Nama Aktiviti
Baca Cerpen Pelbagai Bahasa
Penganjur
Bersama
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Sempena
Pesta Buku Negeri Selangor 2012
Tarikh
6 Julai 2012 (Jumaat) –
tertakluk pindaan
Masa
4:00 – 6:00 petang (Waktu Kavyan)
Tempat
Pentas Aktiviti, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Latar
Belakang
Program Baca Cerpen Kavyan anjuran
bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan Kavyan pada 29 Ogos
– 2 September 2003 berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records
berikutan pembacaan 384 cerpen secara berterusan oleh 166 peserta selama 96 jam
32 minit. Baca Cerpen Kavyan menjadi asas bagi memulakan tradisi membaca
cerpen dan novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak. Kavyan
sering bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menganjurkan acara membaca
cerpen di pentas. Masyarakat juga semakin berminat untuk mendengar serta
mengambil bahagian dalam acara seumpama ini. Maka tradisi ini wajar diteruskan
dan diperhebatkan; khususnya dalam usaha memasyarakatkan sastera dan
membudayakan amalan membaca.
Bahasa Karya
Buat julung kali, sempena Pesta Buku Negeri Selangor
2012, Kavyan menganjurkan acara baca cerpen di mana karya-karya selain Bahasa Malaysia akan turut dibacakan.
Langkah ini sebagai usaha menyemarakkan penghayatan karya dalam pelbagai bahasa. Karya-karya yang
dipilih mestilah hasil penulisan pengarang Malaysia dalam mana-mana bahasa;
termasuk karya terjemahan. Bahasa-bahasa yang dimaksudkan termasuk (tetapi
tidak terhad kepada) Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Mandarin, Iban,
Indonesia, Simunul, Perancis, Rusia, Hindi, Jepun, Sepanyol dan Arab.
Objektif
1 Memberi
penghormatan kepada golongan penulis karya sastera pelbagai bahasa di Malaysia.
2 Memupuk minat
membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum;
membudayakan baca cerpen .
3 Meneruskan tradisi
baca cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan;
memasyarakatkan sastera.
4 Membuka peluang
kepada peminat sastera membaca naskhah cerpen para pengarang tempatan dalam
pelbagai bahasa
5 Menyemarakkan
aktiviti sastera pelbagai bahasa melibatkan khalayak pelbagai kaum di tempat
yang sama.
Jumlah
Cerpen
Sekitar 15-20 cerpen pelbagai bahasa dijangka dapat
dijadikan teks pada acara selama dua jam ini. Peserta hanya perlu membaca
petikan cerpen, bukan keseluruhan cerpen. Peserta perlu memilih sendiri cerpen
yang ingin dibaca. Cerpen perlulah karya penulis Malaysia sahaja. Karya boleh
dalam mana-mana bahasa asalkan peserta boleh membacakannya dengan lancar, tepat dan penuh penghayatan.
Peserta wajib membawa sendiri teks cerpen untuk dibaca. Peserta tidak perlu
menghafaz teks berkenaan.
Tokoh
Sasterawan
Hanya karya penulis Malaysia boleh dipilih sebagai teks.
Mana-mana peserta yang memilih teks pengarang luar akan dihalang daripada
mengambil bahagian; walaupun selepas naik ke pentas untuk membaca petikan
cerpen berkenaan.
Penyelarasan
Program pembacaan cerpen akan diselaraskan dan
dikendalikan oleh wakil Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional
berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca Cerpen Kavyan (29
Ogos – 2 September 2003); serta siri baca cerpen/novel sebelum ini. Kavyan juga
berhak membuat keputusan muktamad berhubung sebarang pertikaian yang mungkin
timbul mengenai peserta, penonton, karya, cabutan bertuah dan sebagainya.
Jumlah
Peserta/Pembaca (*)
Sejumlah 15-20 individu pelbagai kaum, berumur minimum 10
tahun, yang menawarkan diri secara sukarela. Penyertaan terbuka kepada sesiapa
yang berminat dan mampu membaca naskhah cerpen dengan gaya persembahan yang mantap dan sesuai
untuk persembahan di khalayak. Pembaca juga akan diminta oleh pengacara majlis
supaya bercakap (mengulas) mengenai cerpen yang dibaca. Peserta diingatkan
supaya membawa salinan teks cerpen yang akan dibaca.
Pendaftaran
dan Pemilihan Peserta (*)
Bagi tujuan Baca Cerpen Pelbagai Bahasa, orang
ramai yang berminat perlu mendaftar lebih awal kerana jumlah peserta adalah
terhad kepada 15-20 orang sahaja. Pendaftaran peserta diuruskan oleh Kavyan.
Pendaftaran dilakukan melalui kaedah “yang dahulu didahulukan”. Jumlah peserta yang diperlukan adalah maksimum tiga untuk karya Bahasa Malaysia, tiga (Bahasa Inggeris), empat
(Bahasa Tamil), empat (Bahasa
Mandarin) dan enam (bahasa-bahasa
lain). Peserta yang sudah mendaftar tidak dibenarkan menukar ke bahasa lain.
