7 Apr 2016

Sukarelawan Kavyan

Ada yang bertanya – dan mungkin ramai yang tertanya-tanya – bagaimana Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 mampu merancang dan melaksanakan begitu banyak aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya secara profesional tanpa banyak publisiti.

Sebenarnya, di sebalik segala aktiviti Kavyan terdapat puluhan sukarelawan yang bekerja di sebalik tabir tanpa mengharapkan nama dan publisiti.

Merekalah yang menyumbang penuh ikhlas kepada kejayaan setiap program Kavyan.

Ratusan mesej dan komunikasi berlangsung di sebalik tabir menerusi media sosial dan e-mel antara sukarelawan dan pelbagai pihak terbabit dalam usaha memastikan segala-galanya kelihatan amat tenang pada permukaan.

Setiap isu dan masalah dalam perancangan dan pelaksanaan projek ditangani dan diselesaikan secara profesional tanpa menyusahkan peserta dan orang ramai.

Ringkasnya, walaupun dalam kebanyakan situasi hanya Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB tampil ke hadapan, ketahuilah bahawa kejayaan Kavyan sebenarnya disebabkan puluhan sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.

Sila KLIK DI SINI jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sukarelawan Kavyan.