi kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, ibu bapa, penjaga, guru, pelajar, mahasiswa, pengamal media, peminat sastera dan orang ramai yang mahu berhibur, membuat persembahan (bacaan) teks cerpen di hadapan orang ramai, serta mendengar bacaan teks.
● Penyertaan terbuka kepada semua tanpa batas kaum, agama, etnik, latar pendidikan, pekerjaan, pendirian politik dan sebagainya.
● Penulis yang ada karya sendiri dipelawa membawa karya masing-masing untuk dijadikan teks bacaan.
● Individu yang mahu bermain alat muzik atau menyanyi.
● Individu yang tidak mahu membaca petikan karya juga boleh hadir untuk mendengar bacaan oleh penulis/peserta lain.
● Sesi perbualan/perbincangan santai berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam karya yang dijadikan teks bacaan.

Konsep Umum
Dalam setiap sesi “Kita dan Karya”, lima individu akan membacakan petikan karya dan seterusnya berkongsi pengalaman berkaitan karya berkenaan. Karya yang dibaca mungkin tulisan sendiri, atau karya pengarang lain (yang sudah tersiar). Setiap individu diberikan masa 15 minit sahaja untuk melakukan pembacaan dan perkongsian pengalaman. Persembahan lagu dan muzik juga dibenarkan.

[Klik peta untuk besarkan]
Penyelaras
Balkish Alam dan Shahrul Irda bertindak sebagai penyelaras program “Kita dan Karya”. Orang ramai yang berminat menjadi peserta dan penonton program ini boleh menghubungi Balkish (019-2671076), atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan).

Bahasa dan Karya
Karya yang sesuai bagi sesi “Kita dan Karya” adalah puisi (tradisional/moden), cerpen, novel, esei, lagu, dan muzik. Karya boleh dipersembahkan dalam mana-mana bahasa. Bagaimanapun, sesi perbincangan dan perkongsian ilmu perlulah menggunakan Bahasa Malaysia.

Sensitiviti
Atas dasar meraikan kepelbagaian dan percambahan minda, peserta dan penonton dibenarkan memperkatakan topik-topik yang dianggap sensitif dan kurang diperkatakan – dengan syarat topik itu termasuk dalam karya yang dipersembahkan. Bagaimanapun, penyelaras berhak menghalang sekiranya perbincangan didapati menimbulkan masalah yang tidak diingini.

Peruntukan/Had Masa
Setiap peserta wajib patuh pada masa 15 minit yang diperuntukkan. Hal ini perlu bagi memastikan setiap peserta mendapat peluang untuk mengambil bahagian. Perbincangan lanjut boleh disambung selepas kelima-lima peserta sudah mengambil bahagian.

Makan-minum dan Kebersihan
Hadirin boleh membawa makanan dan minuman untuk dinikmati sambil mengikuti program “Kita dan Karya”. Akan tetapi, aspek kebersihan wajib diberi keutamaan pada setiap masa.

Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi penyelaras “Kita & Karya”, Cik Balkish Alam (019-2671076), atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan).