Saturday, 19 March 2016

Memartabatkan Bahasa Malaysia di SK Guru Kalgidhar

Aktiviti
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SK Guru Kalgidhar

Penganjur
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia)
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Tarikh
30-31 Mei 2016 (Isnin dan Selasa – Cuti Sekolah)

Masa
8:30 pagi – 5:30 petang

Tempat
SK Guru Kalgidhar, Buntong, Ipoh, Perak

Latar Belakang Program
DBP, DHRRA Malaysia, ITBM dan Kavyan menjayakan ProgramMemartabatkan Bahasa Malaysia di SK Convent Aulong, Taiping pada 14-16 Mac 2016. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mencapai objektif yang disasarkan. [MAKLUMAT DI SINI] Pengalaman itu membuktikan bahawa selain di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Program Memartabatkan Bahasa Malaysia perlu juga dibuat di Sekolah Kebangsaan (SK), khususnya jika terdapat majoriti murid Bukan Melayu.

Maklumat Sekolah
SK Guru Kalgidhar di Jalan Guntong, Buntong, Ipoh, Perak ditubuhkan pada 1948. Pada tahun 2016, terdapat 70 murid; di mana kesemua murid adalah kaum India (termasuk keturunan Punjabi). Memandangkan kesemua murid adalah kaum India, bahasa ibunda banyak digunakan dalam komunikasi, termasuk di sekolah. Walaupun para guru sangat dedikasi, kerjasama pihak luar diperlukan untuk membantu murid-murid sekolah ini membina keyakinan diri dan cemerlang dalam hidup, serta mencintai bahasa kebangsaan.

Objektif
1. Menggalakkan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid pelbagai kaum di bandar dan luar bandar.
2. Menimbulkan minat dan kecintaan murid terhadap Bahasa Malaysia.
3. Memupuk minat membaca buku cerita Bahasa Malaysia dalam kalangan murid pelbagai kaum.
4. Membuka ruang murid pelbagai kaum meluahkan isi hati dan kreativiti menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi.

Bahasa
Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, selaras objektif program serta usaha membina keyakinan diri dalam kalangan peserta (murid) yang menyertai bengkel ini.

Jumlah Peserta
Peserta terdiri daripada 45 murid (Tahun 4-6) kaum India (termasuk keturunan Punjabi) dari pelbagai latar sosio-ekonomi. Sejumlah 5 guru akan turut menjadi peserta dan bertugas sebagai ketua kumpulan. (Peserta akan dibahagikan kepada lima kumpulan.) Kesemua peserta (murid dan guru) wajib menyertai aktiviti sepenuhnya pada 30 dan 31 Mei 2016 untuk layak menerima sijil penyertaan.

Pembimbing Utama
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman luas dalam bidang media konvensional dan alternatif sejak 1992. Beliau antara lain pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1), Penyunting Kandungan Berita di Bernama Radio24 dan Penolong Editor akhbar Sinar Harian serta penyelia Unit Bencana RTM. Penulis sepenuh masa ini juga mempunyai pengalaman sebagai kolumnis di beberapa portal berita. Cerpen-cerpennya tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 dan 1998/99), dan Anugerah Duta Keamanan daripada Universal Peace Federation (2008). Sejak 1993, pemilik Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya ini berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan, aktiviti penghayatan sastera dan program galakan membaca di seluruh negara. Kumpulan cerita rakyat India berjudul Nari! Nari! (2015) ditulis khusus untuk memupuk minat membaca kanak-kanak pelbagai kaum.

Pembantu Pembimbing
Beberapa wakil Kavyan dan DHRRA Malaysia akan bertugas sebagai pembantu kepada Uthaya Sankar SB sepanjang program. Sejumlah 5 guru SK Guru Kalgidhar diberikan peluang menjadi peserta dan sekali gus ketua kumpulan.

Pengisian Program
Berikut adalah rangka atur cara bagi program yang dicadangkan. Pengisian dan pengendalian bengkel ini secara didik-hibur merangkumkan secara holistik visi, misi, strategi dan sasaran Program Memartabatkan Bahasa Malaysia.

Hari Pertama – 30 Mei 2016 (Isnin)
Puisi Tradisional dan Puisi Moden

9:00 pagi – 9:30 pagi
Pendaftaran murid
Sarapan
9:30 pagi – 10:00 pagi
Ucapan Guru Besar SK Guru Kalgidhar, Encik Sandrasageran Periasamy
Ucapan wakil Kavyan
(Ibu bapa, penjaga dan guru turut hadir)
10:00 pagi – 11:00 pagi
Pengenalan kepada puisi tradisional (pantun)
11:00 pagi – 1:00 petang
Menulis pantun untuk lagu Rasa Sayang
Menulis pantun untuk majalah Dewan Pelajar
1:00 petang – 2:00 petang
Makan tengah hari
2:00 petang – 4:00 petang
Pembahagian kumpulan (50 ÷ 10 = 5 kumpulan)
Pengenalan kepada puisi moden dan lagu puisi
Latihan lagu puisi berdasarkan buku Nari! Nari!
4:00 petang – 4:30 petang
Minum petang (termasuk ibu bapa dan penjaga)
4:30 petang – 5:30 petang
Tugasan untuk esok (drama dan persembahan puisi)
Taklimat ringkas kepada ibu bapa dan penjaga

Hari Kedua – 31 Mei 2016 (Selasa)
Cerita Rakyat dan Lakonan

8:30 pagi – 9:00 pagi
Pendaftaran murid
Sarapan
9:00 pagi – 10:00 pagi
Menghayati cerita rakyat
Membaca dan menulis sinopsis cerita
10:00 pagi – 11:30 pagi
Bimbingan mengolah skrip sketsa lakonan pendek
11:30 pagi – 1:00 petang
Membuat topeng dan peralatan (prop) lakonan
1:00 petang – 2:00 petang
Makan tengah hari
2:00 petang – 3:30 petang
Latihan lakonan dengan bimbingan wakil Kavyan
Latihan lagu Rasa Sayang dan Jambu Air
3:30 petang – 4:00 petang
Ketibaan ibu bapa dan penjaga
Ketibaan wakil DBP
Ketibaan wakil DHRRA Malaysia
Minum petang
4:00 petang – 5:30 petang
Ucapan Guru Besar SK Guru Kalgidhar, Encik Sandrasageran Periasamy
Ucapan Presiden DHRRA Malaysia, Encik Saravanan M. Sinapan
Ucapan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan DBP, Encik Wahab Hamzah
Persembahan peserta (murid)
Penyampaian sijil penyertaan
Penyampaian cenderamata
Sesi fotografi berkumpulan

Penutup dan Harapan
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha mencapai objektif yang diinginkan KPM. Kedudukan DBP sebagai agensi bahasa dan sastera serta Kavyan sebagai penggiat bahasa dan sastera pasti akan membawa hasil yang diharapkan. Penglibatan DHRRA Malaysia yang menjalankan khidmat bagi komuniti India akar umbi menjadikan program ini lebih bermakna. Sumbangan bahan bacaan oleh ITBM dan Gemilang Publishing akan dijadikan hadiah kepada para peserta. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia juga bagi memastikan generasi muda pelbagai kaum mencintai serta menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan sejak usia muda.

Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 18 Mac 2016