10 Oct 2024

Bengkel Penulisan Cerpen untuk Guru SJKT


Pengenalan

Persatuan Kebajikan Idayakkani antara lain bermatlamat membantu kanak-kanak keluarga miskin dan susah (B40) dalam hal-hal berkaitan pendidikan. Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang diasaskan pada tahun 1999 pula terlibat mengendalikan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara sejak tahun 2004 (Utusan Malaysia, 30 Mac 2024). Pada masa sama, para guru memainkan peranan sebagai suri teladan (role model) yang amat penting kepada murid-murid dalam usaha memupuk minat membaca serta menghasilkan karya kreatif seperti cerpen (Utusan Malaysia, 5 Oktober 2024).

 

Program

Idayakkani dan Kavyan merangka program Temasya Bahasa untuk membantu meningkatkan kecintaan dan penguasaan Bahasa Malaysia serta memupuk minat membaca dan menulis karya Bahasa Malaysia dalam kalangan murid dan guru SJKT. Program dikendalikan dengan kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri Perak menerusi surat bertarikh 22 Ogos 2024 dengan Ruj. JPNPk.SPS.USJK.100-3.Jld.21(46).

 

Penganjur Bersama

Persatuan Kebajikan Idayakkani

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

SJKT Kamunting, Perak

 

Objektif

1. Memupuk minat membaca/menulis karya Bahasa Malaysia

2. Berkongsi panduan (tips) memilih bahan bacaan yang sesuai

3. Menggalakkan peserta menjadikan membaca/menulis sebagai hobi

4. Mengendalikan aktiviti didik hibur (edutainment) berasaskan buku

5. Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan murid/guru

 

Tarikh

11 Januari 2025 (Sabtu Kedua)

 

Masa

8:00 pagi – 1:30 tengah hari

 

Tempat

SJKT Kamunting, Jalan Expo Dalam, 34600 Kamunting

 

Peserta

Bengkel kali ini khusus bagi 30 guru SJKT dalam Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS). Hal ini kerana guru terbabit bukan sahaja dapat menghasilkan cerpen bermutu, malah boleh berkongsi ilmu dengan murid-murid di sekolah. Hal ini nyata menerusi Bengkel Penulisan Cereka di SJKT YMHA, Taiping yang disertai 32 murid dan 7 guru pada 28 September 2024. Bengkel Penulisan cerpen di Perpustakaan Pekan Semenyih pada 25 September 2024 pula disertai 17 guru dari SJKT, sekolah Cina (SJKC), dan sekolah kebangsaan (SK) di daerah Hulu Langat.


Rangka Atur Cara

Harap maklum bahawa semua program yang melibatkan Kavyan dijalankan mengikut “Waktu Kavyan” iaitu masa sepertimana dinyatakan pada jadual. Atur cara lengkap (terperinci) dihantar kepada peserta berdaftar.

 

8:00 pagi

Ketibaan peserta dan pengesahan pendaftaran

Ucapan Guru Besar SJKT Kamunting, Puan Uma Devi Rengasamy

Ucapan Pengerusi Idayakkani, Encik Sivasankar Narayanan

 

8:30 pagi

Bengkel Penulisan Cerpen (Sesi 1)

 

10:00 pagi

Sarapan

 

10:30 pagi

Bengkel Penulisan Cerpen (Sesi 2)

 

1:00 tengah hari

Penyampaian sijil penyertaan

Bersurai

 

Maklumat Lanjut dan Pendaftaran

SJKT di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) khasnya dan negeri Perak amnya yang berminat menyertai bengkel penulisan cereka di bawah program Temasya Bahasa perlu menghubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) untuk mendapatkan maklumat lanjut.