7 Sept 2018

#AulongLamaMembaca — Siri 1


Pengenalan
Program #AulongLamaMembaca bertujuan memupuk minat membaca buku Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Aulong Lama, Taiping dan sekitarnya. Ia selaras program #MalaysiaMembaca yang sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mempunyai pengalaman terlibat dalam pelbagai kempen membaca di pelbagai lokasi seluruh negara sejak diasaskan pada tahun 1999. Kini, program ini dilaksanakan di bawah Projek Komuniti Kavyan.


Sasaran
Memupuk minat membaca karya (khususnya cerpen, novel, esei, majalah, surat khabar) dalam kalangan penduduk Aulong Lama. Siri 1 mensasarkan untuk membimbing dan melatih satu pasukan pencinta buku yang akan menggerakkan kempen #AulongLamaMembaca secara lebih meluas dan menyeluruh dalam Siri 2 dan Siri 3 pada masa hadapan.


Nama Program
#AulongLamaMembaca — Siri 1

Tarikh
13 Oktober 2018 (Sabtu)

Masa
2:00 — 6:30 petang [Waktu Kavyan]

Tempat
Dewan Sangam, Lorong K, Aulong Lama, Taiping, Perak
Waze – Lorong K, Taiping, Perak

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)


Jawatankuasa Pelaksana
Bagi merancang dan menjalankan program ini, penganjur melantik individu berikut daripada kalangan AJK Projek Komuniti Kavyan.

Pengerusi — M. Vanitha Murugan
Setiausaha — Mariamah P. Kumarasamy
Bendahari — Christiana Francis

Peserta
Penyertaan terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum berumur minimum 15 tahun, serta berminat dengan “sasaran” yang dinyatakan di atas. Bagi Siri 1, penyertaan dibuka kepada 30 peserta sahaja. Peserta perlu ada minat membaca buku cerita Bahasa Malaysia (cerpen, novel, esei, akhbar, majalah), serta ada minat menggalakkan penduduk Aulong Lama membaca buku cerita.

Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM3.00 dan bayaran tidak dikembalikan jika peserta gagal hadir.

Borang Penyertaan
Sila hubungi Jawatankuasa Pelaksana untuk mendapatkan borang. Borang yang lengkap diisi perlu dikembalikan berserta bayaran kepada Jawatankuasa Pelaksana.

Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup secara muktamad pada 7 Oktober 2018. Tarikh tutup mungkin diawalkan sekiranya sudah cukup 30 peserta.

Bahasa Pengantar
Program dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Tugasan, penulisan dan pembentangan juga menggunakan Bahasa Malaysia.


Sumbangan Ikhlas
Sumbangan ikhlas diharapkan daripada orang ramai untuk membantu menampung sebahagian kos menjayakan program ini. Memandangkan peserta (kelompok B40) hanya dikenakan bayaran RM3 sebagai yuran penyertaan, sumbangan diperlukan bagi menjayakan #AulongLamaMembaca yang disertai 30 peserta. Sumbangan dialu-alukan dalam bentuk berikut:

● Makan-minum petang
● Alat tulis (pen, pensel)
● Buku nota (menulis nota)
● Kertas mahjong/manila (untuk pembentangan)
● Buku cerita (baharu dan terpakai)
● Hadiah cabutan bertuah (jika ada)
● Wang (pilihan terakhir – untuk membeli barangan di atas)

Bagi penyumbang sekitar Taiping, Perak, sumbangan boleh disampaikan kepada M. Vanitha Murugan (penyelaras/pengerusi) dengan menghubungi talian/WhatsApp 016-5555453. Bagi penyumbang sekitar Lembah Klang, hubungi Uthaya Sankar SB (presiden Kavyan) menerusi talian 018-2214269 atau WhatsApp 011-11411952. Sumbangan dalam bentuk wang boleh dimasukkan dalam akaun Kavyan 8600565547 (CIMB), kemudian salurkan maklumat penyumbang kepada Uthaya. (Sumbangan wang adalah pilihan terakhir.)


Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara program. Para peserta diingatkan supaya mematuhi jadual dan tidak datang lewat bergaya.

1:30 petang
Meja Pendaftaran dibuka (Petugas — Uthaya)
Peserta berdaftar perlu mengesahkan kehadiran

2:00 petang
Meja Pendaftaran ditutup secara muktamad
Peserta lewat tidak dibenarkan menyertai program

Sesi Satu — Taklimat
Apakah #MalaysiaMembaca dan #AulongLamaMembaca?

2:30 petang
Sesi Dua — Kerja Berkumpulan
Mengenal pasti situasi budaya membaca dalam kalangan penduduk Aulong Lama

3:30 petang
Pembentangan hasil Sesi Dua

4:00 petang
Minum petang dan sesi membaca petikan karya di pentas

4:30 petang
Sesi Tiga — Kerja Berkumpulan
Langkah memupuk budaya membaca dalam kalangan penduduk Aulong Lama

5:30 petang
Pembentangan hasil Sesi Tiga

6:00 petang
Tugasan kepada peserta menjelang “#AulongLamaMembaca — Siri 2”
Sesi fotografi berkumpulan
Bersurai

Maklumat Lanjut
Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Projek Komuniti Kavyan. Orang ramai juga boleh menyumbang kepada Tabung Projek Komuniti Kavyan bagi membantu menampung kos pengendalian pelbagai program di bawah projek komuniti ini. Layari Blog Kavyan dari semasa ke semasa untuk maklumat pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya.