Monday, 17 December 2018

Sesi Penulisan Intensif II


Program
Sesi Penulisan Intensif II

Tarikh
23 – 24 Mac 2019 (Sabtu – Ahad)
Bermula: 2.00 petang (23 Mac 2019)
Tamat: 7:00 malam (24 Mac 2019)

Peserta
Penulis dan Bakal Penulis Pelbagai Kaum

Tempat
Shah Alam, Selangor

Penganjur
Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sentiasa berusaha membimbing dan melahirkan penulis baharu pelbagai kaum, dengan tumpuan khusus kepada golongan penulis kaum India. Istilah “Sasterawan Kavyan” yang digunakan sejak tahun 2004 merujuk kepada penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut melaksanakan pelbagai program dan bengkel bagi melahirkan penulis pelbagai kaum. Jumlah Sasterawan Kavyan tidak ramai dan usaha drastik perlu diambil segera bagi melahirkan lebih ramai penulis kelompok ini. Dalam pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Dr Mohamed Hatta Shaharom pada 29 September 2018 [BACA DI SINI], pelbagai isu, cabaran, rintangan dan cadangan dibincangkan. Beberapa topik berkaitan turut dikemukakan oleh wakil Kavyan di DBP pada mesyuarat Dasar Buku Negara di DBP pada 30 Oktober 2018 dan mesyuarat jawatankuasa Majlis Bahasa dan Sastera Pelbagai Kaum di DBP pada 14 Disember 2018. Kavyan berusaha menggalakkan para Sasterawan Kavyan menyumbang lebih banyak karya bermutu untuk siaran majalah-majalah terbitan DBP.


Rasional
Penganjuran Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan pada 15 – 16 Disember 2018 di Shah Alam [FOTO 1] [FOTO 2] [FOTO 3] membuktikan kejayaan di mana para peserta menghasilkan manuskrip yang dibengkelkan, dibedah, dibincang dan disunting sebelum terus dikirim kepada editor majalah-majalah DBP; khususnya Dewan Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Rata-rata Sasterawan Kavyan berdepan dengan komitmen kerja hakiki dan tanggungjawab keluarga. Maka, Sesi Penulisan Intensif II dicadangkan supaya para penulis dan bakal penulis pelbagai kaum boleh memberi komitmen penuh selama dua hari untuk menghasilkan karya secara terancang. Sekiranya ruang ini tidak disediakan, agak mustahil untuk mengharapkan kelahiran lebih ramai Sasterawan Kavyan dan lebih banyak karya bermutu daripada kelompok penulis ini. Hal ini pasti merugikan dunia penulisan tanah air dan perkembangan Sastera Kebangsaan.

Objektif
● Memberi pendedahan dan panduan lengkap mengenai format, syarat dan teknik penulisan puisi, cerpen dan rencana bagi majalah-majalah DBP.
● Memberi peluang Sasterawan Kavyan dan penulis pelbagai kaum berbincang, mengadakan sesi sumbang saran, perkongsian idea, bedah karya dan semakan manuskrip secara berkumpulan mengikut konsep “rakan sebaya”.
● Memastikan setiap peserta menghasilkan sekurang-kurangnya dua karya pada akhir sesi.
● Menyalurkan karya bermutu ke majalah-majalah DBP.
● Memperkaya Sastera Kebangsaan menerusi karya penulis pelbagai kaum.

Keunikan
Para Sasterawan Kavyan dan penulis pelbagai kaum yang menyertai program ini akan terlibat bersama-sama dalam perbincangan, perkongsian pengalaman, sumbang saran (brainstorming), penulisan, bedah karya, semakan manuskrip dan sebagainya menggunakan konsep “rakan sebaya” tanpa campur tangan pihak luar yang mungkin menyebabkan wujud jurang komunikasi dan tiada keterbukaan. [Catatan Pengalaman Peserta]

Pembimbing
Uthaya Sankar SB berpengalaman menulis untuk majalah-majalah DBP sejak 1992, mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak 1994, mengasaskan Kavyan pada 1999, dan menerbitkan buku sejak 2002. Beliau juga merancang, melaksanakan dan membimbing peserta Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan pada 15 – 16 Disember 2018.


Peserta
Sepuluh Sasterawan Kavyan dan penulis pelbagai kaum yang sudah ada pengalaman menulis dan berminat untuk menghasilkan karya secara lebih prolifik dan konsisten; khususnya untuk disalurkan ke majalah-majalah terbitan DBP. Peluang juga dibuka kepada bakal penulis pelbagai kaum yang berminat. — [Komen Peserta Sesi I [Komen Peserta Sesi II]

Pengangkutan dan Makan-minum
Kos makan-minum dan pengangkutan/perjalanan ditanggung sendiri oleh para peserta.

Yuran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan RM100 dan yuran ini tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir. Pengesahan penyertaan dan yuran penyertaan wajib dilakukan selewat-lewatnya pada 28 Februari 2019.

Diskaun Khas
Bagi peserta yang mendaftar selewat-lewatnya pada 23 Februari 2019, yuran penyertaan RM70 sahaja dan yuran ini tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir.
  
Maklumat Akaun Bank
Yuran penyertaan perlu dimasukkan ke akaun bank CIMB — Sasterawan Kavyan — 8600565547 dan kemudian isi borang penyertaan di bawah.




Borang Penyertaan
Maklumat dalam borang penyertaan ini — KLIK DI SINI — hanya diisi selepas bayaran yuran penyertaan sudah dibuat. Sila pastikan borang penyertaan diisi selewat-lewatnya pada 28 Februari 2019

Tarikh Tutup
Tarikh akhir untuk mengesahkan kehadiran dan membayar yuran penyertaan adalah pada 28 Februari 2019. Penyertaan mungkin ditutup lebih awal jika sudah ada jumlah peserta yang mencukupi. Konsep “yang dahulu didahulukan” digunakan tanpa sebarang prejudis.


Khidmat Menyunting Manuskrip

Tidak ada masa dan kesempatan untuk menyertai bengkel dan sesi penulisan intensif? Mungkin kerana tinggal jauh, kekangan masa, tanggungjawab keluarga atau hambatan kerja. Anda mahukan perkhidmatan menyunting manuskrip secara profesional? Sila [Klik di Sini] untuk maklumat berkaitan.

Maklamat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011–11411952. Layari Blog Kavyan untuk maklumat program semasa.