Borang Pendaftaran Peserta
Peserta yang berminat perlu mendaftar secara dalam talian (online) dengan mengisi borang DI SINI. Pendaftaran dengan mana-mana
cara lain tidak dilayan.
Tarikh Tutup Penyertaan
Penyertaan akan ditutup sebaik sahaja sudah terdapat 15
peserta pelbagai kaum. Konsep “yang dahulu
didahulukan” akan digunakan. Sila maklum bahawa jumlah peserta yang diperlukan
adalah tiga untuk karya Bahasa Malaysia, tiga (Bahasa Inggeris), tiga (Bahasa
Tamil), tiga (Bahasa Mandarin) dan tiga (bahasa-bahasa lain).
Peserta Tidak Hadir
Peserta yang mendaftar tetapi tidak hadir pada tarikh/masa
acara akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti
anjuran Kavyan selama setahun. Bagaimanapun, peserta yang berhalangan
dibenarkan menarik diri dengan menghubungi pihak Kavyan selewat-lewatnya lima
hari sebelum acara berlangsung.
Cenderamata
Peserta (*)
Kavyan akan menyediakan cenderamata berupa bahan bacaan bagi
15 peserta terbabit. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pula akan
menyediakan sijil penyertaan. Cenderamata dan sijil ini hanya akan diberikan
kepada peserta yang mengikuti sepenuhnya acara. Peserta yang “menghilangkan diri” atau mengganggu
majlis tidak layak menerima sijil dan cenderamata.
(*) Syarat Peserta/Pembaca
“Peserta” dan “pembaca” merujuk kepada individu yang mendaftar awal secara dalam talian untuk
mengambil bahagian dalam acara Baca
Cerpen Pelbagai Bahasa; mendaftar di Pentas Altiviti SACC sebelum pukul 4:00
petang pada tarikh acara; membaca teks cerpen di pentas mengikut giliran undian;
menyertai acara dari mula hingga akhir; dan tidak meninggalkan acara lebih
awal. Giliran membaca akan dilakukan secara undian semasa acara berlangsung.
Penonton (**)
Masyarakat pelbagai kaum – khususnya peminat sastera,
siswa-siswi, pelajar, guru, penulis dan ibu bapa – dipelawa menghadiri acara Baca Cerpen Pelbagai Bahasa sebagai
penonton. Penonton berumur minimum 10 tahun perlu mendaftar di meja pendaftaran
perhampiran Pentas Aktiviti SACC sebelum pukul 4:00 petang pada tarikh acara
untuk membolehkan mereka layak menyertai cabutan bertuah.
(**) Cabutan Bertuah
Cabutan
bertuah akan diadakan semasa acara berlangsung. Hanya “peserta”
dan “penonton” berumur minimum 10 tahun yang mendaftar awal
layak memenangi hadiah melalui cabutan bertuah ini. “Peserta”
dan “penonton” mestilah berada di tempat acara sepanjang masa.
Sekiranya “peserta” atau “penonton” tidak berada di
tempat acara semasa namanya diumumkan, kemenangannya terbatal secara automatik.
Sebarang rayuan dan alasan tidak akan dilayan.
3:30 petang
Meja pendaftaran peserta dan penonton
dibuka.
Ketibaan tetamu, wartawan, peserta dan
penonton.
4:00 petang
Pendaftaran ditutup .
(Peserta yang lewat akan digugurkan
secara automatik)
(Penonton yang lewat tidak boleh terlibat dalam cabutan
bertuah)
Taklimat ringkas kepada peserta dan
penonton.
4:10 petang
Baca Cerpen Pelbagai Bahasa bermula.
(Giliran membaca dilakukan secara undian semasa acara
berlangsung)
5:45 petang
Penyampaian sijil penyertaan dan
cenderamata peserta.
Sesi fotografi berkumpulan.
Nasihat
Akhir
Mana-mana individu yang
menyertai mana-mana aktiviti Kavyan diingatkan supaya patuh pada masa yang
ditetapkan. “Waktu Kavyan” bermakna “masa
sebagaimana dinyatakan; bukan setengah jam kemudian” [MAKLUMAT LANJUT DI SINI]. Orang ramai
juga dinasihatkan supaya mengenal pasti lokasi aktiviti (Pentas Aktiviti SACC,
Shah Alam) sekurang-kurangnya sehari sebelum acara berlangsung. Sebarang
pertanyaan mengenai lokasi dan panduan jalan pada hari acara tidak akan
dilayan.
Maklumat
Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, orang
ramai boleh menghubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau telefon 016-3288142 (Uthaya Sankar SB). SMS
akan dibaca tetapi tidak dibalas.
[Disediakan
oleh Jawatankuasa Kavyan pada 27 Mei 2012]