25 Jun 2012

Bengkel Penulisan Cerpen Fokus SPM

Pengenalan
Bengkel intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan latihan ini direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda dan bakal penulis berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan penulisan cerpen bagi akhbar dan majalah. Bengkel ini juga sesuai bagi pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda dan orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan cerpen.

Objektif
1 Mencungkil bakat baru penulis cerpen dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan cerpen kepada peserta yang masih baru dalam penulisan kreatif
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan cerpen bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Fokus SPM

Penganjur
Fokus SPM (Kumpulan Media Karangkraf)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Peserta
Maksimum 30 peserta (belia, remaja, pelajar); khususnya pembaca majalah Fokus SPM.

Tarikh
15 Julai 2012 (Ahad)

Masa
9:00 pagi – 4:00 petang

Tempat
Bilik Latihan, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf

Pembimbing
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman amat luas dalam bidang media konvensional dan alternatif sejak 1992. Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media (BA Hons) ini antara lain pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1), Penyunting Kandungan Berita di Bernama Radio24 dan Penolong Editor akhbar Sinar Harian serta penyelia Unit Bencana RTM. Penulis sepenuh masa ini juga kolumnis di portal berita Free Malaysia Today dan The Malaysian Insider. Cerpen-cerpennya tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 & 1998/99).

Bahasa
Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia

Rangka Atur Cara

9:00 pagi
Ketibaan peserta dan pendaftaran

9:30 pagi
Sesi Pertama: Unsur-unsur Sastera

11:00 pagi
Sesi Kedua: Unsur-unsur Cerpen

12:00 tengah hari
Sesi Ketiga: Etika Penulisan

1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat

2:00 petang
Sesi Keempat: Praktikal
            Latihan menulis cerpen
            Bedah karya peserta

3:30 petang
Sesi Kelima: Bersama editor Fokus SPM
            Soal-jawab
            Panduan mengirim karya
            Maklumat bengkel susulan

4:00 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Bersurai

Pendaftaran dan Maklumat Lanjut
Sila hubungi Muhd Azman Hj Mohd Nawi (muhd.azman@karangkraf.com) atau Naimah Muhammad (naimah@karangkraf.com) atau talian 03-51013888 sambungan 749 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Nota: Pendaftaran diuruskan sepenuhnya oleh Fokus SPM.