30 Jul 2012

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan 03/2012

 
Tarikh              : 29 Julai 2012 (Ahad)
Masa              : 10:15 pagi
Tempat          : Taman Sri Muda, Shah Alam
 
 
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
 
1.1 Presiden, Uthaya Sankar SB memulakan mesyuarat dan menerangkan tujuan utama mesyuarat kali ini. Uthaya turut menjelaskan bahawa tarikh mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada 24 Jun 2012 terpaksa ditunda kerana majoriti Ahli Jawatankuasa (AJK) tidak dapat hadir. Beliau turut mengucapkan terima kasih serta mengharapkan AJK terus komited dalam Kavyan.
 
2. Pembentangan Minit Mesyuarat Lalu
 
2.1 Penolong Setiausaha, Kughan Nadarajah membentangkan Minit Mesyuarat AJK 02/2012 (29 April 2012) untuk pengesahan. Semua rekod aktiviti Kavyan adalah lengkap, telus dan boleh dirujuk di blog.
 
3. Pembentangan Laporan Kewangan
 
3.1 Bendahari, Muniswaran Errisson membentangkan Laporan Kewangan (sehingga 28 Julai 2012) untuk pengesahan. Walaupun jumlah wang tidak banyak, is tidak menghalang Kavyan terus aktif menjalankan pelbagai aktiviti.
 
4. Laporan Aktiviti & Isu Penting (30 April – 28 Julai 2012)
 
4.1 Jawatankuasa terbabit membentangkan laporan aktiviti yang dikendalikan atau disertainya.
 
4.2 Bengkel Penulisan Makalah Budaya di Menara DBP, 19 Mei 2012. Hasilnya, Thiruselvam dan Kughan sudah menghasilkan makalah untuk majalah Dewan Budaya.
 
4.3 Uthaya Sankar SB diundang mewakili Kavyan mengendalikan Bengkel Penulisan dan Galakan Membaca sempena Festival Penulis Antarabangsa di Makassar, Sulawesi, Indonesia pada 13-20 Jun 2012.
 
4.4 Dialog Sastera Dari Salina ke Salina bersama Datuk A. Samad Said (Pak Samad) yang sepatutnya diadakan di SACC, Shah Alam pada 1 Julai 2012 (Ahad), jam 10:00 pagi sempena Pesta Buku Negeri Selangor (29 Jun – 9 Julai 2012) terpaksa dibatalkan. Perkara sebenar sudah diterangkan kepada Pak Samad dan mana-mana pihak yang terbabit.
 
4.5 Acara Baca Cerpen Pelbagai Bahasa diadakan di SACC, Shah Alam pada 6 Julai 2012 (Jumaat), jam 4:00 petang sempena Pesta Buku Negeri Selangor (29 Jun – 9 Julai 2012). Bagaimanapun kesemua peserta hanya memilih cerpen/novel Bahasa Malaysia. Hal ini bermakna karya Bahasa Malaysia masih menjadi pilihan peserta pelbagai kaum.
 
4.6 Sidang media kemasukan Faisal Tehrani (Dr Mohd Faizal Musa) sebagai Ahli Kehormat Kavyan diadakan pada 6 Julai 2012, 5:00 petang di SACC, Shah Alam. Uthaya yakin bahawa langkah Kavyan membuka keahlian kepada pelbagai kaum adalah tindakan tepat.
 
4.7 Acara Bengkel Penulisan Cerpen anjuran majalah Fokus SPM diadakan di Kumpulan Media Karangkraf pada 7 Julai 2012 (Sabtu), jam 9:00 pagi. Bengkel ini bertujuan membantu penulis muda menghasilkan cerpen yang sesuai bagi majalah berkenaan.
 
4.8 Jualan buku Dari Salina Ke Langit Petang dan Rindu Ibu untuk tabung dana penerbitan novel Salina oleh Wira Bukit Sdn Bhd. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan.
 
5. Aktiviti Akan Datang (Ogos – Disember 2012)
 
5.1 Mesyuarat membincangkan mengenai beberapa aktiviti yang sudah dirancang; khususnya pada Julai hingga Septembar 2012.
 
5.2 Pembahagian tugas turut dilakukan bagi melancarkan perjalanan aktiviti yang dirancang.
 
5.3 Bengkel Penulisan Cerpen di SJKT Sungai Renggam yang sepatutnya diadakan pada 28 April 2012 ditangguhkan ke tarikh lain atas permintaan pihak sekolah. Thiruselvam tidak hadir, maka akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.
 
5.4 Magaenthiran Periaswamy tidak hadir, maka perkembangan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di Teluk Intan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.
 
5.6 Bengkel Moral SPM sedang dirancang untuk diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam bagi membimbing calon SPM mengenai kepentingan mata pelajaran Pendidikan Moral. Perbincangan lanjut tidak dapat diadakan kerana Prabhawathy Govindarajoo tidak hadir.
 
5.7 Diskusi Karya Sasterawan Kavyan sedang dirancang bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perlukan komitmen penuh jika mahu dilaksanakan. Mesyuarat membincangkan cara untuk menjayakan program ini. Aktiviti juga boleh diadakan pada skala kecil tetapi masih memberikan kesan besar dalam usaha memperkatakan sumbangan Sasterawan Kavyan terhadap sastera kebangsaan.
 
5.8 Baca Cerpen Kavyan akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada tahun ini. Tarikh akan dibincangkan dengan pihak perpustakaan selepas Aidilfitri (19 Ogos 2012).
 
5.9 Penerbitan novel Panchayat: Edisi Khas. Uthaya menyatakan bahawa perkembangan penerbitan novel itu boleh diikuti di blog.
 
6. Karya di Akhbar/Majalah
 
6.1 Makalah tulisan P. Thiruselvam disiarkan dalam majalah Dewan Budaya, Jun 2012.
 
6.2 Puisi tulisan Salma Dhineswary disiarkan dalam majalah Tunas Cipta, Jun 2012.
 
6.3 Cerpen kanak-kanak tulisan Uthaya Sankar SB disiarkan dalam majalah e-baca, Mac 2012 dan Dewan Pelajar, Jun 2012.
 
6.4 Dua makalah tulisan Kughan Nadarajah sudah dikirim kepada editor majalah Dewan Budaya sebagai susulan Bengkel Penulisan Makalah Budaya di DBP pada 19 Mei 2012.
 
6.5 Cerpen remaja tulisan Uthaya Sankar SB disiarkan dalam majalah Fokus SPM, Julai 2012.
 
6.6 Nizha Periaswamy akan mengirim makalah yang sesuai untuk disalurkan ke majalah Dewan Budaya.
 
7. Hal-hal Lain
 
7.1 jawatan Penolong Setiausaha kini dipegang oleh Kughan Nadarajah.
 
7.2 Mesyuarat meneliti borang permohonan keahlian yang diterima daripada individu pelbagai kaum. Setiausaha akan memaklumkan kepada pemohon yang berjaya.
 
8. Penangguhan Mesyuarat
 
8.1 Tarikh Mesyuarat AJK akan datang ditetapkan pada 30 September 2012, 10:15 pagi di Shah Alam.
 
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 11:20 pagi.