5 Dec 2021

Projek Komuniti Kavyan — Sahabatku Buku

Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping dimulakan pada tahun 2016 – maklumat di sini. Akibat penularan wabak Covid-19 pada awal tahun 2020, aktiviti secara bersemuka tidak dapat diadakan.

Dalam usaha menyediakan ruang aktiviti dan program bahasa, sastera, seni, dan budaya berasaskan Bahasa Malaysia bagi penduduk sekitar Taiping, Perak, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping  menggerakkan semula Projek Komuniti Kavyan di Aulong pada tahun 2022.

Acara “Temasya Bahasa” di bawah program Semarak Bahasa dan Sastera Kebangsaan pernah diadakan di kuil ini pada 19 Mei 2019 – maklumat di sini. Ruang dewan terbuka yang kini sudah siap dibina menyediakan tempat yang cukup luas untuk menjalankan aktiviti – sambil memastikan penjarakan sosial dan SOP dipatuhi sepenuhnya.

 

Program

Sahabatku Buku” – Program ini bertujuan memupuk minat membaca buku cerita Bahasa Malaysia dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum di Aulong, Taiping dan sekitarnya. Memandangkan ini salah satu usaha Kavyan memupuk semangat mencintai Bahasa Malaysia, maka program dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Program ini juga sempena Hari Buku Sedunia (23 April).

 

Penganjur

Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping  

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

 

Tarikh

23 April 2022 (Sabtu)

 

Masa

9:00 pagi – 1:30 tengah hari [Waktu Kavyan]

 

Tempat

Dewan Terbuka Kuil Sri Maha Sivalayam

860-D Lorong 9, Aulong, 34000 Taiping, Perak

 

Panduan Waze

Kovil Sri Maha Sivalayam Aulong

Syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada masyarakat majmuk (semua kaum) di Taiping, Perak

2. Umur 7-17 tahun sahaja (murid/pelajar)

3. Boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia (menulis, membaca, bercakap)

4. Meminati bahan bacaan Bahasa Malaysia seperti akhbar, majalah, dan buku cerita

5. Sedia menyertai program ini sepenuhnya (awal hingga akhir)

6. Setiap perserta perlu membawa satu petikan karya (akhbar, majalah, buku)

 

Yuran Penyertaan

1. RM2 seorang – perlu dibayar apabila hadir pada 23 April 2022

2. Tidak dibenarkan berhutang atau “bayar kemudian”

3. Yuran tidak akan dipulangkan

 

Cara Mendaftar

1. Individu yang berminat perlu mengirim maklumat Nama Penuh, Nombor MyKad/MyKid, Alamat Rumah menerusi WhatsApp ke 011-11411952 (Uthaya Sankar SB)

2. Pendaftaran dengan cara lain tidak dilayan

3. Individu yang mendaftar tetapi kemudian menarik diri atau tidak hadir, tidak akan dibenarkan menyertai mana-mana program Kavyan selama tiga bulan seterusnya

 

Tarikh Tutup

Pendaftaran ditutup pada 15 April 2022, atau ditutup lebih awal jika sudah ada 15 peserta

Rangka Atur Cara

9:00 pagi

Pengesahan pendaftaran dan membayar yuran

Sarapan

 

9:30 pagi

Taklimat Pematuhan SOP (Covid-19)

Ucapan pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil

Perasmian sudut bacaan (perpustakaan mini) - [sumbangan buku]

 

10:00 pagi

“Membaca Karya di Pentas”

Latihan membaca petikan karya kegemaran

(Peserta perlu membawa petikan karya untuk dibaca maksimum 2 minit)

 

11:00 pagi

“Dari Buku ke Pentas”

Peserta (berkumpulan) membuat lakonan ringkas (maksimum 2 minit) berdasarkan sebuah cerita dari akhbar, majalah, atau buku

 

12:00 tengah hari

“Mendokumentasi Pengalaman”

Peserta menulis catatan pendek (laporan, pengalaman, berita, dan sebagainya) mengenai program ini untuk didokumentasi di Blog Kavyan.

 

1:00 tengah hari

Sesi fotografi berkumpulan

Makan tengah hari

Bersurai

 

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Surendran Govindasamy (012-2873859) atau Uthaya Sankar SB (011-11411952).