14 Nov 2016

Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Nama Program
Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Penganjur

Pengenalan
Makalah merujuk kepada rencana, esei atau artikel yang ditulis dalam bentuk karangan mengenai sesuatu topik. Kavyan sudah beberapa kali menganjurkan bengkel khas bagi penulisan makalah budaya; misalnya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mei 2012 –MAKLUMAT DI SINI. Bengkel juga diadakan di Rumah Kavyan pada 27 April 2014. Hasilnya, beberapa makalah yang dihasilkan peserta bengkel berjaya diterbitkan dalam majalah Dewan Budaya terbitan DBP, dan media dalam talian (online media).

Rasional
Malaysia yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum, etnik dan agama kaya dengan pelbagai adat, seni dan budaya yang wajar dijadikan bahan penulisan makalah. Bengkel ini bertujuan membimbing peserta mengenai cara-cara mengumpulkan bahan, menyusun bahan, dan menghasilkan makalah budaya yang bermutu. Makalah-makalah yang memenuhi syarat akan disalurkan ke majalah Dewan Budaya dan media lain yang sentiasa membuka ruang penyiaran makalah budaya.

Tarikh
4 Disember 2016 (Ahad)

Masa
10:00 pagi – 3:00 petang [Waktu Kavyan]


Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose, Pusat Kebudayaan India (ICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL SentralNU SentralStesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)
Waze – Menara Sentral Vista


Pembimbing
Peserta akan dibimbing oleh Uthaya Sankar SB yang berpengalaman menulis sejak tahun 1992. Beliau adalah penulis sepenuh masa dan presiden Kavyan. Esei-esei jurulatih bertauliah ini termuat dalam Malaiur Manikam dan Mandala Bicara. [BIODATA PENUH]

Peserta
Bengkel ini terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum yang berumur minimum 15 tahun. Peserta berumur 14 tahun dan ke bawah tidak diterima sama sekali.

Jumlah Peserta
Penyertaan hanya dibuka kepada 20 peserta yang mengisi borang penyertaan rasmi. Bagi mana-mana peserta yang mendaftar tetapi gagal hadir, maka tidak dibenarkan menyertai mana-mana bengkel anjuran Kavyan sepanjang tahun 2017.

Bahasa Pengantar
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu – atau tidak mahu – bercakap Bahasa Malaysia diberi amaran awal supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.

Bayaran Penyertaan
Peserta tidak dikenakan sebarang bayaran. Bagaimanapun, bengkel ini merupakan bengkel terakhir yang dianjurkan oleh Kavyan secara percuma.

Borang Penyertaan
Setiap individu yang memenuhi syarat dan berminat menyertai bengkel ini wajib mengisi borang penyertaan dalam talian. Peserta akan dihubungi menerusi e-mel untuk pengesahan penyertaan. Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit yang diberikan pada borang adalah betul, benar dan tepat. Borang yang tidak lengkap tidak dilayan. [BORANG DI SINI]

Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup secara muktamad pada 28 November 2016 (Isnin), jam 9:00 malam (Waktu Kavyan). Sebarang penyertaan lewat – atas apa-apa alasan sekalipun – tidak dilayan.

Telefon Bimbit dan Telefon Pintar
Peserta boleh membawa telefon bimbit, telefon pintar dan peralatan canggih lain. Bagaimanapun, peserta diberi amaran awal supaya memastikan segala peralatan itu tidak digunakan semasa bengkel sehingga mengganggu perjalanan bengkel. Jika peserta tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit, SMS, FacebookWhatsAppTwitter dan sebagainya, sila jangan menyertai sebarang aktiviti Kavyan. [Maklumat lanjut – Kekasihku, Telefon Pintar]

Alat Tulis dan Buku Nota
Peserta wajib membawa buku nota dan alat tulis. Bahan-bahan berkenaan tidak disediakan. Individu yang berminat menjadi penulis pasti akan mengambil inisiatif membawa buku nota dan alat tulis apabila menyertai sebarang bengkel penulisan.

Cenderamata dan Sijil Penyertaan
Peserta berdaftar yang menyertai bengkel ini sepenuhnya, serta berjaya menulis draf makalah semasa bengkel, layak menerima sijil penyertaan dan senaskhah kumpulan esei. Manakala peserta yang mendaftar tetapi gagal hadir, tidak dibenarkan menyertai mana-mana bengkel anjuran Kavyan sepanjang tahun 2017.

Atur Cara
Berikut rangka atur cara. Para peserta diingatkan supaya tidak datang lewat, atau mahu pulang awal. Penganjur berhak untuk tidak menerima peserta yang tiba lewat (atas apa alasan sekalipun).

10:00 pagi
Pengesahan kehadiran peserta.
Sarapan tidak disediakan.

10:30 pagi [Waktu Kavyan]
Pengenalan
“Makalah dan ciri-ciri makalah yang baik”
“Apakah masalah yang anda hadapi untuk menulis makalah?”

11:30 pagi
Meneliti contoh makalah di akhbar/majalah/media alternatif
Peserta wajib membina rangka idea (peta minda)
Panduan mengumpul bahan untuk penulisan makalah

12:30 tengah hari
Makan tengah hari – Tajaan Pusat Kebudayaan India (ICC)

1:00 petang
Meneliti format makalah secara terperinci
Panduan mengirim manuskrip kepada penerbit
Etika penulisan, hak cipta dan peniruan

2:00 petang
Latihan menulis draf makalah budaya
Peserta wajib menulis draf (minimum 1 halaman)

3:00 petang 
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi
Bersurai

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau mesej peribadi (Facebook) sebelum 30 November 2016. Sebarang pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan.

Penutup
Harapan Kavyan adalah agar bengkel ini mampu melahirkan lebih ramai penulis pelbagai kaum dan etnik yang bakal menghasilkan makalah bermutu untuk disalurkan ke majalah Dewan Budaya (DBP) dan media lain yang sesuai.