1.0 Pengenalan
1.1 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada
20 April 2021 mengesahkan bahawa kata “Tuhan” (huruf besar) hanya boleh digunakan
bagi Allah Yang Maha Esa.
1.2 Hal ini menimbulkan pelbagai
persoalan [maklumat di sini].
1.3 Pertandingan ini dianjurkan dalam
usaha membuka ruang dan peluang kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di
Malaysia menulis cereka (cerita rekaan) di mana watak-watak Bukan Islam
masih berhak menggunakan “Tuhan” dalam konteks agama masing-masing, selaras hak
yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.
2.0 Penganjur
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
dan Matahari Books.
3.0 Syarat Penyertaan
3.1 Karya cereka (cerita rekaan),
termasuk kisah benar yang diolah semula dalam bentuk cereka kreatif.
3.2 Karya ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.
Penggunaan istilah dan perkataan bahasa-bahasa lain dibenarkan hanya jika tiada
pilihan lain.
3.3 Warganegara Malaysia sahaja.
3.4 Peserta berumur minimum 18 tahun.
3.5 Terbuka kepada umat Bukan Islam dan
Islam.
3.6 Cereka wajib menyelitkan penggunaan
“Tuhan” (huruf besar) setiap kali watak Bukan Islam bercakap atau menyebut
tentang Tuhan dalam konteks agamanya.
3.7 Panjang karya 500 – 600 perkataan
sahaja.
3.8 Karya perlu memenuhi kriteria
cereka dan karya kreatif.
3.9 Karya terjemahan tidak akan
dinilai.
3.10 Karya mestilah asli tanpa sebarang
unsur yang menjadikannya tidak asli.
3.11 Karya belum pernah tersiar di
mana-mana, termasuk media sosial dan blog.
3.12 Tidak menghina sesiapa atau
mana-mana organisasi.
3.13 Cereka bukan mengenai Tuhan,
tetapi mengenai manusia biasa.
3.14 Paparan budaya Bukan Melayu dan
Bukan Islam digalakkan tetapi tidak diwajibkan.
3.15 Manuskrip perlu ditaip kemas
menggunakan Microsoft Word, langkau
dua (double spacing), dan fon Arial saiz
12.
3.16 Setiap peserta boleh mengirim sebuah
karya sahaja.
3.17 Penilaian berasaskan ciri-ciri
sebuah karya cereka bermutu, termasuk gaya penyampaian dan tatabahasa.
3.18 Keputusan panel adalah muktamad
dan tidak boleh dipertikai.
3.19 Setiap penyertaan perlu disertakan
nama penuh, nama pena (jika ada), alamat penuh, nombor telefon, alamat e-mel,
dan biodata ringkas yang profesional (bukan biodata absurd) pada akhir
manuskrip. Karya tanpa kesemua maklumat ini tidak dapat dinilai.
3.20 Manuskrip perlu dikirim sebagai
lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com
4.0 Tarikh Tutup
4.1 Pertandingan ini ditutup secara
muktamad pada 10 Mei 2021 (Isnin), pukul 9:00 malam (waktu Malaysia)
5.0 Hadiah
5.1 Maksimum lima (5) cereka terbaik menerima hadiah tiga buah buku terbitan
Matahari Books, iaitu The Malay Tale of
the Pig King (2020), Wanted: Botak Chin
(2021), dan Kandaqstan
(2017).
5.2 Maksimum lima belas (15) cereka menerima hadiah penghargaan antologi Landasan Hidup
(2020) dan Peluru Aksara
(2020).
5.3 Hadiah buku untuk maksimum 20 penulis
terbabit akan dikirim menerusi PosLaju.
5.4 Cereka yang menerima hadiah
mungkin dipaparkan di Blog Kavyan.
5.5 Hak cipta karya dipegang oleh para
penulis terbabit tetapi penganjur berhak menerbitkan karya pemenang untuk
bacaan umum.
5.6 Karya pemenang mungkin akan
diterbitkan dalam bentuk buku sekiranya ada peruntukan dana; akan dimaklumkan
kemudian.
5.7 Sekiranya cereka berkenaan
disiarkan semula di tempat lain, maka perlu dinyatakan bahawa cereka itu pernah
menang dalam Pertandingan Menulis Cereka
Tuhan anjuran Kavyan-Matahari Books.
* * *
Keputusan diumum pada 14 Mei 2021. Pemenang Hadiah Utama:
Bruwin Jumput
(Kapit, Sarawak)
Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
Thanusya
Shanmuganathan (Petaling Jaya, Selangor)
Weng Poh Leng (Cheras, Kuala Lumpur)
Puneetha Panchalogam (Bedong, Kedah)
Penghantaran hadiah diuruskan oleh Matahari Books.
* * *
6.0 Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
6.1 Hubungi talian 011-11411952 (Uthaya Sankar SB)
hanya jika ada sebarang pertanyaan di mana jawapan tidak ada dalam paparan di
atas.